JANGAN TAK FAHAM KERJA BUAT OT95


Taufik Halim

Nah sapa-sapa yang masih wat tak faham kerja khianat Atok saka. aku tolong post kan biar berulang,mudahan yang bebal masih ingin bersama hilang bebal,hilang serabutšŸ¤”

Tun M dah rancang awal- mahu  khianat PH.

Antara rancangan Tun M mahu musnahkan PH:

*  Lantik Azmin jadi PM tanpa berunding dengan PKR.

*  Lantik Tipah Koya jadi KP SPRM tanpa minta persetujuan PKR dan melanggar janji PH tidak buat lantikan politik dalam agengsi penguatkuasaan kerajaan.

*  Buat statement sabotaj Anwar semasa tempoh berkempen PRK PARLIMEN PD,  keluarkan statement dari Bali,  lebihraya tanpa kutipan Toll sukar direalisasikan.

*  Bekerjasama dengan Hadi PAS bermula dari PRK Semenyeh.

*  Buat perjumpaan sulit secara rahsia di Putrajaya dengan Hadi, GPS Abang Johari, Hishamuddin dan Azmin dirahsiakan kehadirannya.

*   Hadir ke program kongress maruah melayu.

*  Sabotaj manifesto PRU 14,   Keluarkan statement2 yang jadi kemarahan rakyat, akhirnya PH jadi mangsa.

*  Beri PAS Kelantan 400 juta.

*  Azmin berjumpa MP2 UMNO PAS dirumahnya.

*  Langkah Sheraton.

Begitu lah liciknya.
c/p


VIDEO . Mengapa DSAI Perlu Memimpin Malaysia? Pandangan Org Muda Mengenai Kepimpinan DSAI?



Merakam hubungan sulit Umno-Pas dan transaksi RM2.5 juta

Merakam hubungan sulit Umno-Pas dan transaksi RM2.5 juta

Kerajaan PN batal Skim Rezeki Ternak buat penternak B40

Kerajaan PN batal Skim Rezeki Ternak buat penternak B40
Pada 2 September 2020, kami dimaklumkan tentang pembatalan SKIM REZEKI TERNAK JPV 2020 menerusi satu surat yang dihantar kepada PPV Daerah di negeri Perak.

Skim ini merupakan cetusan idea oleh YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa perjumpaan beliau bersama penternak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan/Ladang Satelit Lubuk Bakul, Muar, Johor pada 4hb Ogos 2019

Skim ini diwujudkan bagi membantu penternak kecil ruminan untuk meningkatkan pendapatan melalui kaedah pawah.

Skim ini juga menggunakan kaedah geran pemadanan 90:10 bagi ternakan ruminan iaitu geran 90% kerajaan dan 10% daripada penternak.

Melalui skim ini penternak akan menerima maksima 5 ekor lembu induk atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak RM20,000.

Pembatalan skim ini oleh kerajaan PN tanpa alasan yang kukuh adalah tindakan tergesa-gesa dan wajar dipersoalkan.

Dengan pembatalan skim ini, Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin bertanya apakah usaha dan hala tuju Menteri Pertanian dan Industri Makanan sekarang bagi membantu penternak kecil ruminan yang kebanyakan daripada mereka terkesan untuk mendapatkan sumber pendapatan akibat pendemik Covid-19?

Pemuda Amanah Perak juga menuntut penjelasan segera daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkenaan pembatalan Skim Rezeki Ternak untuk golongan B40 ini.

Khairol Najib Hashim
Ketua Pemuda AMANAH Perak

3 September 2020

SASARAN 36 KERUSI PEJUANG.HARAPAN ATAU ANGAN ANGAN


Pengasas Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang, Tun Mahathir Mohamad menyasarkan parti itu mampu memenangi 36 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU15 akan datang.
Menurutnya, walaupun jumlah sasaran kerusi itu kecil, namun ia akan menjadi kuasa penentu kepada gabungan mana yang akan menubuhkan kerajaan.
“Pejuang menyasarkan menang 36 kerusi, kemudian kita boleh menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan.
“Kami adalah parti bebas dan tidak terikat dengan sesiapa. Kami tidak fikir mana-mana dua gabungan boleh menang untuk menubuhkan kerajaan.
“Jika kita boleh menang 36 kerusi Parlimen, kita memiliki kuasa untuk menyertai mana-mana gabungan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, jika ada parti yang mahukan sokongan Pejuang, mereka perlu akur kepada syarat ditetapkan.
“Kita sudah ada senarai lebih 18 Ahli Parlimen secara asasnya di Sabah dan Sarawak, mereka bukan Pejuang tetapi friendly (mesra) dengan kita dan percaya dengan prinsip kita.
“Jadi kami akan bekerjasama dengan mereka dan berharap di Semenanjung juga, akan ada rakyat yang menyokong kita,” katanya lagi.
Kesimpulannya dalam PRU akan datang, Pejuang tidak akan menyertai PH dan tidak juga akan bersama PN.
Sebaliknya, Pejuang akan bertanding bersendirian untuk mencapai matlamat memenangi 36 kerusi Parlimen agar boleh menjadi kuasa penentu kepada pihak yang ingin menubuhkan kerajaan.
Rasionalkah 36 kerusi itu?
Dahulu, ketika Bersatu bersama PH dalam PRU14, berapa jumlah kerusi yang mampu dimenangi?
Bukankah hanya 13 kerusi saja?
Jadi, di mana asasnya dengan bersendian pula Pejuang yakin menang sehingga 36 kerusi dan lebih tinggi berbanding PRU14 lalu dan bersama gabungan yang lebih tersusun?
Apakah Tun Mahathir tidak mengambil iktibar daripada keputusan PRK Slim baru-baru ini?
Ambil saja Langkawi dan Jerlun sebagai contoh, masih bolehkah Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz mengekalkan dua kerusi tersebut dengan hanya Pejuang bertanding bersendirian?
Belum lagi di Sri Gading dan Simpang Renggam yang ada pengundi bukan Melayu yang agak tinggi di sana.
Celah mana Pejuang boleh menang sehingga 36 kerusi Parlimen?
Ia suatu harapan atau angan-angan? 
(Shahbudindotcom 03/09/2020)


PM campur tangan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara





Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencalonkan Tan Sri Rais Yatim sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dianggap sebagai satu tindakan campur tangan kuasa eksekutif.

Senator Dr Yaakob Sapari berkata Muhyiddin sepatutnya menghormati konsep pembahagian kuasa dan tidak seharusnya mencampuri urusan Dewan Negara.

"Kita perlu benar-benar menghayati konsep peralihan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Tapi saya rasa pelantikan speaker Dewan Negara kali ini seolah-olah ada campur tangan eksekutif dalam Dewan Negara.

"Apakah kelayakan perdana menteri mencalonkan individu? Kenapa tidak dimuliakan dengan menerima cadangan dari ahli Dewan Negara, sedangkan ada juga menteri atau timbalan menteri dari Dewan Negara yang boleh dicadangkan.

"Walaupun saya hormat keputusan itu, kalau salah kita perlu betulkan, supaya konsep peralihan kuasa benar-benar dihayati di Parlimen," katanya ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara.

Pada masa sama, Yaakob menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak terlalu taksub dengan kuasa politik.

"Kita hendaklah bersifat non-politik. Orang yang baik kalau ada kuasa penuh pun kadang-kadang jadi tak baik.

"Dalam surah Al-Alaq, ingatlah sesungguhnya manusia tetap melampau batas dengan sebab ia melihat dirinya sudah kecukupan apa yang dihajatinya. Kecukupan itu dalam terjemahan beberapa ahli agama disebut sebagai cukup harta dan cukup kuasa.

"Mereka ada kecenderungan untuk jadi manusia melampau batas. Dalam sejarah mana-mana diktator di dunia ini, dia asalnya orang baik tapi jadi diktator bila kecukupan segalanya. Sebab itu kuasa perlu dibahagikan," katanya.


Ke arah gerakan Reformasi berkebajikan




Selepas 22 tahun gerakan Reformasi wujud menerangi minda politik, matlamat perjuangan seterusnya adalah agenda kebajikan rakyat.

Menurut pengerusi AraCare, Ahmad Idzam Ahmat, salah satu NGO dalam Gabungan Reformis Malaysia (GRM), kebajikan adalah gerak kerja terbaik untuk menarik sokongan masyarakat kepada Pakatan Harapan.

Katanya, masyarakat akan tertarik untuk bersama gerakan Reformasi kerana agenda kebajikan itu menguntungkan semua, terutama dalam pandemik Covid 19 yang belum berakhir.

"NGO kami bergerak membantu rakyat susah dan miskin. Orang Kurang Upaya (OKU), orang tua tiada pendapatan dan sebagainya. Kami bergerak di rumah flat dan kampung-kampung.

"Apatah lagi dalam suasana Covid 19. Jika NGO tidak tampil ke hadapan siapa lagi yang boleh diharapkan? Saya lihat NGO lebih merata di kalangan masyarakat kampung atau rumah flat. Mereka lebih tahu masalah rakyat.

"Bila lockdown baru-baru ini, kami dihubungi banyak pihak. Oleh kerana kami ada network di banyak kawasan, kami mampu membantu keluarga miskin, OKU dan sebagainya.

"Jangan kita biar orang sampai tak makan. Dalam gerakan reformasi ini kita ke depankan kebajikan. Kita jadi fronliners dalam kebajikan maka masyarakat akan menerima kita dengan baik," katanya dalam forum bertajuk 'Reformis sebagai aktivis sosial membantu rakyat kesan Covid 19' anjuran GRM baru-baru ini.

Menurut Ahmad lagi, gerak kerja kebajikan juga boleh menyantuni rakyat yang semakin kecewa dengan permainan politik, lewat siri pengkhianatan pejuang yang mengaku pengerak awal reformasi seperti Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin.

"Kadang-kadang orang rasa bosan berpolitik. Ada yang kata pening dengan politik. Walau bagaimanapun sebagai NGO secara amnya mereka mengikuti perkembangan politik (dan boleh dikekalkan sokongan)," katanya.

Ahmad juga berpendapat, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekali lagi berikutan negara dilanda gelombang kedua Covid 19 maka peranan NGO akan lebih diperlukan.

"Ada 477,000 pemandu teksi, pemandu kenderaan pelancong dan grab yang tidak bergerak ketika PKP yang lalu. Cuma ada sedikit bantuan kerajaan maka mereka bertahan

"Bantuan ini juga bergantung kepada pemimpin. Kalau pemimpin asyik bergaduh bila nak selesai isu bantuan rakyat? Seperti sekarang tikam sana tikam sini. Menteri kena fikir positif untuk bantu rakyat.

"Oleh itu, kita sokong saranan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ada tambahan RM45 bilion peruntukan. Kalau tidak IKS jadi bermasalah.

"Misalnya, pemandu bas sekolah 30,000 orang. Bila sekolah tutup pendapatan mereka tiada. Di mana mereka cari wang beri makan anak, isteri, bayar bil utiliti dan lain-lain. Apakah bantuan prihatin rakyat (dari kerajaan Perikatan Nasional) mampu menyesaikan masalah?" tanyanya.

Forum GRM boleh diikuti di page Facebook Gabungan Reformasi Malaysia pada setiap Rabu, 9.30 malam.


MUNGKINKAH PRU 15 DALAM SUASANA PKPP?

AMK TUMPU MENANGKAN CALON ANAK MUDA DI SABAH