WARKAH ROMANTIS UNTUK "R"


WARKAH ROMANTIS UNTUK "R"

For English, please google translate from this text.

AKU tulis warkah ini untuk membela diri mu. Ini kerana orang dok mengata kau beli kalung berlian sampai RM97.32 juta. Depa dok kata di New York sana nu. Lepas tu dok jaja cerita trading dibuat atas kapal Jho Low di Monaco. Melampau sungguh! Hatiku terguris dan hancur...

Kau harus membela diri. Walau pun kau dah buat penafian melalui peguam, tetapi itu tidak mencukupi. Sebab tuduhan terhadap kau dibuat dalam mahkamah, tetapi kau cuma menafikan melalui kenyataan akhbar. "No locus standi", kata orang Latin.

Oleh itu, aku merayu pada mu. Demi membersihkan maruah mu, kau kena ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

SAMAN DUA ORANG INI:

1. Ex - Goldman Sachs banker, Roger Ng.

2. Pembuat berlian, Lorraine Schwartz.

BERANI KAH KAU?

Jawablah R...jangan membisu...aku tak sabar menanti jawaban mu.

Dari: Your secret admirer, Zunar.

- 27 Mac 2022.

(Ps: Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas).




No comments: