BERSIARAN AGAK LEWAT HARI INI KERANA MASALAH TALIAN YANG AMAT LEMBAB

 


TALIAN AMAT LEMAH CAPAIN PADA HARI INI. SAYA AKAN BERSIARAN SECEPAT

 MUNGKIN.

Ahmad Maslan dedah punca mengapa UMNO hantar surat putus hubungan dengan Bersatu

 Ahmad Maslan dedah punca mengapa UMNO hantar surat putus hubungan dengan Bersatu


Satu Perjumpaan Khas antara UMNO, PPBM dan PAS yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti telah diadakan pada 15 Februari 2021.

Di dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar UMNO membuat pendirian jelas berkenaan kedudukan kerjasama dengan PPBM sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi PRU ke-15.

Bagi maksud tersebut, Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat, 19 Februari 2021 untuk membincangkan lanjut hasrat YAB Perdana Menteri tersebut.

Keputusan Mesyuarat MKT telah sebulat suara bersetuju untuk Presiden UMNO mengutuskan surat kepada Presiden PPBM bagi menyatakan keputusan Mesyuarat MKT sebagaimana yang diminta, sepertimana berikut:

Tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15.

UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Sejak dari awal, UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

Justeru, keputusan ini dicapai setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam Kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO


LEBAI NI MELALUT

 

Keputusan mahkamah isu seks luar tabii : Hadi salahkan ‘buaya’ belaan penjajah British

Keputusan mahkamah isu seks luar tabii : Hadi salahkan ‘buaya’ belaan penjajah British

Para pemimpin masyarakat majmuk yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan daripada semua parti politik yang menyertai PRU 1955 Pra- Kemerdekaan memainkan peranan besar menentukan dasar dan hala tuju negara selepas merdeka, melainkan Parti Komunis yang menolak agama diharamkan dan mereka yang bersamanya tidak terlibat dalam pilihan raya.

Para pemimpin yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi mengadakan rundingan kemerdekaan tersebut. Mereka menghadapi cabaran melalui penggubalan Perlembagaan Persekutuan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid, di mana keanggotaan suruhanjaya itu tidak disertai oleh mana-mana individu dalam kalangan para pemimpin atau ilmuwan tempatan.

Ahli Suruhanjaya Reid terdiri daripada:

• Lord William Reid (Pengerusi)
• Sir Ivor Jennings (British)
• Sir William McKell (Australia)
• Hakim B Malik (India)
• Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Beberapa memorandum telah dikemukakan kepada mereka, bahkan terdapat dalam kalangan wakil raja-raja juga terlibat dalam beberapa perundingan.

Cadangan mengenai agama dipinda walaupun rumit, Islam tetap diterima sebagai agama bagi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu melalui parti-parti mereka yang menyertai PERIKATAN bersama Umno, kerana ia menjamin hak setiap rakyat di Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri. PAS yang mempunyai satu kerusi menerima pindaan tersebut dengan pentafsirannya sendiri.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dianggap sebagai ketua agama Islam tidak berani disentuh oleh penjajah British dengan cara yang berhati-hati.

Akhirnya dicadangkan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Dengan erti kata lain, agama-agama selain Islam yang dianuti oleh rakyat dalam masyarakat majmuk diiktiraf hak untuk menganut agama masing-masing.

Adapun Islam yang dikatakan agama Persekutuan itu tidak ditafsirkan dalam perlembagaan. Inilah sifat kebiasaan dalam perlembagaan yang menjadi undang-undang dasar negara.

Sistem pentadbiran berkonsepkan federalisme dan kedudukan agama Islam dihuraikan dalam peruntukan Perlembagaan yang lain, tidaklah mengikat sehingga tafsirannya tidak boleh diubah.

Bahkan dalam kalangan ilmuwan Barat sendiri bertelingkah antara satu sama lain dalam mentafsirkan Islam. Terdapat kalangan mereka yang mentafsirkan Islam dengan perkataan ‘religion’. Selain itu, ada juga yang mentafsirkan Islam dengan ungkapan ‘religion and way of life’, ‘Muhammadan Law’ (Dr. V. Fitzgerald), ‘Muhammadanism’ (RO Winstedt) dan sebagainya.

Pada masa yang sama, terdapat dalam kalangan orientalis yang mengkaji ajaran Islam, mereka mengakui bahawa Islam bukan semata-mata agama sahaja, bahkan meliputi semua aspek kehidupan manusia. Antaranya ialah tokoh seperti Dr. V. Fitzgerald, Prof. C. A. Nallion. Dr. Joseph Schacht, R. Strothmann, D. B. MacDonald, Sir T. Arnold, Prof. H. A. R. Gibb dan tokoh yang lain.

Terdapat kelompok yang hanya tahu menghentam kromo tanpa mengkaji serangan pemikiran paling melampau yang dilakukan terhadap umat Islam.

Hal-hal ini menjadikan sebahagian daripada hakim-hakim British pada zaman penjajahan dahulu, membuat keputusan secara berhati-hati apabila melibatkan hal ehwal Islam. Mereka tidak berani melanggar sensitiviti umat Islam, apabila tindakan itu dianggap sebagai menghina agama Islam.

Terdapat dalam kalangan ilmuwan Barat sendiri menyedari hakikat yang sebenar tentang Islam. Khususnya apabila mereka menjadikan al-Quran sebagai salah satu daripada rujukan dalam persidangan antarabangsa bagi menggubal undang-undang antarabangsa selepas berlakunya Perang Dunia Pertama.

Maka, apakah tafsiran kita sendiri terhadap Islam?

Al-Quran yang menjadi kitab suci umat Islam menegaskan bahawa Islam adalah al-Din. Pengertian dari sudut bahasa yang memberikan maksud secara sempurna mengikut kejadian alam semesta, termasuk alam manusia sebagai sebahagian yang sangat kecil daripada alam keseluruhannya.

Firman Allah SWT:
﴿أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ٨٣ قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَالنَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ٨٤ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ٨٥﴾

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya sahajalah tunduk dan taat segala apa yang berada di langit dan di bumi, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa. Dan hanya kepada Allah jualah mereka dikembalikan. (83); Katakanlah: ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan hanya kepada-Nya sahajalah kami menyerahkan diri (menganut Islam).’ (84); Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka mereka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan pada Hari Akhirat kelak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. (85).” (Surah Ali ‘Imran: 83-85)
Adapun tentang Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿…الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ…٣﴾

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kalian, dan Aku telah meredhai Islam itu menjadi agama kalian…” (Surah al-Ma’idah: 3)
Manakala mengenai kedudukan Islam dengan semua ajaran yang lain, perkara ini ditegaskan oleh firman Allah SWT:

﴿هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ٩﴾

“Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci dirinya.” (Surah al-Saff: 9)
Rasulullah SAW pula menegaskan dengan sabdanya:

‌الْإِسْلَامُ ‌يَعْلُو ‌وَلَا ‌يُعْلَى ‌عَلَيْهِ.

“Islam itu tinggi dan tidak boleh ditinggikan agama yang lain mengatasinya.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, jld. 6, ms. 205 dan al-Daraqutni 395)

Maka, sikap penganut Islam terhadap agama mereka hendaklah berdasarkan panduan al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Walaupun wajib ditegakkan konsep tidak ada paksaan dalam agama dan kebebasan penganut agama masing-masing mengikut kepercayaan mereka.

Bahkan terdapat dalam kalangan para hakim yang benar-benar arif dan amat arif dalam membuat keputusan berdasarkan budi bicara kerana masih mempunyai sensitiviti agama dalam diri masing-masing, sebagaimana Tun Salleh Abbas, Tan Sri Harun Hashim dan Tun Hamid. Termasuklah juga dalam kalangan para ilmuwan seperti Prof. Ahmad Ibrahim, Dato’ Nik Abdul Rashid, Aminuddin Baki dan tokoh-tokoh lain.

Malangnya terdapat dalam kalangan para hakim yang baru, hilang sensitiviti agama. Mereka membuat keputusan berasaskan buku yang dibaca, bukan mengikut pertimbangan akal yang mempunyai budi bicaranya.

Apa yang menarik, penjajah British sendiri pada zaman penjajahan sangat berhati-hati agar tidak menyentuh sebarang sensitiviti penganut Islam, sehingga mereka meletakkan kuasa Islam kepada raja-raja. Sekalipun mereka menyembunyikan pentafsiran perkataan agama mengikut kehendak mereka dengan makna yang sempit, dan merampas kuasa politik dan pentadbiran secara tersembunyi tanpa difahami rakyat.

Bahkan beberapa keputusan mahkamah oleh para hakim berbangsa Inggeris dibuat dengan sangat berhati-hati. Malangnya ada dalam kalangan Melayu-Islam yang tiada dalam hatinya kepekaan terhadap Islam, walaupun telah mendapat kemerdekaan lebih setengah abad. Malangnya lagi, terdapat juga kalangan mereka yang menonjolkan diri berwajah Inggeris lebih daripada bangsa Inggeris sendiri.

Apabila berlakunya keputusan mahkamah yang berani mencabar terhadap Enakmen Jenayah Syariah Selangor, menjadikannya laksana batu besar yang dihempas ke dalam lubuk yang tenang. Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya.

Mereka muncul atas pelbagai nama media, NGO dan individu sehingga umat Islam dapat mengenali secara dekat siapa wajah mereka yang sebenarnya.

Terpulang kepada diri masing-masing, sama ada ingin menepuk dada tanya iman atau tepuk dada tanya selera makan.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rajab 1442 / 4 Mac 2021


KECOH SAMPAI NEW ZEALAND

 


Panas! Isu Edmund Santhara bukan saja kecoh di Malaysia tapi juga di New Zealand

Panas! Isu Edmund Santhara bukan saja kecoh di Malaysia tapi juga di New Zealand

Kerajaan New Zealand terus berdiam diri berhubung sama ada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara mendapat layanan istimewa atau tidak.

Perkara itu dipersoal oleh organisasi berita Stuff, yang berpusat di Wellington, yang mendapati bahawa kerajaan New Zealand tidak mengetahui status Santhara di negara itu atau berapa lama dia menunggu tempat kuarantin.

Jabatan imigresen negara itu memberitahu Stuff bahawa mereka tidak dapat memberikan maklumat mengenai Santhara sekiranya tiada kebenaran untuk mendedahkan maklumat peribadi.

Begitu juga, jurucakap kementerian untuk perniagaan, inovasi dan pekerjaan negara itu – yang memantau kemudahan kuarantin New Zealand – mengatakan bahawa mereka tidak dapat mendedahkan maklumat tersebut atas alasan maklumat peribadi.

Kemudahan pengasingan dan kuarantin (MIQ) yang dikendalikan di New Zealand terhad. Terdapat 32 kemudahan dengan kapasiti 6,260 orang.

Menurut akaun peribadi Santhara, dia memasuki MIQ pada 24 Disember tahun lalu.

Jurucakap bagi tindak balas Covid-19 Parti Nasional (parti pembangkang di New Zealand) Chris Bishop mengatakan bahawa kerajaan harus mengesahkan sama ada Santhara mendapat layanan istimewa atau tidak.

Bishop mengatakan maklumat peribadi bukanlah alasan yang baik kerana tidak sesuai dengan pendirian kerajaan New Zealand mengenai kes-kes sebelumnya.

“Saya memahami hujah tentang maklumat peribadi, tetapi kerajaan sangat terkehadapan dalam kes salah satu anggota Parlimennya sendiri, Ricardo Menendez March, yang dapat kembali ke New Zealand,” kata Bishop kepada Stuff.

“Soal maklumat peribadi nampaknya tidak begitu penting dalam hal itu dan seharusnya juga tidak ada dalam kes ini (kes Santhara).”

Menurut Bishop, ramai warga New Zealand tidak dapat kembali ke negara mereka, bahkan untuk melihat orang tersayang yang meninggal dunia, kerana kemampuan MIQ yang terhad.

Oleh itu, katanya orang ramai berhak mendapat jawapan.

“Persoalan sebenarnya adalah bagaimana dia masuk ke MIQ, ada sejumlah ruang yang sangat terhad dan orang akan sangat prihatin jika ada layanan istimewa yang diberikan kepadanya dan kerajaan sekarang perlu lebih telus mengenai hal itu,” katanya.

Santhara sebelum ini menjelaskan bahawa dia telah mengambil cuti 55 hari – termasuk cuti tanpa gaji – untuk bersama keluarganya di New Zealand.

Dia mengatakan bahawa isterinya sakit dan bahawa dia tidak melihat anaknya lebih setahun.

Pendedahan mengenai Santhara hadir di tengah-tengah sekatan perjalanan yang ketat bagi kebanyakan rakyat Malaysia, yang kini tidak dapat merentas sempadan negeri, apalagi ke luar negara untuk kunjungan. 




Pada bulan Oktober, kerajaan New Zealand memerintahkan syarikat penerbangan Air New Zealand untuk membekukan tempahan kerana kemudahan MIQ hampir mencapai kapasiti menjelang cuti Krismas.

Gempar! Adly dedah ‘langkah Zahid’ di Melaka yang menyebabkan Bersatu putih mata

 

Gempar! Adly dedah ‘langkah Zahid’ di Melaka yang menyebabkan Bersatu putih mata


Langkah Zahid di Melaka

UMNO asalnya hanya mempunyai 13 sahaja kerusi DUN di Melaka.

Bila PPBM meninggalkan PH, 2 Adun PPBM menurut langkah parti mereka. Kerajaan PH tumbang di Melaka.

Dengan komposisi ini, maka king maker bagi pembentukan kerajaan baru adalah PPBM.

Muhyiddin akhirnya memberi sokongan kepada seorang Adun PPBM untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

Namun UMNO tidak berputus asa. 11 daripada 13 wakil rakyat UMNO menandatangani SD dihadapan Zahid Hamidi bagi menyokong seorang Adun PKR untuk menjadi Ketua Menteri, melompat la dia, kerana dia calon Ketua Menteri. Namun bilangan sokongan masih tidak cukup, 11 umno, dirinya sendiri, hanya 12 dari 28 keseluruhannya.

Sebagai calon Ketua Menteri maka tugasnya adalah mencukupkan bilangan, maka dapatlah ditambah dengan seorang wakil rakyat dari DAP. Jadilah 13 sahaja. Tetap tidak cukup bilang. Tapi sudah melompat.

Setelah mendapat seorang wakil rakyat PKR dan seorang dari DAP, umno memutuskan hubungan dengan PPBM di Melaka. PPBM tidak lagi menjadi King Maker. Surat Muhyiddin sudah tidak berguna lagi.

Zahid mengadap TYT Yang Dipertua Negeri, selesai pertemuan, Zahid umumkan di media dua perkara, samada UMNO menjadi Ketua Menteri atau Dun dibubarkan.

Dun dibubarkan adalah juga pilihan PH dan ketakutan terbesar bagi mereka yang melompat dikala itu, maka oleh kerana tiada pilihan, UMNO akhirnya diterima menjadi Ketua Menteri.

Langkah Melaka yang disusun Zahid memang menjadi. Langkah yang sama digunakan diperingkat Nasional. Menyokong tapi nombornya tidak juga cukup, sampai kiamat.

Nombor hanya cukup kalau UMNO kembali berkuasa.

Adly Zahari

Sumber: IR

 


NI GAMBAQ BILA TAK TAULA

 Image

BELAT AYAQ..TAPI DI KEDAH AYAQ TAK DAK....

 

Nak sekat air sungai ke PP... tiba-tiba di negeri sendiri dah 8 hari tiada air. Dekat dunia jangan sombong, jangan lupa diri... semua itu pinjaman sementara... muhasabah dirilah MB.



VIDEO > [TERKINI] Memahami kesan tiada kerjasama UMNO dan Bersatu menjelang PRU-15

RAKYAT HARUS BERTAWAKKAL DAN REDHA ATAS APA?




Pengarah Komunikasi AMANAH Melaka Jamzuri Ardani berkata, Perdana Menteri telah melakukan kezaliman kepada rakyat Malaysia kerana menggaji seseorang bagi menjawat jawatan yang tidak perlu menggunakan wang rakyat. “Bukan seorang, bukan dua orang ... tetapi cukup ramai yang digaji dengan wang rakyat sedang jawatan-jawatan tersebut tiada sebarang keperluan dan manfaat kepada rakyat dan negara.






VIDEO : "MAHARAJA TAKIYUDDIN" TAK BOLEH BERSIDANG SEBAB TUA?YDP AGONG KATA PARLI...

VIDEO : WARGA KUALA LUMPUR TERKILAN



"Kerajaan memutuskan Belanjawan 2021 adalah belanjawan yang mengembang atau expansionary. Sehubungan itu, jumlah perbelanjaan bagi 2021 adalah perbelanjaan terbesar dalam sejarah berjumlah RM322.5 bilion. Katanya ia digarap berasaskan unjuran kutipan hasil kerajaan bagi 2021 yang dijangka meningkat kepada RM236.9 bilion, lebih tinggi berbanding RM227.3 bilion pada 2020.




VIDEO : Yb Takiyuddin menghina ahli parlimen warga emas

Tiada data, fakta sains mengatakan sidang Parlimen tidak selamat diadakan

 


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menempelak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berhubung risiko yang tinggi jika Parlimen bersidang.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu bimbang kerana sepanjang tempoh Parlimen bersidang, tidak ada seorang ahli Parlimen yang dijangkiti wabak Covid-19.

"Dalam dua sesi Parlimen terakhir, Ahli Parlimen dan pegawai mereka yang menghadiri Parlimen diuji terlebih dahulu untuk saringan Covid-19 setiap dua minggu.

"Risiko penyebaran semasa sesi Parlimen dikurangkan dengan langkah yang berkesan dan sederhana ini. Parlimen juga tidak membenarkan pengunjung awam dan mengurangkan waktu duduk anggota Parlimen. Mereka juga menjauhkan tempat duduk kita secara penjarakan sosial dan memasang penghalang pelindung plastik antara Ahli Parlimen.

"Dengan semua langkah-langkah ini diambil, tidak ada seorang pun ahli Parlimen dijangkiti dalam dua sesi Parlimen yang lalu. Parlimen merupakan salah satu tempat paling selamat di Malaysia yang bebas dari Covid-19," katanya.

Pada masa sama, Wong Chen berpendapat Ahli Parlimen akan menjadi lebih selamat memandangkan mereka akan diberi vaksin antara bulan Mac dan April. Ini kemudian akan mengurangkan kemungkinan bahaya kepada ahli Parlimen ketika mereka sedang bersidang.

Malah katanya, ketika Ahli Parlimen berada di sesi Parlimen, mereka tidak berada di kawasan mereka secara langsung atau berinteraksi dengan penduduk kawasan mereka.

"Ahli Parlimen berpotensi menyebarkan wabak ketika mereka benar-benar "turun padang" sama ada semasa pilihan raya, atau menghadiri program, mengedarkan makanan atau tablet. Sebenarnya semua Ahli Parlimen yang dijangkiti sebelum ini berlaku di luar sesi Parlimen.

"Mereka bukan penyebar yang berpotensi ketika berada di Parlimen, di mana mereka melakukan tugas utama mereka untuk membuat perundangan, memberikan keseimbangan kepada kekuatan kerajaan yang ekstrem dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, kerajaan memberi alasan untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen tidak boleh bersidang bukanlah sesuatu yang sangat baik.Tidak ada data atau sains untuk menyokong dakwaan bahawa Parlimen dalam sesi akan tidak selamat," katanya.

Justeru, Wong Chen menganggap ia sesuatu yang tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa Ahli Parlimen Pembangkang tidak hormat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana mencabar nasihat darurat yang diberikan oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Dalam hal ini, kerajaan yang sepatutnya menasihati Yang di-Pertuan Agong bilakah Parlimen boleh bersidang, memberikan alasan yang paling lemah.

"Siapa yang sebenarnya tidak menghormati Agong?" katanya.

 

NAK BUAT PIIHANRAYA CEPAT MACAMANA...KERUSI PUN DOK BEREBUT TAK HABIS LAGI...BERANI KAH BERSATU LAWAN 3 PENJURU?PAKAI MELINGKUP LA.

 


Panas! Annuar Musa dedah PRU-15 akan berlaku lambat lagi, bukan dalam masa terdekat

Panas! Annuar Musa dedah PRU-15 akan berlaku lambat lagi, bukan dalam masa terdekat

Bekas setiausaha agung BN Annuar Musa menyifatkan keputusan Umno untuk  memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 sebagai pendirian “pramatang (premature).”

Dia mengulas surat yang diutus Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid kepada Perdana Menteri dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi Umno.

“Pertama, tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

“Kedua, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen,” kata isi surat itu.

Bagaimanapun, Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara “diam-diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama” dengan Bersatu.

“Sewaktu mula menjalin kerjasama antara parti, tiadapun surat-menyurat memulakan kerjasama itu…

“Apa lagi perkara yang masih jauh di hadapan,” kata bekas setiausaha agung Umno pada satu kenyataan hari ini.

Menurut ahli parlimen Ketereh itu, mandat untuk pentadbiran Perikatan Nasional memerintah sebelum mengadakan pilihan raya umum masih lambat lagi.

“Tempoh PRU (mandat parlimen berakhir pada) 2023. Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh yang panjang itu. Ia meletakkan parti pada posisi disadvantage (rugi). Apa lagi di saat parti perlu melalui pemilihan parti yang wajib tahun ini.

“Dasar parti semasa pilihan raya akan datang bakal ditentukan pemimpin yang memimpin semasa PRU diadakan. Banyak perkara boleh berlaku antara sekarang hingga tempoh parlimen di bubarkan.

“Dengan pendirian premature (pramatang) ini, kita telah menjadikan diri kita tempang (lameduck) dan kuasa tawar-menawar dalam kerajaan menjadi lemah.

“Yang menanggung akibatnya adalah ahli di akar umbi,” katanya yang juga menteri Wilayah Persekutuan kabinet PN. 

HIDUP MELAYU ISLE- TAK APA ..MAHAI SIKITTAK PA MELAYU PUNYA PASAI

 


Selepas dedak, harga daging juga bakal naik sehingga RM45 sekilogram

Selepas dedak, harga daging juga bakal naik sehingga RM45 sekilogram

Harga daging tempatan dijangka naik sehingga RM45 sekilogram menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penternak lembu, Zainal Azhar Mohamed, 36, berkata, ia berikutan kenaikan harga dedak ternakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac tahun lalu.

“Pihak kilang ada alasan sendiri bila ditanya mengenai kenaikan harga dedak, orang tengah pun mungkin punca harga naik.

“Kalau sebelum ini seguni dedak saya boleh dapat pada harga RM54, sekarang harganya sudah mencapai RM58,” katanya.

Zainal berkata, ketika ini harga daging tempatan sudah mencecah RM40 sekilogram dan tidak menolak kemungkinan akan mencapai RM45 sekilogram menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Isu kartel baru-baru ini menyebabkan pengguna kembali membeli daging tempatan dan dengan bertambahnya harga dedak, tidak mustahil harga daging akan naik lagi. Namun ia bergantung kepada kawasan dan permintaan.

“Sekarang pun harga daging sudah naik di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Desa Selatan Beef Sdn. Bhd, Kamaruzzaman Abdul Jalil berkata, terdapat banyak sumber negara import yang membekalkan lembu seperti Thailand dan Australia namun difahamkan kemasukan bekalan lembu dari Thailand pada tahun ini berkurangan.

“Peratus ternakan lembu tempatan sangat kecil tidak mampu menampung permintaan tinggi terhadap daging segar.

“Justeru, penternak akan membeli lembu pada usia setahun hingga dua tahun dari Thailand dan Australia untuk difidlotkan.

“Lembu itu akan diberi makan dan dijaga dalam tempoh setahun hingga dua tahun sehingga mencapai berat sepatutnya sebelum disembelih,” katanya.


RUGI LA KALAU MANA MANA KOLAM KERING AIR-DEMI KUASA JUAL MARUAH SIKIT TAK APA.

 


PAS kekal pendirian ‘main dua kolam’ walaupun UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu

PAS kekal pendirian ‘main dua kolam’ walaupun UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu

PAS kekal dengan pendirian untuk memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan memperkasa Perikatan Nasional (PN), selepas Umno menerusi presidennya Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 dan hanya bersama dengan kerajaan PN hingga Parlimen dibubarkan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khairuddin Aman Razali berkata, PAS percaya bahawa satu-satunya kunci kemenangan bagi umat Islam dan Melayu, khususnya di Malaysia adalah bersatu-padu, tanpa mengira sama ada PPBM, Umno atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan lain.

“Kita tetap konsisten untuk menyatupadukan semua parti Melayu-Islam, sama ada Umno PPBM dan sebagainya seperti ditegaskan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang,.

“Kita kukuhkan MN dan memperkasakan PN. Namun apa-apa surat yang dihantar oleh Umno akan dibincangkan di peringkat pimpinan PN,” katanya kepada FMT.

Ketika ditanya sama ada pendirian PAS itu akan menyebabkan sebilangan pemimpin Umno dan PPBM berasa tidak selesa sehingga dikhuatiri menimbulkan pertikaian, Khairuddin berkata, “itu terpulang kepada mereka, yang penting ini adalah pendirian PAS.

“Setiap parti berhak berikan pandangan masing-masing. PAS kekal dengan pendirian sama, kita akan berusaha sebaik yang boleh untuk menyatukan umat,” katanya.

Terdahulu hari ini PPBM mengesahkan parti itu menerima surat daripada Ahmad Zahid berhubung keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 19 Feb yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum ke-15 dan hanya bersama-sama dengan kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat Biro Politik PPBM pada petang semalam sudah membincangkan mengenai surat berkenaan dan membuat ketetapan untuk membawanya ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM petang ini.


Struktur semula Pemuda PH, Akmal Nasir paling sesuai dilantik ketua baharu

 


POSTED BY AMIR WRLR


Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang lesu sejak Langkah Sheraton Februari 2020 dan kehilangan mantan ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perlu distruktur semula untuk kembali mengungguli arus perubahan anak muda.

Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, R Yuneswaran, Kepimpinan Pemuda PH harus menyelesaikan pelantikan ketua sayap itu seberapa segera dan menyusun semula kepimpinan peringkat Cabang, Negeri serta nasional.

"Dengan situasi ketidakstabilan politik negara dan pentadbiran kerajaan yang lemah sekarang ini, Pemuda PH harus menjadi asas dan arus pilihan anak muda dalam pilihan raya umum (PRU) 15.

"Pemuda PH harus memainkan peranan penting merangka dasar-dasar, tawaran serta pelan tindakan untuk anak muda, mengangkat suara anak muda dan menjadi pelantar untuk memberi nasihat, peluang, ruang dan mewakili golongan belia pembuat keputusan dan polisi.

"Dalam hal ini, YB Akmal adalah pemimpin yang paling sesuai untuk menerajui Pemuda PH atas kapasiti sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua AMK Malaysia untuk mengangkat isu-isu anak muda dalam Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, menurut Yunes, hal itu tidak bermakna Ketua Pemuda AMANAH dan DAPSY tidak layak mengisi jawatan tersebut.

Cuma katanya, Akmal dianggap lebih menonjol kerana beliau berpengalaman sebagai Ahli Parlimen dan mampu mengutarakan persoalan anak muda di pelbagai platform secara berkesan.

"Sudah tentunya mereka layak dan sesuai diangkat sebagai pengerusi Pemuda PH dan kepimpinan mereka sama sekali tidak diragui. Malah, Ketua Pemuda DAPSY Saudara Howard Lee dan Saudara Shazni, Ketua Pemuda AMANAH diperlukan untuk sama-sama berganding bahu dalam memartabatkan anak muda serta memantapkan sayap dengan mengstruktur organisasi dan memeta hala tuju Pemuda PH.

"Namun, YB Akmal Nasir mempunyai kelebihan dan diharap mampu memberi sumbangan lebih besar kepada Pemuda PH itu sendiri dalam mengutarakan pandangan, hujah dan juga mencari penyelesaian isu- isu anak muda di platform yang lebih luas seperti Dewan Rakyat. Akmal juga mengetuai pimpinan AMK Malaysia yang menerajui di 222 kawasan Parlimen," katanya.

Yunes berharap kepimpinan pemuda PH bermesyuarat dalam masa terdekat memandangkan PRU mungkin hanya beberapa bulan daripada sekarang dan PH tidak mempunyai banyak masa bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa gabungan itu mantap serta berupaya membentuk kerajaan sekali lagi.

"Matlamat kita adalah kembalikan mandat rakyat, dan Pemuda PH harus menjadi pilihan anak muda bagi semua lapisan masyarakat. Pemuda PH juga perlu memberi tumpuan kepada pengundi berumur 18 tahun dan anak muda yang akan mengundi untuk kali pertama serta tawaran yang boleh kita berikan kepada mereka," katanya lagi.

Bagi Yunes, dengan kepimpinan, sokongan dan dokongan Ketua AMK, Ketua DAPSY maka Pemuda PH boleh mewujudkan pilihan alternatif dan sumber kepercayaan anak muda dalam PRU yang akan datang.

Kita perlu ketepikan perbezaan antara parti-parti komponen dan mengamalkan sikap lebih terbuka untuk menyelesaikan kemelut dan menghujah atas dasar prinsip dan nilai," katanya lagi.





BUKAN SAJA MUHYIDDIN, SELURUH JEMAAH MENTERI TURUT DIKIRA DERHAKA KEPADA AGONG


 Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari lalu bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, titah baginda, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat.

Seterusnya, Agong bertitah, perkenan baginda terhadap proklamasi darurat hanyalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung penularan Covid19.

Sebelum itu, orang yang mengumumkan Parlimen digantung berikutan proklamasi darurat dikuatkuasakan adalah Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau mengumumkannya sehari selepas Agong memperkenankan perisytiharan darurat yang dicadangkan kerajaan.

Dalam hal ini, ternampak Muhyiddin seperti telah memperdaya Agong berhubung cadangan darurat yang dipohonnya di mana penggantungan Parlimen seolah-olah tidak dibangkitkan langsung ketika beliau memohon perkenan daripada baginda.

Sebaliknya, perkara itu hanya ditimbulkan setelah perkenan darurat diperolehi.

Berikutan perkara itu telah menjadi bualan yang meluas di kalangan rakyat dengan rata-rata tidak setuju dengan penggantungan Parlimen ketika tempoh darurat, Agong akhirnya bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dan baginda tidak pernah menitahkan penggantungan Parlimen itu.

Dalam maksud lain, titah Agong itu bermakna baginda sebagai ketua negara, mahu Parlimen dibuka untuk bersidang dalam tempoh darurat.

Setelah lebih seminggu membisu dan tiada mana-mana anggota kabinet, termasuk Muhyiddin sendiri memberi sebarang maklum balas terhadap titah Agong itu, semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memaklumkan Parlimen tidak akan bersidang dalam tempoh darurat.

Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Kata Takiyuddin, sebarang keputusan untuk mengadakan sidang Parlimen mesti dibuat oleh kabinet.

“Jadi sekarang ini, jemaah menteri menasihatkan Agong bahawa tidak ada sidang Parlimen.

“Itulah keadaan sekarang ini,” kata beliau lagi.

Takiyuddin turut menambah, keputusan penangguhan itu juga dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan Covid19 di dalam bangunan Parlimen.

Ternampak di sini bahawa titah Agong bukan saja diderhakai, malah cuba dimanipulasi sekali lagi.

Jika sebelum ini Muhyiddin memperdaya Agong dengan memasukkan penggantungan Parlimen dalam proklamasi darurat, sedangkan ia bukan termasuk dalam perkenan baginda, kali ini kedudukan kabinet pula cuba dikaitkan.

Dalam titah Agong, sangat jelas baginda menyebut, sidang Parlimen boleh diadakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Langsung tidak disebut nasihat itu perlu diberikan oleh kabinet atau jemaah menteri.

Tetapi, mengapa jemaah menteri yang tiba-tiba tampil menasihatkan Agong dan seterusnya memberi nasihat tidak ada sidang Parlimen perlu diadakan?

Kenapa tidak Perdana Menteri sendiri yang memberi nasihat kepada Agong sebagaimana dititahkan baginda?

Lagi pun, jika difahami titah Agong itu, ia bukan berkaitan baginda perlukan nasihat sama ada Parlimen boleh bersidang atau tidak, tetapi khusus berkaitan penetapan tarikh untuk Parlimen dibenarkan bersidang.

Mengapa Muhyiddin dan jemaah menteri tidak mahu faham titah Agong itu atau sengaja cuba mengelirukan rakyat?

Jika diperhalusi dalam hal ini, bukan saja Muhyiddin yang dilihat derhaka kerana telah memperdaya dan enggan patuh kepada titah Agong, malah jemaah menteri juga turut derhaka lantaran menolak keinginan baginda agar Parlimen dibuka, selain melencongkan maksud sebenar titah yang dikeluarkan pada 24 Februari lalu.

Layakkah Muhyiddin dan jemaah menteri yang derhaka ini terus dibiarkan mengurus negara? 


(Shahbudindotcom 04/03/2021)




MANAH OKHTIAR AKAN DI SWASTAKAN ?

 


Gempar! AIM akan diswastakan?
 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan dakwaan pentadbirannya akan diswastakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, AIM masih kekal sebagai badan amanah persendirian dengan berbekalkan peranan dan fungsi sedia ada.

Sebaliknya, AIM telah menerima beberapa cadangan kerjasama dari beberapa syarikat swasta untuk menubuhkan Bank Digital di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia pada masa depan.

“AIM juga sedang berusaha mengembangkan lagi peranannya untuk menjadi sebuah Bank Digital tanpa menjejaskan Skim Pinjaman Mikro Kredit khusus untuk sahabat AIM.

“Setelah menilai dan menerima maklum balas dari pelbagai pihak, AIM membuat keputusan akan terus kekal dengan prinsip, peranan dan fungsi seperti sedia ada tanpa menjejaskan kebajikan pekerja dan sahabat AIM,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Lajim, bagi memastikan tanggungjawab dan matlamat itu terlaksana, AIM telah pun membuat pinjaman sebanyak RM1 bilion ringgit dari pihak kerajaan dan institusi kewangan dalam negara sepanjang penubuhannya sejak 17 September 1987.

Fokus utama AIM pada tahun 2021 adalah untuk memperkasakan sahabat AIM sedia ada melalui pinjaman mikro kredit selain membantu sahabat dalam pemasaran digital sejajar dengan cabaran yang dihadapi akibat Covid-19.

“AIM juga komited membantu sahabat yang terkesan akibat bencana dengan menyalurkan bantuan bantuan sewajarnya,” katanya. .



UMNO minta ‘cerai’: Bersatu akan putuskan petang ini, kata Hamzah

 UMNO minta ‘cerai’: Bersatu akan putuskan petang ini, kata Hamzah


Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno petang ini, maklum Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.

Katanya, kedudukan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan turut dibincangkan.

Ini selepas Umno menghantar surat, mengatakan jalinan kerjasama dengan Bersatu akan berakhir sebaik sahaja pilihan raya ke-15 bermula.

Hamzah Zainudin berkata mesyuarat majlis tertinggi PN bersama pemimpin dari PAS, Star, SAPP, dan Gerakan akan datang juga akan membincangkan perkara ini.

“Sehubungan itu, Biro Politik Bersatu mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini, 4 Mac 2021 (Khamis) dan pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang,” katanya.

Pada masa ini Umno mempunyai lapan menteri dalam kabinet PN, serta ramai pemimpin dan ahli parlimen Umno memegang jawatan dalam agensi kerajaan dan GLC.

Hamzah pada kenyataannya pagi ini, mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat itu pada 26 Februari.

Dia juga mengesahkan Majlis Tertinggi Umno telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam mesyuaratnya di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari.

 

Kata Hamzah, Biro Politik Bersatu mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi Umno mengenai dua perkara utama.

“Pertama, tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

“Kedua, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen,” katanya.

Menjelaskan keputusan MT Umno itu, Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, keputusan akhir perlu mendapat perakuan kepimpinan tinggi menerusi perhimpunan agung Umno (PAU), yang sepatutnya diadakan pada 31 Jan.

Bagaimanapun, Umno terpaksa menangguhkan PAU susulan pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam negara.

Bekas setiausaha agung Umno dan BN, Annuar Musa berkata Umno akan rugi jika tidak bersama kerajaan Perikatan Nasional apabila parlimen dibubarkan kelak.

Annuar yang juga menteri kabinet PN menjelaskan dari tarikh pembubaran sehingga hari mengundi PRU15 di adakan, Umno tidak berada dalam caretaker government (kerajaan sementara).

“Tidakkah tindakan yang di buat dalam keadaan tarikh PRU belum di putuskan, memberi disadvantage (merugikan) kepada Umno, kerana sudah tentu pihak kerajaan, khususnya Bersatu mungkin tidak lagi memberi kerjasama kepada pemimpin Umno, yang sudah mengambil pendirian menentang atau menolak Bersatu,” katanya, semalam.