Najib salahkan Mahiaddin, nanti Mahiaddin pula salahkan Najib.


Stop the blame game!
Di bawah PH, kelulusan untuk kerja-kerja pemajuan airport Pulau Pinang telah diberikan pada Disember 2019.
Namun, projek tersebut dibekukan selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020 sehingga sekarang.
Kalau benar macam Najib kata, UMNO-BN tak mangsakan rakyat Pulau Pinang, maka pulihkan semula projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan serta merta.
Kan PM sekarang dari UMNO-BN, Menteri Pengangkutan pun dari BN.
Buatlah, tunggu apa lagi?

HUSAM MUSA : PENERANGAN ISU SEMASA

 Rakan-rakan dijemput hadir.

Penerangan Isu-Isu Semasa Rakyat Jelata
Tempat : Rumah Pak Mud, Kg Gelong Badak, Jelawat
Tarikh : 28 Mac 2022
Masa : 9:00 malam
(Admin)
May be an image of 1 person and text that says "Penerangan Isu-isu Semasa rakyat jelata Di Rumah Pak Mud Kg Gelong Badak Jelawat 28 Mac 2022 9.00 mlm LIVE f Husam Musa"


BANTUAN GUAMAN

 


JEMING HASAN


Biasanya ambo yang akan ajak kawan-kawan bersolidariti & lancar tabung Dana Guaman. Hari ini ambo pula yang akan dibicarakan kes Saman Dusuki Rani Rm1 juta berkaitan 1 video isu fitnah tabung haji.

Ambo telah memilih untuk lawan kes ini di mahkmah. Ambo merayu kepada rakan-rakan untuk doakan semoga kes ini berjalan lancar.
Ambo juga dengan rendah hati melancarkan tabung Dana Guaman. Walau hanya Rm1 ianya amat bermakna untuk kami.
Yang ingin turut menyumbang bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Amal Harapan 5531 3102 4296 (Maybank). Hantar resit ke nombor 0199877623 untuk tujuan rekod.
Alhamulillah, terima kasih.

OWHHH PATUT LAH HADI AWANG MENURUN PRESTASI KERANA PUNCANYA PEMBANTU YANG LEMAH

 

MOHD SHAH RIM


Encik Syahir Sulaiman ni dulu suruh rakyat waspada dengan data peribadi bila Menteri Kewangan LGE perkenalkan E Wallet..

Risaulah rakyat dgn E Wallet kerana Encik Syarir bin Sulaiman ni seorang yang bijak pandai, dia cakap data peribadi boleh dicuri jika guna E Wallet..

Untuk info Encik Syahir bin Sulaiman adalah Setiausaha Politik Presiden PAS..

Tapi sekarang dia senyap walaupun ada kontroversi mengenai My Sejahtera, mungkin tengah sibuk siapkan sejadah Presiden PAS untuk solat tarawih sepanjang Ramadan nanti..




 

Surat Terbuka Kepada YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli :


Cadangan Pembentangan Laporan Penuh Kemajuan Projek Ladang Hutan Di Dalam Hutan Simpan Kekal dan Impak Alam Sekitar, Ekonomi, Sosial dan Ekologi Penuh Di Parlimen
Saranan YB kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri supaya menaikkan keluasan Hutan Simpan Kekal di seluruh negara adalah dirujuk.
Saya merujuk secara spesifik kepada Negeri Kelantan yang giat mengamalkan polisi meluluskan Pembangunan Projek Ladang Hutan dan Perlombongan di dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan secara berleluasa.
Jika demikian, ia akan menyebabkan keluasan Hutan Simpan Kekal hanya luas di atas kertas sahaja.
Pada hakikatnya, keluasan hutan negara kita terus berkurangan dengan drastik dan ini memberi ancaman kepada keadaan iklim serta kerugian khazanah yg tak terkira. Angka dari Laporan Rasmi menunjukkan antara tahun 2000—2019 - seluas 245,566 hektar atau bersamaan 606,806 ekar Hutan Simpan Kekal telah dibersihkan sepenuhnya untuk tujuan Projek Ladang Hutan tetapi kawasan ini masih kekal sebagai Hutan Simpan Kekal di atas kertas.
Pembukaan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpan Kekal bermakna membinasakan ekologi, termasuk bentuk muka bumi, punca air dan aliran sungai, pelepasan racun ke dalam tanah dan sumber air serta pelbagai isu alam sekitar yang lain di tengah usaha mengatasi Pemanasan Global kini.
Atas tanggung jawab Kementerian YB, saya cadangkan YB menjalankan pemeriksaan imej satelit ke atas semua Hutan Simpan Kekal di seluruh negara dan membentangkan dapatannya di Parlimen. Khususnya bagi Negeri Kelantan.
Dari situ, boleh dibuktikan kedudukan yang sebenar dan membolehkan sebarang langkah pembetulan dilakukan sebelum terlambat.
Beserta laporan penuh keluasan Hutan Simpan Kekal yang telah diluluskan sebagai Ladang Hutan, jumlah balak yang telah dikeluarkan setiap tahun dari keluasan Hutan Simpan Kekal berkenaan, status kemajuan Ladang Hutan yang telah diluluskan sejak 2005 dan kesan kepada ekologi, sumber air, suhu dan kehidupan kepada masyarakat setempat.
Adakah Program Pembangunan Projek Ladang Hutan benar-benar berjaya berbanding kemusnahan kekal ekologi penuh Hutan Asli menggunakan teknik tebangan terpilih yang diamalkan sebelum ini atau ia telah disalah gunakan untuk pihak tertentu mencari kekayaan singkat.
Dengan cara-cara ini boleh menunjukkan YB benar-benar serius dalam saranan YB.
Sekian, terima kasih.
Datuk Husam bin Musa
28 Mac 2022
Sk :
YAB Perdana Menteri
YB Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
YAB Menteri Besar Kelantan
YB Adun Dewan Undangan Negeri Kelantan
Media dan Ngos
++++++++++++++++++++
Baca Penulisan Sebelum ini :
1.Tanah Kelantan -
Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872
2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King
3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640
4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?
5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata
6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?
7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :
#Anak Kelantan bangkit
#Demi Kelantan!
May be an image of ‎mountain and ‎text that says "‎www.themalaysianinsight.com/s/3 Bahasa 中文 Register Log Sections English וויור News Takiyuddin urges state govts to increase forested areas Updated day ago Published on 26 Mar 2022 5:22PM Comments MALAYS Seth Akmal Energy and Natural Resources Minister Takiyuddin Hassan says the 4th National Physical Plan aims to have 50% forested areas Peninsular Malaysia by 2040. The Malaysian Insight file pic, March 26, 2022.‎"‎‎

CARTA MUDAH UNTUK MEMAHAMI NAJIB CURI DUIT


 

RAFIZI JANJI AKAN TEMBAK NAJIB SEBAB SUKA BODOHKAN ORANG

TERKINI! NAJIB MELAMPAU TUDUH HADI MUHYIDDIN MAHU SABOTAJ ISMAIL SABRI?



Penyokong PAS dan BERSATU nampaknya naik angin dengan Najib Razak. Ada antara mereka yang mendakwa Najib melampau, kerana mempersoalkan jika Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin mahu menggagalkan MOU antara Ismail Sabri dan Pakatan Harapan supaya PRU15 boleh segera dibuat.

Dr Wan Azizah dijangkiti Covid 19 tidak benar

 

Laporan media tempatan sejak semalam yang menyebut Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijangkiti Covid 19 tidak benar.



Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Dr Wan Azizah telah pun melakukan ujian saringan kendiri Covid pagi ini dan keputusannya negatif.



"Semalam ada media memetik sumber petugas parti sebagai berkata YB Dr Wan Azizah Wan Ismail positif Covid-19. Maklumat itu tidak benar.



"Kak Wan uzur semalam dan terpaksa berehat, maka tidak dapat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Lembah Pantai.



"Oleh itu, Setiausaha Agung KEADILAN, YB DS Saifuddin Nasution Ismail telah menggantikan beliau di saat akhir.



"Hari ini Kak Wan telah menjalani ujian saringan kendiri Covid-19 dan alhamdulillah beliau negatif," katanya.

 

Pengerusi MPN Kedah mahu Cabang Sg Petani kekalkan kemenangan


 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul mahu Cabang Sungai Petani berkerja keras memastikan kerusi Parlimen di situ kekal dalam genggaman KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke 15.



Hal itu ditegaskan beliau dalam ucapan perasmian Menyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Sg Petani.



"Saya sempat berpesan kepada seluruh anggota parti untuk terus bekerja keras bagi memastikan kerusi Parlimen Sungai Petani yang sudah tiga penggal dimiliki oleh KEADILAN dapat dikekalkan.



"Selain itu, mereka juga diingatkan supaya terus membantu serta menjaga kebajikan rakyat supaya masyarakat tidak terpinggir. Persediaan gerak kerja dan jentera yang mantap juga harus dipersiapkan bermula dari sekarang," katanya.



MATC Sungai Petani diadakan di Dewan Penduduk Taman Sri Wang. Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min dan Ketua Cabang Sungai Petani Saudara Manimaran.



Tiada guna bandingkan era pentadbiran Najib konon lebih baik - William Leong

 

Keterujaan bekas Perdana Menteri Najib Razak mendampingi persatuan persatuan Cina sambil membayangkan kegemilangan era pentadbiran beliau dalam setiap pertermuan yang diadakan tidak akan menjadikan masa hadapan politik negara lebih baik.


Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, hujah Najib bahawa pelaburan tinggi, peluang kerja banyak dan perniagaan makmur era Najib sebenarnya tidak memberi nilai tambah kepada ekonomi negara kerana rakyat terpaksa menanggung hutang 1MDB lebih RM30 bilion selepas era itu.


Kata William, daripada rakyat membandingkan era pentadbiran Najib adalah lebih baik mereka mengingat era Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri kewangan dengan pertumbuhan ekonomi 8%, hutang negara hampir sifar, membanteras korupsi dan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia Tenggara yang di terima negara.


Tambah William, era ekonomi pandemik pula berbeza dan rakyat perlu tahu dasar yang dibuat sebelum ini perlu diubah suai bagi menghasilkan pertumbuhan ekonomi mapan dalam keadaan semasa.


"Sekarang rakyat mengambil kira bahawa keadaan ekonomi zaman Anwar dan zaman Najib berbeza. Dengan keadaan hari ini pula kita hadapi krisis ekonomi akibat Covid.


"Bermula dari Langkah Sheraton kita nampak Perikatan Nasional di mana Bersatu bersama Umno dan Pas turut gagal (membina semula ekonomi), dan kita lihat pemerintahan hari ini di bawah PM Ismail Sabri pun rakyat sudah boleh jangka sama ada akan gagal atau tidak," katanya.


Tegas William, Malaysia memerlukan pasukan baharu pentadbiran untuk mengubah struktur ekonomi memasuki era digitalisasi dan tidak ada gunanya mengingat era Najib yang korup dan tidak ada dasar jelas menghadapi revolusi perindustrian 4.0.


Najib kebelakangan ini aktif mengadakan pertemuan bersama persatuan persatuan Cina di Johor dan terbaharu Pulau Pinang untuk memberi gambaran komuniti peniagaan Cina lebih bersedia memerima BN untuk memastikan masa hadapan ekonomi yang lebih baik berbanding parti parti lain

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN ANWAR TERKAIT HARGA BARANG DAN JUGA NILAI RINGGIT