Calon PN enggan ulas dakwaan tipu tauliah mengajar agama


 


Pelantikan Abdul Muhaimin Malek sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Dun Ayer Kuning menimbulkan tanda tanya ramai bagaimana beliau boleh memiliki tauliah mengajar di Perak.

Perak telah menetapkan syarat bahawa pemegang tauliah mengajar agama di negeri itu mestilah tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.


Abdul Muhaimin merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di Tapah.

Sebuah akaun TikTok mendakwa calon PN itu menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memperoleh lesen guru tauliah.


Ketika ditanya pemberita semalam, Abdul Muhaimin enggan mengulas dakwaan tersebut.

Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah itu hanya menjawab dengan ringkas bahawa isu berkenaan sudah dijelaskan.

Tetapi tiada sebarang laporan dikeluarkan daripada mana-mana media.


“Saya ingat yang itu clear (jelas). Yang itu semua dah clear sebab kita dah ada keputusan daripada Majlis Agama Islam itu semua tiada masalah apa-apa, InshaAllah,“ katanya.


Hasil semakan, Abdul Muhaimin sememangnya mempunyai tauliah mengajar agama yang sah untuk daerah Tapah.

Berikutan itu banyak persoalan dibangkitkan mengenai bagaimana seorang ahli politik yang mempunyai jawatan dalam parti boleh mendapatkan tauliah dari Majlis Agama Islam Perak.

Beliau tidak dapat mengelak dari spekulasi dibuat orang ramai yang mendakwa dia telah menipu untuk mendapatkan tauliah tersebut.



No comments: