MAMAT PENSYARAH KANAN APA TAK FAHAM BAB ADENDUM NAJIB NI



 Macamana seorang yang selemah ini pemahamannya tentang undang-undang boleh jadi 𝗽𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 di UM? Bukan pensyarah biasa pulak tu. 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗻!


Pertama dia kata 𝗧𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗔𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵. Bila di bawa ke mahkamah itu maknanya kerajaan telah 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 kepada rakyat tentang 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 selain 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗿𝗮𝗷𝗮.


Pertama sekali, siapa yang bawa isu titah addendum ni ke mahkamah? Kerajaan ke? Bukan. Tapi Najib yang bawa. Dia nak kata 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗿𝗮𝗷𝗮?




Kedua, dia bercakap kedaulatan. Daulat yang mana? 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 ke maksud dia? Kalau yang itu, memang kerajaan ada buat. Sebab itu PDRM berkas dan dakwa orang yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗷𝗮 macam Sanusi.


Tapi mendaulatkan Sultan, menghormati raja, bukan bererti mesti 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗼𝗿𝗼𝗻𝗼. Sebab kita ada undang-undang. Walaupun ianya titah daripada Sultan, masih tetap perlu selari dengan lunas undang-undang.


Atau dia maksudkan 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴? Kalau itu maksud dia, memang itu pun yang kerajaan, atau lebih tepat, 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 buat. Disebabkan titah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka Peguam Negara berpendapat ia 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵.


Sebab tu Najib bawa ke mahkamah. Tindakan Najib tu pun bukan bermakna dia hina Sultan. Tak. Dia mahu buktikan 𝘁𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Jadi mahkamahlah yang paling sesuai buat keputusan.


Jadi mamat ni merapu apa? Kalau pensyarah merapu macam ni, apa lagi rakyat di luar sana. Kan? Aku rasa pensyarah ni pun 𝘀𝗽𝗲𝘀𝗶𝘀 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 jugak ni. Sebab tu dia macam sengaja cari salah kerajaan je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.