Kerajaan PN batal Skim Rezeki Ternak buat penternak B40

Kerajaan PN batal Skim Rezeki Ternak buat penternak B40
Pada 2 September 2020, kami dimaklumkan tentang pembatalan SKIM REZEKI TERNAK JPV 2020 menerusi satu surat yang dihantar kepada PPV Daerah di negeri Perak.

Skim ini merupakan cetusan idea oleh YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa perjumpaan beliau bersama penternak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan/Ladang Satelit Lubuk Bakul, Muar, Johor pada 4hb Ogos 2019

Skim ini diwujudkan bagi membantu penternak kecil ruminan untuk meningkatkan pendapatan melalui kaedah pawah.

Skim ini juga menggunakan kaedah geran pemadanan 90:10 bagi ternakan ruminan iaitu geran 90% kerajaan dan 10% daripada penternak.

Melalui skim ini penternak akan menerima maksima 5 ekor lembu induk atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak RM20,000.

Pembatalan skim ini oleh kerajaan PN tanpa alasan yang kukuh adalah tindakan tergesa-gesa dan wajar dipersoalkan.

Dengan pembatalan skim ini, Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin bertanya apakah usaha dan hala tuju Menteri Pertanian dan Industri Makanan sekarang bagi membantu penternak kecil ruminan yang kebanyakan daripada mereka terkesan untuk mendapatkan sumber pendapatan akibat pendemik Covid-19?

Pemuda Amanah Perak juga menuntut penjelasan segera daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkenaan pembatalan Skim Rezeki Ternak untuk golongan B40 ini.

Khairol Najib Hashim
Ketua Pemuda AMANAH Perak

3 September 2020

No comments: