Selepas
22 tahun gerakan Reformasi wujud menerangi minda politik, matlamat perjuangan
seterusnya adalah agenda kebajikan rakyat.
Menurut
pengerusi AraCare, Ahmad Idzam Ahmat, salah satu NGO dalam Gabungan Reformis
Malaysia (GRM), kebajikan adalah gerak kerja terbaik untuk menarik sokongan
masyarakat kepada Pakatan Harapan.
Katanya,
masyarakat akan tertarik untuk bersama gerakan Reformasi kerana agenda
kebajikan itu menguntungkan semua, terutama dalam pandemik Covid 19 yang belum
berakhir.
"NGO
kami bergerak membantu rakyat susah dan miskin. Orang Kurang Upaya (OKU), orang
tua tiada pendapatan dan sebagainya. Kami bergerak di rumah flat dan
kampung-kampung.
"Apatah
lagi dalam suasana Covid 19. Jika NGO tidak tampil ke hadapan siapa lagi yang
boleh diharapkan? Saya lihat NGO lebih merata di kalangan masyarakat kampung
atau rumah flat. Mereka lebih tahu masalah rakyat.
"Bila
lockdown baru-baru ini, kami dihubungi banyak pihak.
Oleh kerana kami ada network di banyak kawasan, kami
mampu membantu keluarga miskin, OKU dan sebagainya.
"Jangan
kita biar orang sampai tak makan. Dalam gerakan reformasi ini kita ke depankan
kebajikan. Kita jadi fronliners dalam kebajikan maka
masyarakat akan menerima kita dengan baik," katanya dalam forum bertajuk
'Reformis sebagai aktivis sosial membantu rakyat kesan Covid 19' anjuran GRM
baru-baru ini.
Menurut
Ahmad lagi, gerak kerja kebajikan juga boleh menyantuni rakyat yang semakin
kecewa dengan permainan politik, lewat siri pengkhianatan pejuang yang mengaku
pengerak awal reformasi seperti Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin.
"Kadang-kadang
orang rasa bosan berpolitik. Ada yang kata pening dengan politik. Walau
bagaimanapun sebagai NGO secara amnya mereka mengikuti perkembangan politik
(dan boleh dikekalkan sokongan)," katanya.
Ahmad
juga berpendapat, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan
sekali lagi berikutan negara dilanda gelombang kedua Covid 19 maka peranan NGO
akan lebih diperlukan.
"Ada
477,000 pemandu teksi, pemandu kenderaan pelancong dan grab yang tidak bergerak
ketika PKP yang lalu. Cuma ada sedikit bantuan kerajaan maka mereka bertahan
"Bantuan
ini juga bergantung kepada pemimpin. Kalau pemimpin asyik bergaduh bila nak
selesai isu bantuan rakyat? Seperti sekarang tikam sana tikam sini. Menteri
kena fikir positif untuk bantu rakyat.
"Oleh
itu, kita sokong saranan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ada
tambahan RM45 bilion peruntukan. Kalau tidak IKS jadi bermasalah.
"Misalnya,
pemandu bas sekolah 30,000 orang. Bila sekolah tutup pendapatan mereka tiada.
Di mana mereka cari wang beri makan anak, isteri, bayar bil utiliti dan
lain-lain. Apakah bantuan prihatin rakyat (dari kerajaan Perikatan Nasional)
mampu menyesaikan masalah?" tanyanya.
Forum GRM
boleh diikuti di page Facebook Gabungan Reformasi
Malaysia pada setiap Rabu, 9.30 malam.