SELAMAT TINGGAL 2020 - WAWASAN 2020 YANG MEMALUKAN MAHATHIR



Terbukti Wawasan 2020 ilham Mahathir gagal.  Apa yg berlaku pada 2020?


1.  Mahathir letak jawatan untuk meranapkan kerajaan PH.


2.  Mahathir dipecat dari parti Bersatu iaitu parti yang beliau sendiri asaskan dan paling mengaibkan surat pemecatan itu datangnya dari seorang SUK parti sahaja.  


3.  Mahathir ketinggalan jauh dengan Anwar dari segi sokongan apabila dua nama dibawa ke Istana untuk menjadi PM.  


4.  Mahathir mahu menjadi PM untuk kali ketiga tetapi di bawah kerajaan perpaduan, sekaligus untuk menguburkan PH, namun gagal.


5.  Mahathir kembali ke pangkuan PH untuk menuntut sekali lagi menjadi PM walaupun untuk 6 bulan sahaja.  Namun, muslihatnya gagal apabila dapat dibaca oleh Anwar Ibrahim.  


6.  Mahathir berkata, beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan Keadilan lagi.  Seterusnya beliau sering menyerang Anwar di media.  Provokasi Mahathir tidak berjaya menarik perhatian Anwar.


7.   Mahathir tubuhkan parti baru bernama Pejuang di mana beliau Pengerusi, anaknya Presiden.  Mahathir sebut Pejuang bukan bersama PH dan bukan juga bersama PN.  


8.   Mahathir kata, PH tidak akan berjaya tarik pengundi2 Melayu jika tinggalkan beliau.  Berapa juta ahli di kalangan melayu dalam Pejuang sekarang? 


9.   Mahathir melenting bila Anwar letakkan syarat sekiranya ada mana2 pihak ingin menyertai PH dan menuduh Anwar menolaknya bulat2.  Dia mungkin lupa, dialah yang umumkan tiada kerjasama lagi dengan Anwar dan Pejuang tiada kaitan dengan PH. 


10.  Mahathir kata, beliau tidak perlu taat dan patuh kepada Anwar.  Terbukti apabila di Parlimen, majoriti Pembangkang duduk mengikut cadangan Anwar,  dua beranak ini bangun terpinga2 macam orang bodoh. 


Cukup sepuluh je aku imbau kembali peristiwa penting " Wawasan 2020" yang memalukan Mahathir.  


WFAUZDIN NS



No comments: