Ku Li sokong kerajaan terima dialog Anwar

Ku Li sokong kerajaan terima dialog Anwar

Walaupun majoriti pemimpin Umno menolak tawaran dialog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran itu perlu dipertimbangkan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut.

"Mengenai dialog tersebut, ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.
"Jangan fikir siapa kalah atau menang, kerana pada akhirnya jika ia bermanfaat untuk rakyat terutama bagi yang miskin, saya rasa peluang itu perlu direbut," katanya pada sidang media dirumahnya di Langgak Golf, Kuala Lumpur.

Beliau juga menggesa sebarang tawaran yang melibatkan kepentingan rakyat perlu dipertimbangkan secara serius bagi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak diabaikan.

"Apa pun, jika ia melibatkan kepentingan rakyat, pertimbangan serius perlu diambil kira," katanya.
Anwar semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melihat cadangan pemimpin pembangkang itu sebagai usul terdesak.

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mendedahkan kepada The Malaysian Insider pada Isnin, jika keputusan diserahkan sepenuhnya kepada ahli MT Umno, jemputan Anwar untuk mengadakan dialog pastinya ditolak secara terang-terangan.

Kebanyakan ahli MT menolak cadangan ketua pembangkang itu namun Presiden Umno, Najib membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jumaat lalu.

Sumber itu menjelaskan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kelihatan paling meragui tawaran Anwar untuk mengadakan dialog.

Mereka menuduh Anwar tidak jujur dan menyatakan bahawa satu-satunya alasan untuk tawaran berdialog itu ialah untuk memastikan perjuangan Anwar terus relevan, terutama sejak petisyen yang difailkan parti pembangkang ditolak oleh mahkamah.

Anwar menjelaskan antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender.

Umno must not think they are "masters of all" - Anwar

Don't delay, accept Anwar's offer for dialogue - Saifuddin tells Najib

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=86202:ku-li-sokong-kerajaan-terima-dialog-anwar&Itemid=2#ixzz2e7SfU5He
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Blogger Umno: Najib 'sewel'.... (LM)

Blogger Umno gelar Najib “sewel”

Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger Umno sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.

Seterusnya:   Blogger Umno: Najib 'sewel'....

INI YANG DIKATAKAN MEMALUKAN?

"Apa niat sasterawan negara mengibarkan bendera Sang Saka saya pun tak tahu. Takkan sebagai seorang yang dihormati (dan) mengeluarkan banyak penulisan yang dianggap satu hasil sastera besar melakukan sesuatu yang agak memalukan.

"(Dia) bukan tidak terpelajar. (Bahkan) terpelajar lebih daripada kita,"

Demikian jelas Mat Sembab......

ini yang memalukan...

 HISHAM KATA IGP BUAT LAWAKNONE

 "Pagi-pagi lagi, (beliau) kata Pak Samad menyorok. Rasa saya, Pak Samad nak menyorok dekat mana, umurnya sudah 80 tahun. Dia bukan ada ilmu ghaib. Jadi lawak. Bagus juga buat lawak sekali-sekali. IGP ini seorang yang pandai buat lawak," kata Hishamuddin sinis (atas).

ISU NFC

DAN BANYAK LAGI KALAU NAK MEMALUKAN....

Hutang negara paras kritikal: Malaysia berdepan krisis ekonomi?

(Oleh Redzuan Shamsudin)
KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Hutang dalam dan luar negara yang mencecah RM1,200 bilion mengundang perasaan cemas para penganalisis ekonomi. Mereka membayangkan ekonomi Malaysia akan berdepan krisis dalam sedikit masa lagi sekiranya langkah-langkah perlu tidak diambil mengurangkan jumlah hutang.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak krisis ekonomi seburuk krisis matawang pada 1997 berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dollar Amerika. Matawang negara itu jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, kepada RM3.30 bagi setiap AS$1.
Rafizi“(Masalahnya) dalam keadaan hutang mencecah 53 peratus daripada KDNK, kerajaan masih berbelanja mewah dan membazirkan wang rakyat.
“Apabila hutang kita sampai tahap maksimum, kalau ada sedikit kekacauan kewangan di peringkat antarabangsa negara akan menghadapi masalah. Sebab itu kita tidak boleh menolak krisis ekonomi sedang menghantui Malaysia.

“Apa yang berlaku (analogi hutang) seperti berbelanja menggunakan kad kredit. Apabila kita guna hingga had maksimum, tiba-tiba dalam bulan itu kereta kemalangan, habislah. Pasti ansuran kereta, rumah dan sebagainya tak boleh dibayar.

“Begitu juga negara. Kalau tiba-tiba pelantar minyak bermasalah, harga komoditi menjunam atau negeri Kedah misalnya tenggelam banjir, habislah,” ujar bekas akauntan Petronas itu kepada Keadilan Daily.
Rafizi juga kecewa dengan kegagalan kerajaan BN dalam mengurangkan hutang sedia ada sehingga negara kerugian RM10 bilion setahun semata-mata membayar faedah pinjaman kepada agensi kewangan asing dan Bank Dunia.

“Hutang luar negara mencecah RM70 hingga RM80 bilion dan dari jumlah itu faedah pinjaman yang perlu dibayar lebih kurang RM10 bilion. Jumlah ini agak besar,” katanya.
Sebelum ini, Bank Negara telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi 2013 kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55404

Kalau hendak berubah perlu serius, ubah habis-habisan - Aspan Alias

Rencana

Kalau hendak berubah perlu serius, ubah habis-habisan - Aspan Alias

September 06, 2013
Keadaan negara sekarang membimbangkan ramai. Kita seolah-olah tidak mempunyai sebuah kerajaan yang mentadbir negara kerana dalam semua hal pimpinan hari ini tidak berupaya memberikan semangat dan keyakinan kepada rakyat dengan sepenuhnya.

Dalam keadaan sebegini, sama ada ia wajar atau tidak kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga petrol dan ia menambahkan rasa kerunsingan rakyat terhadap masa depan kepimpinan negara. Mungkin ada kewajaran untuk menaikan harga minyak itu, tetapi ia tetap membebankan rakyat dan menjadikan negara dalam keadaan krisis keyakinan yang lebih serius dan ‘real’.

Kerajaan mungkin memberikan alasan kenaikan itu hanya tindakan mengurangkan subsidi harga petrol tetapi tindakan itu diambil dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kepimpinan negara. Kerajaan mungkin tersepit di antara keperluan mengurangkan defisit bajet negara, dan mengintai peluang untuk mendapatkan tambahan sokongan rakyat kerajaan.
DAP sedang menghadapi masalah pemilihan CECnya dan akhir-akhir ini timbul kenyataan yang parti itu juga menghadapi sikap tidak telus terhadap ahlinya sendiri. Sehingga hari ini parti itu masih belum menyelesaikan isu senarai 500 ahli yang sepatutnya menjadi perwakilan dalam pemilihan parti itu.

Entah apa yang hendak disorokan daripada pengetahuan ROS dan rakyat semua, hanya pimpinan parti itu sahaja yang tahu. Tetapi yang pasti parti itu tidaklah sebersih yang digambarkan dahulu. Mereka tetap sama dengan sikap dan nilai kepimpinan parti dalam BN selama ini.

Pengongkongan kuasa oleh sebahagian kumpulan dalam kepimpinan parti itu tetap bertambah nyata dan jelas. Kumpulan yang menguasai parti itu jelas terlalu takut jika kumpulan mereka tidak lagi menguasai parti itu dan hilang pengaruh mereka dalam pemilihan ulangan CEC sekarang ini.

PKR sibuk mencari helah untuk memalingkan pandangan dan perhatian rakyat terhadap isu membabitkan Ketua Umum nya dalam menghadapi sesi perbicaraan di mahkamah minggu hadapan. Dalam sistem politik acuan Dr Mahathir ini, akhirnya membuahkan politik yang tidak baik kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang.

Jika dikaji dengan sehalus-halusnya masalah yang timbul, tidak ada kena mengena dengan ahli parti dan rakyat. Yang membuat masalah adalah pemimpin mereka sendiri yang membawa perpecahan dikalangan ahli-ahli yang masing-masing mempunyai ‘preferences’ terhadap individu pemimpin yang bertelagah itu..
Masalahnya sekarang tidak ada pemimpin yang boleh menjadi penyelamat di kalangan yang ada dalam kerajaan. Umno, bukannya kali ini sahaja menghadapi masalah seperti ini, tetapi semasa itu masih ada mereka yang sedang berkuasa mampu memberikan penyelesaian kepada apa jua bentuk kemelut politik negara.

Dahulu dalam keadaan parti dan kerajaan, ada pemimpin seperti Ghaffar Baba yang mampu membawa semua pihak untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Tetapi yang ada hari ini yang setaraf dengan kedudukan Ghaffar Baba ini, iaitu Muhyiddin Yassin tidak mempunyai ‘umph’ yang kuat untuk membawa penyelesaian dalam parti untuk jangka masa yang panjang.

Sebaliknya Muhyiddin kerana kelemahan kepimpinannya lebih cenderung untuk mendiamkan diri untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. Tidak ada pemimpin yang berani dan berkemampuan untuk bertindak. Itulah perbezaa kualiti kepimpinan dahulu dan sekarang dan itu jugalah membezakan keadaan dahulu dengan sekarang ini.

Sebagaimana yang saya sebut selalu, Umno sudah ketiadaan kepimpinan. Jika ada pun pemimpin yang boleh melakukan perubahan itu mereka akan di hapuskan dari awal lagi kerana peranan ‘warlords’ dalam parti yang kerja mereka tidak lain selain dari hanya menjaga kepentingan diri dan keluarga sendiri. Pemimpin yang berkemampuan dan ‘viable’ untuk negara hanya duduk di tepian gelanggang politik tanah air, hanya memerhati perlakuan mereka yang sedang asyik dengan kuasa dan glamour politik semata-mata..

Bagi saya seluruh anggotan BN itu termasuk di Sabah dan Sarawak menerima hakikat yang mereka merupakan bahagian yang penting dalam komponen BN itu dan mereka perlu melakukan tugas untuk memberikan pembaikan keadaan ini. Semua pihak wajar mengakui hakikat kelemahan yang ada kepada kita dan perlu bersama-sama mencari penyelesaian terhadap apa yang melanda negara kita kini.

Mungkin dengan mencari seorang pemimpin yang lain dari yang ada dalam barisan kepimpinan sekarang ini boleh membawa arus perubahan dalam ‘ambience’ yang baru bagi melupakan keadaan kekalutan politik yang dirasakan oleh banyak pihak. Keadaan politik dan kerajaan itu amat bergantung kepada individu pemimpin yang mengetuai kepimpinan negara. Baik pemimpin itu maka baiklah kepimpinan negara. Begitu jugalah sebaliknya.

Kekalutan yang berlaku dalam negara kita ini sudah terbukti tidak mampu diperbaiki oleh kepimpinan yang ada pada hari ini, walaupun rakyat telah memberikan masa melebihi satu dekad untuk membetulkan keadaannya. Kalau diberikan waktu yang lebih lama dengan barisan kepimpinan yang ada pada hari ini keadaan tidak akan berubah. Negara terpaksa mencari individu yang mampu menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Mungkin pemimpin itu sudah lama tidak berada dalam ‘mainstream’ kepimpinan negara kerana permainan politik kotor sejak berdekad yang lalu. Bukan sedikit bilangan pemimpin berkemampuan yang telah diketepikan secara sistmatik oleh pemimpin yang tamak dan tindakan mengenepikan pemimpin seperti ini adalah kerana kemampuannya yang jelas. Sudah begitu lama Umno ketiadaan pemimpin berwibawa kerana permainan pemimpin lain yang begitu 'obsessed' dengan kuasa yang ada di tangan mereka.

Isu ini wajar menjadi fokus dan tumpuan semua pemimpin besar dalam parti-parti yang wujud di negara ini bagi melakukan ‘once and for all’ perubahan drastik supaya negara kembali kepada landasan kenegaraan yang betul.

Kita tidak boleh membiarkan negara kita dalam kemurungan tanpa ada sesuatu dilakukan secara betul dan benar. – aspanaliasnet.blogspot.com, 6 September, 2013.

Zahrain duta, Ezam kekal dalam kotak (LM)

Duta baru Malaysia ke Indonesia tidak ada kriteria?

Menteri Luar Anifah Aman mengesahkan bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamaed Hashim (foto) dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Bagaimana pun bila Zahrain akan memulakan tugas masih belum diketahui. Wiama Putera akan mendapat persetujuan dari pihak pemeritah Indonesia terlebih dahulu. 

Otak menteri sebesar otak burung unta (LM)

KERAJAAN PERLU BERJIWA BESAR

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan untuk menarik balik gelaran Sasterawan Negara (SN) dari Datuk A Samad Said ekoran tindakan beliau bersama individu lain dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan beberapa hari lalu.

(function() { var d = document, w = window; w

MUDAHKAN DAN JANGAN PERSULITKAN

 Perkara mudah jangan disulitkan. Jika agamawan pun bercakaran sesama sendiri, saling melondeh satu sama lain. Orang awam memerhati. Kita ...