PAK LAH SEORANG SAHABAT


 Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi. 


Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba. 


Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam. 


Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.


Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia. 


Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai. 


Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.


Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.


Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.


Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi. 


Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.


Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi. 


Selamat jalan, Pak Lah.


Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.


ANWAR IBRAHIM




TIPU LAK GUNA NAMA ORANG LAIN YANG TIADA KAITAN LAK.

 


Lepas calon x da tauliah..kempen emoji..kini..PNyakau Nasional ..duk buat poster menipu pulak..tuan punya badan dalam..poster dah buat report polis..macam tuja PNyakau Nasional kencing macai dia dngn walaun..😆😆😆😆😆






INFO PILIHANRAYA KECIL AIR KUNING


 

PEMBELA ATAU PENGKHIANAT


 

ANWAR. MUSA NAK JAWAB MACAMANA ?


 

Isu Kg Sungai Baru : Penyokong PAS Tidak Percaya Pemimpin Mereka Terlibat?

Calon PN enggan ulas dakwaan tipu tauliah mengajar agama


 


Pelantikan Abdul Muhaimin Malek sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Dun Ayer Kuning menimbulkan tanda tanya ramai bagaimana beliau boleh memiliki tauliah mengajar di Perak.

Perak telah menetapkan syarat bahawa pemegang tauliah mengajar agama di negeri itu mestilah tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.


Abdul Muhaimin merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di Tapah.

Sebuah akaun TikTok mendakwa calon PN itu menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memperoleh lesen guru tauliah.


Ketika ditanya pemberita semalam, Abdul Muhaimin enggan mengulas dakwaan tersebut.

Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah itu hanya menjawab dengan ringkas bahawa isu berkenaan sudah dijelaskan.

Tetapi tiada sebarang laporan dikeluarkan daripada mana-mana media.


“Saya ingat yang itu clear (jelas). Yang itu semua dah clear sebab kita dah ada keputusan daripada Majlis Agama Islam itu semua tiada masalah apa-apa, InshaAllah,“ katanya.


Hasil semakan, Abdul Muhaimin sememangnya mempunyai tauliah mengajar agama yang sah untuk daerah Tapah.

Berikutan itu banyak persoalan dibangkitkan mengenai bagaimana seorang ahli politik yang mempunyai jawatan dalam parti boleh mendapatkan tauliah dari Majlis Agama Islam Perak.

Beliau tidak dapat mengelak dari spekulasi dibuat orang ramai yang mendakwa dia telah menipu untuk mendapatkan tauliah tersebut.



Pemuda AMANAH Perak lapor polis dakwaan calon PN tipu tauliah mengajar



Pemuda AMANAH Perak hari ini membuat satu laporan polis terhadap calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek berhubung dakwaan penipuan untuk memperoleh tauliah mengajar.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Munzirie Kabir berkata, calon dipercayai memperoleh tauliah mengajar daripada Jabatan Mufti Negeri Perak walaupun tidak layak kerana memegang jawatan politik dan kini bertanding dalam pilihan raya.


Beliau menegaskan ia bukan sahaja melanggar peraturan sedia ada, malah mengingkari titah Sultan Perak, selaku Ketua Agama Islam Negeri.


“Perlu ditegaskan, ini bukan isu remeh. Ini isu maruah institusi agama, integriti pentadbiran negeri, dan kedaulatan Raja Berperlembagaan.


“Tuanku Sultan Perak juga telah berkali-kali memberi peringatan dan amaran secara terbuka agar institusi agama tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik.


“Maka, cubaan untuk memanipulasi proses tauliah adalah satu bentuk penderhakaan terhadap titah dan amanah yang telah diperkenankan Tuanku,” katanya kepada pemberita di hadapan IPD Tapah hari ini.


Ahmad Munzirie berkata, berkemungkinan kes ini melibatkan pemalsuan maklumat atau dokumen rasmi, yang merupakan satu kesalahan jenayah serius.


Justeru katanya aporan dibuat agar siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tanpa kompromi, demi menjunjung semula keluhuran undang-undang serta titah Raja Pemerintah.



Kerajaan Kedah Yang Terbaik Tiada Sebab Untuk Tidak Mengundi Mereka??

Saifuddin Nasution : Tiada Keperluan Intip MB Terengganu Ahmad Samsuri?






PRK Ayer Kuning Tak Matang Politik, Permainan Politik Ses4t?! Ustaz Muha...

Dosa Qazaf Kempen Politik Penyokong Perikatan Nasional Di Ayer Kuning?

PM Anwar Ke Thailand Bincang Kerjasama Dengan PM Paetongtarn

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 14 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Bangkok, Thailand minggu ini bagi menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawat Paetongtarn Shinawatra bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan usaha membersih dan mendalamkan Sungai Golok.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat yang diadakan selepas lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia itu juga melibatkan perbincangan mengenai kerja-kerja tebatan dan pengorekan sungai yang merintangi kawasan berpenduduk di kedua-dua negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“(Kerja-kerja) Pengorekan dan pembersihan Sungai Golok ini (perlu)… yang menyebabkan banjir di kawasan selatan Thailand dan Kelantan,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Dalam pada itu Anwar menegaskan sebarang peruntukan kerajaan tidak boleh diumumkan dalam tempoh pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berhubung peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah pada Khamis lalu, Perdana Menteri berkata, ia dibuat sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

“Ia sebelum penamaan calon. Jika selepas itu, kita beri amaran, tidak boleh,” katanya.


PN NAK TUNGGANG ISU KG SUNGAI BARU, AKHIRNYA TERNTUNDUK PN YANG SOKONG P...

NI PROFF???


 

PROF KEHORMAT TAPI TIADA KEHORMATAN


W. Faudzidin








Wah..hebat !!  Prof kehormat pun dah mcm walaun takde otak?  Banjir kilat pun dikaitkan dgn pmx dan tuduhan qazafnya?  Habis tu, banjir di kelantan, tganu dan kedah yang lebih teruk tu, MB mereka peliwat jugakah?  


Hello...hello...pihak yang berkaitan tolong sekolahkan prof ni boleh tak?  


Saifuddin Nasution Ismail 

Fahmi Fadzil 

Anwar Ibrahim 

Aminuddin Ab Ghani  - jgn delete tau




BARANG NAIK KAH?

 


KOMENEH NI MELAYU PUN ADA

 


MAIN MAIN DENGAN RAYA.



 Video Takbir Raya PM disunting boleh gugat keharmonian negara - Mawim



Mawim kecam perbuatan hina dan provokatif yang boleh cetus konflik sosial susulan video Takbir Raya Anwar disunting jadi bahan jenaka.


https://jom.sinar.la/4hw47k35


📲Jom follow Instagram Sinar Harian. https://www.instagram.com/sinarharian/



Kapsul Masa Tun Dr Mahathir.




Tun Mahathir yang dulu pernah kata Anwar Ibrahim “tak layak jadi PM”, akhirnya melihat dari tepi pentas sejarah ketika Anwar Ibrahim kini bukan sahaja menjadi Perdana Menteri sebaliknya meneruskan perjuangan sebenar reformasi yg Tun cuba nafikan. 


Ironinya, kapsul masa Wawasan 2020 itu dibuka saat Malaysia dipimpin oleh insan yang pernah dipenjara, difitnah dan disisihkan namun akhirnya diangkat memimpin negara. 


Ini bukan sekadar simbolik tetapi ini sindiran halus dari sejarah bahawa yg pernah dihina akan diangkat dan yang pernah berkuasa mutlak akan diuji dengan kehilangan.


Begitulah aturan kehidupan.. 


Yang merancang untuk menyingkir, akhirnya disingkir oleh sejarah.


Yang difitnah dan dipenjara, akhirnya ke Putrajaya. 


Wawasan 2020 gagal bukan kerana ia mustahil,

tetapi kerana pengkhianatan terhadap reformasi yang sepatutnya menjadi roh tunjangnya. 


Hari ini, kapsul dibuka namun roh wawasan itu hidup semula bukan pada tangan orang lama tetapi pada insan yang mereka pernah anggap musuh negara.


Inilah cataran sejarah.. 


Dan inilah keadilan Tuhan yang tak pernah tersilap langkah.


Aturan Tuhan itu tepat, bukan cepat. 

Tapi bila tiba waktunya, segalanya sempurna...


Kami takkan lupa jalanraya, lebuhraya, menara pencakar langit , pembangunan²  dan kemajuan yg dicapai pada zaman Tun. 


Tapi kami juga tak lupa ISA, kronisme,  patrimonialisme, oligarki , plutokrasi dan pemecatan tanpa sisi keadilan yg berlaku pada era 20tahun yg lalu. 


Apapun, terima kasih diatas jasa dan sumbangan Tun untuk tanah air ini.



KAPSUL LAH SANGAT!!

 KAPSUL LAH SANGAT!!


Jeng jeng jengs😂😂😅😆😁🤭kih kih kih