AKP vs PAS bila dapat kuasa


Abu Mishkat


AKP: 

- 1994 Erdogan yg masa tu Datuk Bandar Istanbul kata akan kembalikan wajah Islam pd kota Istanbul dan Aya Sofia akan dijadikan masjid muslimin semula. Skrg dunia menyaksikan janji itu sudah dilunasi.


PAS: 

- Sejak sebelum 1990 janji nak laksanakan Islam jika menang. 1990 menang jadi kerajaan negeri Kelantan. Tiada apa yang jadi lebih Islam di Kelantan selain bertambah kubah masjid warna hijau dan YBnya bertambah pandai seni ceramah agama pengat taik. 


- Janji nak laksanakan hudud jika berkuasa. 1990 berkuasa di Kelantan, 1993 luluskan Enakmen Jenayah Syariah yg bercanggah dgn Perlembagaan (kalau cerdik, tak buat benda yg bercanggah dgn perlembagaan negara). 2013 baru sedar bercanggah dgn Perlembagaan. Perbaharui janji nak buat hudud jika berkuasa di pusat. 2020 dapat kuasa di pusat secara tebuk atap. Kini tak mampu juga laksanakan hudud dan kecam siapa bertanya hudud sebagai suara syaitan.


- Janji nak hapuskan judi. Setelah Pas dapat kuasa kerajaan pusat, kini judi cabutan khas yang telah dikurangkan PH cuba dinaikkan kepada 22 kali seperti zaman BN. (Nota: Judi cabutan khas diluluskan BN sebanyak 22 kali setahun telah dikurangkan kpd 11 kali pd 2019 dan 8 kali pd 2020)


- Janji nak ubah uniform pramugari MAS kpd yg menutup aurat. Sampai skrg dasar pakaian pramugari MAS tidak berubah. Tiba2 pertandingan ratu cantik pula mahu dibenarkan dgn cadangan perubahan nama.


Jadi apakah yang mampu dilaksanakan Pas bila berkuasa? Tiada apa selain dapat jawatan2 bergaji besar dan keistimewaan drpd tindakan undang2 bagi menteri Pas.  


Itulah bezanya Erdogan dan Hadi Awang.



No comments: