PM Anwar Ke Thailand Bincang Kerjasama Dengan PM Paetongtarn

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 14 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Bangkok, Thailand minggu ini bagi menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawat Paetongtarn Shinawatra bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan usaha membersih dan mendalamkan Sungai Golok.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat yang diadakan selepas lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia itu juga melibatkan perbincangan mengenai kerja-kerja tebatan dan pengorekan sungai yang merintangi kawasan berpenduduk di kedua-dua negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“(Kerja-kerja) Pengorekan dan pembersihan Sungai Golok ini (perlu)… yang menyebabkan banjir di kawasan selatan Thailand dan Kelantan,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Dalam pada itu Anwar menegaskan sebarang peruntukan kerajaan tidak boleh diumumkan dalam tempoh pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berhubung peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah pada Khamis lalu, Perdana Menteri berkata, ia dibuat sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

“Ia sebelum penamaan calon. Jika selepas itu, kita beri amaran, tidak boleh,” katanya.


No comments: