ADA TANDATANGAN ATAU TIDAK.


 

ADA TANDATANGAN ATAU TIDAK? BIAR MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN.



 Ada tandatangan atau tiada tandatangan? Ada cop mohor atau tidak?


Kisah addendum Najib Razak, mengikut dokumen yang sahih.


Ya semua orang dah tahu, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, membuktikan wujudnya Titah Addendum.







Keputusan tadi baru berjaya buktikan kewujudan. Tapi untuk membuktikan keabsahan titah itu, ia perlu lalu 3 peringkat mahkamah lagi.


Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan.


Aku nak kongsikan Perintah Pembebasan Awal 4 mukasurat yang telah disiarkan di laman Malaysia-Today kepunyaan arwah RPK sejak Februari 2024. (https://www.malaysia-today.net/2024/02/10/pengampunan-najib-salinan-surat-dari-agong/)


Apa yang menarik, perintah ini mempunyai tandatangan YDPA16 di mukasurat pertama.


Ada disebut tentang Lembaga Pengampunan, dan di perenggan terakhir itu, aku quote,


"MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, Beta, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, 


pada menjalankan kuasa yang terletakhak pada Beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu ADALAH DENGAN INI MEMERINTAHKAN bahawa DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK


dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00. 


Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029."


Tiada langsung disebut tentang tahanan rumah.


Dan kemudian, kita lihat titah addendum yang telah disebarkan, tiada letterhead, tiada tandatangan, tiada cop mohor.


Ya, titah addendum itu baru saja disahkan wujud, tapi adakah ianya absah?


Kerana kita tahu beberapa fakta,


1. Perlu lalu Lembaga Pengampunan, seperti yang telah dititah oleh YDPA17.


2. Perintah Mahkamah yang bertandatangan YDPA16 telah melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM (BHEUU), di mana BHEUU merupakan sekretariat  Lembaga Pengampunan.


3. BHEUU telah hantar minit mesyuarat terakhir YDPA16 bersama Lembaga Pengampunan, serta "Perintah Pembebasan Awal"


4. Perintah Pembebasan Awal ini telah ditandatangan oleh YDPA16 sendiri, dihantar kepada Jabatan Penjara untuk dilaksanakan.


.


Bayangkan, dalam minit mesyuarat tak ada, dalam Perintah Pembebasan Awal tak ada, macam mana Kerajaan nak laksanakan satu titah yang di luar dari konteks itu?


Kalau aku jadi mereka, mesti terfikir takut ada yang nak scam dengan hantar satu surat lain, tanpa letterhead, tanpa tandatangan, tanpa cop mohor.


Terfikir juga, adakah ianya absah di sisi undang-undang negara?


Bayangkan kalau Jabatan Penjara laksanakan perkara yang berlainan dengan Perintah Pembebasan Awal yang


a) ada tandatangan YDPA16

b) ada cop mohor YDPA

c) melalui BHEUU

d) menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan


Berbanding, satu surat lain, tanpa fakta-fakta ini, beranikah mereka?


Dah la sekarang YDPA dah berganti.


Sebab itu, perkara ini perlu lalu Mahkamah.


Sekarang Mahkamah Rayuan dah buktikan titah itu wujud.


Then, takpalah. 


Prosesnya selepas ini adalah perlu lalu Mahkamah Tinggi sama ada ianya absah atau tidak.


Maka, tunggulah proses berjalan.


Tak wujud langsung isu derhaka tak derhaka apa bagai.


Malah, Kerajaan menjunjung titah perintah YDPA, beserta bukti minit mesyuarat, serta Perintah Pembebasan Awal yang ditandatangani oleh YDPA16 sendiri.


Najib Bakar 

6 Januari 2025



SIAPA DERHAKA?



 Celah mana surat dari istana sebut PMX, kerajaan hari ni derhaka?



Hakikatnya Kerajaan PN lah jelas derhaka kepada institusi raja berhubung surat 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘇𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗨𝗞𝗔𝗖𝗜𝗧𝗔 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗸𝗶(𝗣𝗔𝗦) 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗡 berkaitan ordinan darurat.


Jika benar PM mahupun kerajaan sorok/ ingkar adendum tersebut sudah tentu Tuanku akan zahirkan dukacita dalam surat tersebut, tapi semua itu tidak berlaku kerana Tuanku Sultan Abdullah yang bijak.



SEDANG NI PUN LEBAI WALAUN FITNAH... OOOO.. FAHAM.. SEBAB TAK. MASUK PAS.

 

Che Ibrahim


Ambo mula mendengar nama Tengku Maimun tahun 1992, masa tu ambo S/Usaha Jkuasa Pindaan Enakmen Syariah Kelantan yang kebetulannya masa tu dok draf Kanun Enakmen Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan (Enakmen Hudud). Tengku Maimun masa tu pegawai di Pejabat Peguam Negara. 


Tahniah, antara anak Kelantan yang tak lekang dari jiwa islamik



#Putrajaya Tengku Maimun yang akan bersara pada tahun ini berkata, beliau difitnah dan dilabel tidak Islam, malah ada pihak yang menggunakan suami beliau sebagai alasan untuk mengenepikan beliau daripada mendengar prosiding mahkamah.



PEGUAM NEGARA ENGGAN ULAS.

 


KUALA LUMPUR, JAN 8 - Peguam Negara Dusuki Mokhtar enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa Jabatan Peguam Negara menerima perintah adendum tahanan rumah untuk bekas perdana menteri Najib Razak.



“Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas kepada pemberita di luar majlis pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Bekas peguam negara Ahmad Terrirudin Salleh, turut hadir pada majlis tersebut tetapi mengelak daripada berjumpa dengan wartawan.


#BeritaKS



PUNYA TAK ADA ISU LAIN DAH..


 

DOK WIRID LAGI BAB DAP. AKHIRNYA KUTIP DUIT BAGI KE DAP. MAIN LA ISU LAIN.. EKONOMI BANGSA MELAYU, MACAMANA NAK TINGKATKAN.


 

MAMAT PENSYARAH KANAN APA TAK FAHAM BAB ADENDUM NAJIB NI



 Macamana seorang yang selemah ini pemahamannya tentang undang-undang boleh jadi 𝗽𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 di UM? Bukan pensyarah biasa pulak tu. 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗻!


Pertama dia kata 𝗧𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗔𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵. Bila di bawa ke mahkamah itu maknanya kerajaan telah 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 kepada rakyat tentang 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 selain 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗿𝗮𝗷𝗮.


Pertama sekali, siapa yang bawa isu titah addendum ni ke mahkamah? Kerajaan ke? Bukan. Tapi Najib yang bawa. Dia nak kata 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗿𝗮𝗷𝗮?




Kedua, dia bercakap kedaulatan. Daulat yang mana? 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 ke maksud dia? Kalau yang itu, memang kerajaan ada buat. Sebab itu PDRM berkas dan dakwa orang yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗷𝗮 macam Sanusi.


Tapi mendaulatkan Sultan, menghormati raja, bukan bererti mesti 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗼𝗿𝗼𝗻𝗼. Sebab kita ada undang-undang. Walaupun ianya titah daripada Sultan, masih tetap perlu selari dengan lunas undang-undang.


Atau dia maksudkan 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴? Kalau itu maksud dia, memang itu pun yang kerajaan, atau lebih tepat, 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 buat. Disebabkan titah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka Peguam Negara berpendapat ia 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵.


Sebab tu Najib bawa ke mahkamah. Tindakan Najib tu pun bukan bermakna dia hina Sultan. Tak. Dia mahu buktikan 𝘁𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Jadi mahkamahlah yang paling sesuai buat keputusan.


Jadi mamat ni merapu apa? Kalau pensyarah merapu macam ni, apa lagi rakyat di luar sana. Kan? Aku rasa pensyarah ni pun 𝘀𝗽𝗲𝘀𝗶𝘀 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 jugak ni. Sebab tu dia macam sengaja cari salah kerajaan je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



APA DIA KATA MEMAMG BETUL


 

NAK REPORT POLIS NAK KENA AJAK UMNO JUGAK KE?


 

KERJA DENGAN SYARIKAT SWASTA MACAM NK LA...


Che Ibrahim


 Ambo dibuang kerja semasa umur 52 tahun. Dalam represantasi ambo ke Jabatan Perhubungan Perusahaan, ambo kata di peringkat umur ini, takde siapa dah nak ambil ambo bekerja. 



Wakil majikan ambo jawab : kita tak buang kerja, kita hanya menamatkan perkhidmatan. 


Wakil JPP jawab: kita disini tidak nak tengok istilah yang digunakan, apa yang kita nak fokus ialah apabila seorang pekerja hilang pekerjaannya.



Reina Lum jawab dengan jelas, berani dan selamba


PMX BERSOPAN DENGAN RAJA-RAJA HINGGA DIRINYA DIFITNAH. 




Saya adalah antara followers TT Reina Lum. Saya suka melihat wanita yang bijak kerana daya intelektualnya sudah cukup menarik perhatian tanpa perlu melihat fizikal sebagai tarikan.


Penyampaiannya mudah difahami dan penuh dengan fakta terutama melibatkan perundangan. Pagi ini ulasan saya pendek sebab rasanya sudah cukup segala fakta-fakta diberikan dan saya setuju tidak perlu berdebat dengan mereka yang tidak memahami isu.


Reina Lum memberi hujah jelas, berani dan selamba. Apa katanya, “ Team Najib kena buktikan samada Titah itu legit atau tidak dari segi undang-undang dan boleh di enforce… Adakah Raja atau Agong boleh buat mcm tu.


“Sebab Royal pardon dan kes yang besar macam ini sebenarnya ada SOP. Bukannya Raja bangun tidur, I nak titah ini I nak titah itu….. titah Najib boleh duduk di rumah itu tidak pernah di discuss dalam official meeting.”


Terima kasih Reina Lum dan rasanya di pihak kerajaan memang ingin maklumkan sejak dari dulu lagi. Tapi memang sikap PMX sangat menghormati Raja-Raja. 


Beliau boleh sahaja menidakkan addendum itu tiada perintah tahanan di rumah tetapi PMX mahu biarkan Mahkamah yang tentukan. Itu tanda beliau beradab dengan Raja Raja hingga dirinya difitnah dan dicaci oleh pemimpin pembangkang.


Jika PMX berkata demikian tentu tidak manis dipandang masyarakat. Pelbagai hati yang ingin dijaga selain sebagai PM beliau mesti menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. 


Saya ingin memberi contoh…


Anda masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendakwa Pakatan Harapan mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 dahulu.


Namun Agong ketika itu seolah tidak melayani SD tersebut tetapi Anwar tetap tenang. Tiada provokosi kepada penyokong PH untuk menghentam Raja. Anwar tetap tenang dan tunggu pilihanraya untuk menjadi PM.


Ada rekod Anwar melawan Raja-Raja Melayu? Yang jelas, Hadi pernah membuat Sultan Selangor dukacita kenyataannya terhadap Raja Raja Melayu. Mahathir apatah lagi sanggup ‘berperang’ dengan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu.


Sanusi pernah membuat Sultan Selangor murka hingga menyamannya. Muhyiddin ingkar arahan Agong utk membina Kerajaan Perpaduan dan banyak lagi. Malah Agong amat dukacita, Takiyuddin kelirukan Dewan Rakyat isu darurat… tiba-tiba PMX dituduh sebagai penderhaka… ia sangat pelik.


Baiklah kepada yang masih belum faham… tidak pernah PMX menafikan wujud addendum ini tetapi addendum yang ada pada dirinya tidak wujud soal isu tahanan di rumah.


Addendum mengenai tahanan di rumah hanyalah diberikan kepada Peguam Negara di hujung perkhidmatan Agong ketika itu. 


Cuma Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ahmad Terrirudin beranggapan surat dari Yang Dipertuan Agong itu tidak sah kerana ia di luar daripada Lembaga Pengampunan.


Pendek kata seperti kata Reina Lum tadi, Raja tidak boleh sesuka hati mengeluarkan titah begitu sahaja tanpa melalui Lembaga Pengampunan.


Rakyat Malaysia mesti ini negara kita mengamalkan Raja Berpelembagaan bukannya sistem monarki sepenuhnya. Bermakna keputusan Raja-Raja ia juga tertakluk kepada undang-undang.




Norman Radzuan….✍️


DIA MANA DERHAKA... DIA RAJA DALIL.


 RMS


Dia derhaka tak pa..






MENIOU DAN MWNUNGGANG JA KERJANYA

 


Kami tau lama dah aihhhhhh..

WalaunLembu Man Rani ja dok bengong sampai dah bau tanah..😆😆😆😆


Crdits#Naqeef




APA PASAL PULAK ANWAR NAK KENA LETAK JAWATAN?

 


Kecoh la pasal Najib di 𝘯𝘦𝘸𝘴𝘧𝘦𝘦𝘥 aku. Tak putus berita pasal orang yang 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 ni. Macam-macam cerita keluar.


Mahkamah Rayuan telah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 kes Najib ni ke mahkamah tinggi. Aku pula sibuk. Dapat tengok FB sekejap-sekejap je. Ni baru ada masa nak ulas.


Paling kelakar bila pembangkang tak pasal-pasal nak suruh PMX 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻. Apa kena mengena pun tak tahu la. Dah dasar pembangkang 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴.


Dorang tuduh PMX 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺. Yang PMX nak sorok buat apa? Bukan ada faedah pun. Untuk info kes Najib di Mahkamah Tinggi bukan soal kewujudan addendum tu.


Kes sebenarnya Najib mahu arahan dalam addendum iaitu 𝘩𝘰𝘶𝘴𝘦 𝘢𝘳𝘳𝘦𝘴𝘵 berjalan sekali dengan pengurangan tempoh tahanannya. Tapi Mahkamah Tinggi masa tu berpendapat titah addendum tu 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙨𝙖𝙮. Tak dapat dibuktikan kewujudannya 


Itu mahkamah yang kata. Komen DS Anwar pula, yang seingat aku, 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 berpendapat titah itu tak sah sebab 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮.


Lepas Mahkamah buat keputusan, DS Anwar enggan ulas sebab kes 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 pula. Sebab tak mahu jadi 𝘀𝘂𝗯𝗷𝘂𝗱𝗶𝘀. 


Mana ada DS Anwar kata addendum tu tak wujud. Dah macam tu, pembangkang merepek apa kata PMX nak sorok addendum tu? Ini bodoh 𝘴𝘵𝘺𝘭𝘦 apa?


Sekarang ni pun, Najib bukan bebas pun. Bukan terus dapat tahanan rumah. Menang di Mahkamah Rayuan, Najib kena 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.


Nanti dalam Mahkamah Tinggi baru tentukan samada titah addendum tu tulen tak. Baru tentukan 𝘁𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝘀𝗼𝗻𝗴.


Panjang lagi proses dia. Tapi kalau tengokkan telatah walajib dan terutamanya walaun, 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗼𝗻𝘆𝗲𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗰𝗮𝗻. Huduh bebenor!


Pandangan aku konsisten dari sebelum ni. Apa yang penting bagi aku, Najib 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗵𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Dia kena penjara atau tahanan rumah, tak banyak beza. Yang penting, mahkamah dah sahkan yang 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Aku tahu ramai yang tak setuju pendapat aku. Malah walaun pun ada yang persoalkan integriti aku masa tu. Tapi sekarang ni walau pulak nak Najib bebas. Takyah pelik. Begitulah perangai munafik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BERUANG MATAHARI SEBAGAI MASKOT TAHUN MELAWAT MALAYSIA

 

𝗕𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 dipilih sebagai maskot 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 2026. Comel. Nasib baik tak jadi macam logo tahun 2020 dulu. Nampak murahan.




Dan paling aku suka, dalam gambar ni ada 5 beruang matahari dengan 5 jenis pakai yang mewakili semua 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 serta 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘄𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵. Cukup 𝗶𝗻𝗸𝗹𝘂𝘀𝗶𝗳.


Apa pun, 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸. Jauh lebih baik daripada kerajaan-kerajaan sebelum ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK MUDAH BAGI UMNO... TAPI JIKA NAJIB BEBAS.. UMNO LAGI SUKAR


 

HADIR LAGI... KANG KENA SOAL LAGI DAN KECOH LAGI


 

KISAH TAHANAN NAJIB


 

Kronologi Lembaga Pengampunan


*Faktanya Kisah Titah Tambahan (Adendum)*


*Ahad, 28-01-2024*


YDPA ke-16 mempengerusikan Lembaga Pengampunan.


PMX Anwar Ibrahim *masukkan* minit mesyuarat dgn bahagian ke-11 yg TAK ada dlm minit awal mesyuarat iaitu "pengampunan dlm bentuk pengurangan pemenjaraan Najib Razak dari 12 tahun ke 6 tahun, dari denda RM 210 juta ke RM 50 juta".


Semasa mesyuarat, baginda YDPA ke-16 setuju menitahkan utk bahagian ke-11 itu, maka Lembaga Pengampunan mengeluarkan surat rasmi utk Najib Razak.


Maka mesyuarat Lembaga Pengampunan pun selesai bersidang.



*Isnin, 29-01-2024*


Baginda YDPA ke-16 tiba2 keluarkan titah tambahan utk Najib Razak diberikan tahanan rumah.


Namun, utk mengeluarkan surat rasmi kuatkuasa kepada Najib Razak, titah tuanku *YDPA ke-16 itu memerlukan baginda mempengerusikan sekali lagi* Lembaga Pengampunan, jgn tanya Lim Sian See, kerja dia provok saja.



*Selasa, 30-01-2024*


Baginda YDPA ke-16 TIDAK sempat memanggil sidang Lembaga Pengampunan kerana baginda telah melengkapkan tempoh 5 tahun pemerintahan baginda.


*Khamis, 01-02-2024*


PMX membawa perkara ini kepada Peguam Negara utk menilai apakah & *bagaimanakah caranya* kerana YDPA ke-16 sudah lengkapkan tempoh pemerintahan baginda & TIDAK sempat mempengerusikan semula Lembaga Pengampunan.



*Ahad, 04-02-2024*


Peguam Negara (bekas) mengeluarkan IJTIHAD bahawa walau pun titah ini wujud,  namun ia TIDAK sah kerana baginda *YDPA ke-16 TIDAK sempat* mempengerusikan Lembaga Pengampunan utk menyempurnakan titah baginda ini. 


Maka *PMX membawa perkara ini kepada Presiden UMNO,* Zahid Hamidi & Zahid panggil mesyuarat tergempar MKT UMNO secara tertutup. 


Selaku kerajaan yg memerintah, kerajaan perlu merahsiakan perkara ini kerana ia melibatkan baginda YDPA demi menjaga istitusi DiRaja.


Tak da bilanya disorok titah tambahan dari YDPA ke-16 ini, SEMUA org pun tahu sejak mula lagi. Yg Akmal Saleh meroyan sakan tu, dah kenapa? Dulu masa Abah sakau masukkan Najib dlm penjara, kamu TAK meroyan sakan pula, masa tu? .


Sebab itu baginda YDPA yg ke-17 mengeluarkan titah supaya *mohon semula* pada baginda secara rasmi agar baginda boleh mempengerusikan Lembaga Pengampunan.


Puak2 PAS-PPBM-PN cuma menangguk di air yg keruh saja demi politik... Puak2 tu yg penjarakan Najib, puak2 tu juga kononnya sokong Najib.. 


Tok sah la termakan budaya politik pembohong diaorang tu, wahai Ketua Pemuda UMNO, ada masa kita minum teh der, jika sy turun Melaka...😀




SANDIWARA SEMASA PAS


Mat Sabu


Saya bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) lebih 37 tahun, iaitu dari tahun 1978 hinggalah tahun 2015.

 


Kemudian saya memilih untuk bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kita semua tahu, AMANAH lahir dari pergolakan yang berlaku dalam PAS.

 

Selama berada dalam PAS, saya diajar oleh ulama PAS bahawa perbezaan antara PAS dan UMNO bukan setakat perbezaan politik tetapi ianya telah sampai ke peringkat perbezaan akidah.

 

Saya yang begitu cetek dalam pengajian agama telah mempercayai bulat-bulat hujah yang digunakan oleh ulama PAS ketika mengkafirkan UMNO. Pada waktu itu saya merasakan tiada hujah lain yang boleh mengatasi hujah ulama PAS sehingga hubungan saya dengan ahli keluarga saya yang pro-UMNO menjadi renggang.

 

Saya masih ingat, ketika ke Terengganu untuk berceramah atau menghadiri program PAS, saya hanya bersembahyang di Masjid Rusila atau Masjid Batu Enam sahaja kerana bersembahyang di belakang imam yang pro UMNO adalah tidak sah dan haram hukumnya.

 

Penglibatan saya dalam politik bermula dari era Pemuda, kemudian ke Jawatankuasa PAS Pusat sebagai Naib Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Dahulu, dalam pemilihan PAS, selalunya yang akan mendapatkan 10 undi tertinggi adalah dari kalangan aktivis PAS yang paling kuat menentang UMNO, samada yang berlatar belakang professional ataupun golongan ustaz-ustaz. Yang selalu dapat undian tertinggi adalah seperti Dr Hatta Ramli, Arwah Salahudin Ayob, Ustaz Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Khalid Samad, Dr Dzul dan lain-lain lagi.

 

Tetapi pada tahun 2013 – 2014, kita sudah dapat mengesan pertemuan sulit beberapa Ustaz PAS dengan pihak UMNO sehinggalah ada yang mengaku telah menerima wang daripada UMNO.

 

Maka selepas itu berlakulah pertembungan fikrah dalam PAS, yang dipanggil kumpulan ustaz dengan kumpulan aktivis/professional PAS. Dalam Muktamar ke 15 PAS, berlaku ‘swing vote’ di mana sekumpulan aktivis dan professional dikalahkan ‘setandan’ oleh ustaz-ustaz PAS yang pro-UMNO.

 

Kalah menang dalam pemilihan adalah perkara biasa tetapi belum pernah berlaku penolakan secara berkumpulan seperti Muktamar di Kuala Selangor itu. Pada hari yang sama juga PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.

 

Saya nak sebut di sini, ahli-ahli AMANAH atau umat Islam jangan gusar dan jangan rasa gelisah di atas tuduhan PAS sebab tuduhan atau gelaran yang dikeluarkan oleh PAS hanyalah bersifat semasa dan untuk kepentingan politiknya saja. Kami yang telah tertipu, kononnya perbezaan dengan UMNO itu adalah perbezaan akidah tetapi ternyata ia adalah permainan untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada PAS.

 

Kita dapat lihat selepas DAP diceraikan dan PAS keluar dari Pakatan Rakyat, pada waktu itu, PAS terus kekal dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun DAP berada di dalamnya. Ada pula hujah lain digunakan untuk menghalalkan tindakan mereka supaya terus berada dalam pemerintahan di Negeri Selangor.

 

Tak lama kemudian, PAS berpisah pula dengan Keadilan, dengan alasan yang begitu rapuh dan tidak langsung memberi hujah, kenapa perlu berpisah dengan Keadilan.


Paling mengejutkan, selepas PAS berpisah dengan DAP dan Keadilan, PAS bersama pula dengan UMNO di dalam Muafakat Nasional. Pemimpin PAS mengatakan hubungan baru PAS-UMNO ini adalah anugerah Allah.


Ertinya selama ini, istilah UMNO itu kafir, sembahyang 2 imam dan sebagainya sehingga ada kes di bawa ke mahkamah hanyalah istilah semasa untuk mengaut sokongan politik, bukannya pegangan akidah.


Justeru ahli AMANAH dan umat Islam di negara ini, janganlah terpedaya lagi dengan permainan PAS – kerana semua hujah mereka hanya sandiwara dan boleh berubah pada bila-bila masa.


Misalnya, bila nak bekerjasama dengan DAP, PAS gunakan formula ‘agree to disagree’. Tetapi bila dah berpisah dengan DAP, timbullah semula dakwaan bahawa DAP itu komunis, DAP nak tubuh negara Kristian dan sebagainya. Inilah propaganda yang dimainkan PAS, terutamanya pada waktu ini.


Sedangkan dahulu waktu bersama DAP, Presiden PAS sanggup turun berkempen di Teluk Intan untuk memenangkan wakil DAP. Tetapi bila Presiden PAS bersama MCA, beliau turun pula berkempen untuk calon bukan Islam di Tanjung Piai, Johor dengan pantunnya yang agak terkenal, yang berbunyi,


“Mari kita pergi ke Dumai,

pergi ke Dumai dengan kereta,

Keluarlah mengundi beramai ramai,

Undi MCA, kawan kita.


Banyak sudah bukti bahawa fatwa PAS boleh diubah sesuka hati demi untuk menghalalkan sesuatu tindakannya. Misalnya bila nak larang ahli PAS turun berdemontrasi, mereka guna dalil - jangan campakkan dirimu ke dalam kebinasaan. Tetapi bila nak kerah ahli PAS untuk turun berdemontrasi, mereka guna pula dalil - berjuanglah ke jalan Allah dengan harta dan nyawamu. Amalan mengeluarkan fatwa sesuka hati inilah yang akan merosakkan negara sepertimana yang Tan Sri P Ramlee pertontonkan dalam filem Musang Berjanggut dulu. 


Berdasarkan semua insiden ini, maka bolehlah kita simpulkan bahawa; segala tuduhan dan persepsi yang cuba dimainkan oleh PAS hanyalah suatu sandiwara politik. Fatwa politik mereka boleh berubah bila-bila masa yang mereka suka.


Begitulah juga bila hari ini PAS menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, ini hanyalah sandiwara untuk menarik sokongan Melayu. Tidak mustahil suatu hari nanti, PAS akan membuang Datuk Seri Najib jika beliau tidak lagi menguntungkan politik PAS.


Akhir kata saya ingin menyeru kepada ahli AMANAH dan seluruh umat Islam di negara ini untuk terus berpadu tenaga memperjuangkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada semua, bersatu hati membela golongan yang tertindas serta bersama menolak politik kebencian.

 

Usahlah terpedaya dan termakan dengan sandiwara semasa PAS.

 

Mohamad bin Sabu,

Presiden Parti Amanah Negara.

Rabu, 8 Januari 2025



TUTORIAL UNDANG UNDANG UNTUK WALAUN

Che Ibrahim


(Puah dok saja, takdak kerija)


- jong report - sapa sapa yang ada maklumat

- jong siasat - SPRM

- Jong dakwa - Peguam Negara

- Jong bela - Peguambela

- jong jatuh hukuman- Hakim

- Jong laksana hukuman - jab penjara dan mahkamah(denda)

- Jong beri pengampunan - YDPA/Sultan/TYT melalui Lembaga Pengampunan. 


Jadi dalam kes Najib, siapa yang derhaka, siapa yang sorok titah, sapa yang tidak adil, sapa jong sorok, sapa jong sedih dan sapa jong bersoladiriti untuk Najib??? 


Sila bincang (20 minit)



JOM BELA DAP... DAP KENA FITINAH DENGAN WALAUN... YEEEEHAAA....

 

Jamzuri Ardani


Mungkin maksud dia jika pemimpin DAP difitnah, PAS sanggup kutip derma jihad untuk bayar pada DAP. 


Itulah cara PAS 'membela' orang yang dizalimi. 


😂😂😂😂




Belanja $150 juta, untung $200 bilion


Nik Hasyudeen


Siapa kata skim cepat kaya yang sahih tak wujud. Cuma, ianya hanya boleh dimainkan oleh orang-orang yang betul-betul kaya sahaja.


Elon Musk, seorang yang berasal dari Afrika Selatan, membelanjakan kira-kira $150 juta bagi membiayai kempen pilihanraya Presiden Donald Trump. Apabila Trump menang, nilai saham-saham Musk naik sebanyak $213 bilion kerana dia dianggap akan menjadi orang yang berpengaruh di dalam kerajaan Trump 2.0.


Musk dijanjikan sebagai ketua satu unit baharu, Department of Government Efficiency (DOGE). Di antara sasaran DOGE ialah mengurangkan perbelanjaan kerajaan Amerika sebanyak $ 2 trillion. Jadi, Musk dilihat sebagai seorang yang amat berpengaruh di dalam agenda ekonomi Trump.


Baru-baru ini Kongres yang diketuai oleh Parti Republikan mahu meluluskan satu rang undang-undang perbelanjaan yang dipersetujui bersama dengan Parti Demokrat. Musk tak suka dengan rang undang-undang berkenaan dan menciap berkenaan hal itu di platfom X yang dia miliki. Trump campur tangan dan rang undang-undang berkenaan ditarik balik.


Sebelum kita mengutuk Elon Musk (nak buat apa lagi selain dari mengutuk kerana hanya itulah yang mampu kita buat), kita kena perhatikan macamana Musk boleh mengambil peluang dari pemilihan Trump ini. Musk memiliki beberapa syarikat yang berasaskan teknologi yang kompetitif, antaranya:


1. Tesla

2. Space X

3. X (walaupun tak menguntungkan, Musk guna X untuk menyebarkan pengaruh)


Jadi, apabila dia dianggap berpengaruh, pelabur akan membeli saham-saham syarikat ini kerana Musk dijangka akan menyalah gunakan kedudukan beliau untuk menguntungkan perniagaan beliau melalui perubahan polisi kerajaan, kontrak dan sebagainya. 


Walaupun mungkin ada di antara kita yang percaya pelabur-pelabur Barat ni jujur dan mahu membawa kebaikan kepada dunia, mereka semua hanya ada satu tuhan, wang. Jadi, mereka dengan tidak malu-malu turut mengambil kesempatan dari pengaruh Musk.


Sebenarnya bukan Musk sahaja yang naik nilai hartanya, di dalam atrikel Fortune yang saya kongsikan di ruangan komen, ramai lagi yang beruntung dengan pemilihan Trump termasuk Jensen Huang dan Mark Zuckerberg.


Moral cerita ini ialah jika nak main skim cepat kaya macam ini, kita sendiri kena mampu membawa perkara-perkara hebat yang ada nilai, bukannya menjadi juara mempertikai apa sahaja yang bergerak dan terbang.


Malangnya disebabkan kita malas nak menggunakan otak untuk mencipta nilai, ramai yang nak menjadi juara mempertikai sahaja.