MANA DEPA ADA MARUAH SANGAT SEBABNYA KAKI LOMPAT BANYAK...PAS MANA BOLEH TINGGALKAN BERSATU...PAS DAH TAK MAMPU BERSENDIRIAN

 

Bermaruah keluar dari kerajaan, Puad beritahu Bersatu





Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi, berkata Bersatu mesti bermaruah untuk masuk ke pilihan raya umum ke-15 (PRU15). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi berkata Bersatu perlu bertindak keluar daripada kerajaan seterusnya menyerahkan kepada rakyat untuk diberi mandat menerusi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, maruah Bersatu dalam kerajaan telah tercalar selepas tiada seorang pun Ahli Parlimen parti itu berbahas selepas Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat dibentangkan, di Parlimen.

“Bersatu bertindak betul kalau benar mahu keluar dari kerajaan, Bersatu mesti bermaruah untuk masuk PRU ke 15.

“Maruah Bersatu banyak tercalar, kalau masuk PRU15 umpama “melukut di tepi gantang”, Bersatu akan senasib parti (parti) Pejuang di PRN (pilihan raya negeri) Johor, mungkin ramai calonnya hilang wang pertaruhan.

“Kenapa tercalar? Bila RUU anti-lompat parti dibawa ke Parlimen, semua MP (Ahli parlimen) Bersatu tidak bercakap, tetapi mengundi sokong, kalau bercakap lagi memalukan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, Puad berkata, PAS akan menerima padahnya jika membuat keputusan untuk bersama Bersatu jika parti itu ‘menekan butang’ meninggalkan kerajaan.

“Masalahnya, kalau Bersatu tekan butang, PAS tidak akan tekan butang, buruk padahnya pada PAS terutama untuk PRU15 kerana mereka akan dituduh suka tebuk atap. PAS sekarang pun sudah cakap lain, pada PAS jawatan TPM (timbalan perdana menteri) hanyalah memorandum dan bukan perjanjian.

“Maka tiada sebab PAS kena tekan butang, lebih baik PAS tinggalkan PN (Perikatan Nasional), hidupkan semula MN (Muafakat Nasional),” katanya.

LCS VERSI TAK SEKOLAH...KAH..KAH..KAH- LAIN MINTA LAIN SAMPAI


 

ORANG TAK SEKOLAH TINGGI NI..TENGOK ORANG KAWIN PUN DIA NAK TROLL...SEBAB TU BILA PIMPINAN MEREKA SONGLAP DUIT MEREKA TAK TAHU ISU.MACAI TETAP BODO...




Saya tengok ada geng UMNO ni, orang kahwin pun tak senang duduk. Ditohmahnya macam2 suami baru Nurul Izzah ni.

Hello brader. Bukannya dia nak jadi calon pun. Setakat dia kahwin dengan politician, takkan la semua nak dipolitikkan. Set2 ni kena tahu, there’s more to life than politics.

Saya kenal Yin Shao Loong sejak tahun 2018. Ketika kami kerja sama2 di Pejabat Menteri MITI. Shao Loong ni menjadi dambaan banyak camp.

Kalau tanya geng PH, Shao Loong antara pegawai penyelidik dan media yang paling berkaliber. Banyak orang refer pada dia.

Jadi memang kami cukup bertuah dia nak join team MITI. Banyak yang kami belajar dari dia.

Walaupun lulusan Imperial College London dan banyak bekerja dengan organisasi antabarangsa, dia memang humble. Soalan bodoh saya pun dia layan. Selagi saya tak faham, selagi tu lah dia akan ajar.

Kalau melepak time makan pun, selamba je makan nasi pakai tangan. Kata2 bismillah dan in sya allah pun selalu keluar dari mulut dia. Walaupun masa tu dia bukan mualaf lagi.

Sebagai ayah tunggal, dia menjaga anak laki sorang. Cukup saya tabik. Semua dia buat sendiri. Dari masak dan uruskan anak di taska. Kalau mereka datang ke rumah, dia lah berlari suap anaknya makan. Susah nak jumpa ayah sedemikian.

Saya anggap dia macam abang. Hatinya baik sekali.

Jadi tak lah terkejut dia boleh mencuri hati Puteri Reformasi. Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia ke anak cucu.

Pada set2 yang mulut longkang, jodoh orang pun nak dipolitikkan. Apa kata tukar lah budaya. Daripada mengutuk sakan, raikan lah sedara baru kita. Yang baru masuk Islam. Doakan lah jodoh mereka berkekalan.

Itu barulah namanya politik matang.

 

LIYANA MARZUKI

PM BERANI BATAL BERTEMU PN PETUNJUK PRU15 SUDAH DEKAT, BERSATU BAKAL SELAMANYA KEMPUNAN KERUSI TPM

 

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob nampaknya sudah mula berani menunjukkan “taring dan kukunya” kepada Perikatan Nasional atau PN.

Berikutan terus diasak untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu, walaupun pada awalnya setuju untuk bertemu delegasi BN, beliau kemudian membatalkan pertemuan itu pada saat-saat akhir.

Pembatalan itu membuatkan ada pemimpin Bersatu jadi naik darah sehingga tercetus perbincangan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan.

Begitu pun, perbincangan menarik sokongan itu hanya sekadar perbincangan semata-mata untuk melihat kesan baik dan buruknya tanpa ada sebarang keputusan yang dipersetujui.

Berdepan persoalan itu, Ismail Sabri tidak mengambil masa lama untuk memberi tindak balasnya.

Kata beliau, jika ada parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan, maka PRU15 terpaksa diadakan dengan seberapa segera.

Makna kata, Ismail Sabri dalam hal ini tidak akan membiarkan dirinya seperti Tun Mahathir Mohamad dan Mahiaddin Md Yasin yang terus meletak jawatan apabila berdepan kehilangan sokongan.

Beliau sebaliknya ingin melawan tindakan tersebut dengan membubarkan Parlimen untuk sama-sama berhadapan dengan undi daripada rakyat.

Sebagaimana ramai faham, tujuan Bersatu menuntut jawatan nombor dua dalam kerajaan itu adalah untuk kepentingan menghadapi PRU15 kerana seorang Timbalan Perdana Menteri mempunyai peruntukan khas sebanyak RM400 juta dari segi pemberian projek-projek pembangunan.

Bayangkan betapa selesanya Bersatu dan PN jika jawatan Timbalan Perdana Menteri jadi milik mereka?

Dengan Ismail Sabri memberi gambaran bahawa Parlimen akan dibubarkan jika ada parti yang menarik sokongan, sudah tentu Bersatu terus “kecut telur” untuk berbuat demikian.

Ini kerana Bersatu hanya mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dan tidak mahu PRU15 diadakan dalam kadar masa yang segera.

Kalau menarik sokongan dan PRU15 diadakan segera dalam keadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diperolehi, mudah kata…habislah mereka.

Situasi ini akan menjadikan PN dan Bersatu tiada pilihan lain selain terus menyokong kerajaan, walau pelbagai perasaan ada dalam hati kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diidam-idamkan gagal diperolehi.

Melihat kepada keberanian Perdana Menteri membatalkan pertemuan dengan delegasi PN itu, yang jelas ini adalah petunjuk bahawa dalam fikiran Ismail Sabri kini sudah ada tarikh yang dekat untuk beliau membubarkan Parlimen.

Disebabkan tarikh untuk mengadakan PRU15 itu sudah terlalu dekat, Ismail Sabri barangkali beranggapan tiada keperluan dan membazir saja untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri.

Oleh kerana tiada keperluan membuat lantikan, maka tiada keperluan jugalah untuknya bertemu dengan delegasi PN itu.

Jika tiada aral melintang, dijangka Ismail Sabri akan bertindak membubarkan Parlimen sebelum berakhir Ogos ini dan pengundian bakal dilangsungkan pada September.

Dalam erti kata lain, tindakan berani Ismail Sabri membatalkan pertemuan dengan delegasi PN itu adalah isyarat bahawa PRU15 sudah terlalu dekat, selain petunjuk Bersatu akan selamanya kempunan untuk memperolehi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Khusus kepada Hamzah Zainuddin atau Azmin Ali yang sama-sama mengidam jawatan Timbalan Perdana Menteri…sabor jelah!! – ShahbudinHusin 06/08/2022.




KAH..KAH..KAH...PELAN B APANYA LEBAI....NAK UGUT UMNO KOT...WEIII DAH RASA TAK SEKUAT DULU ATAU KUAT BILA BERSENDIRIAN?

 




PAS sedia Pelan B jika Umno enggan kerjasama pada PRU15, kata ketua pemuda




Ahmad Fadhli Shaari berkata, PAS bersedia menghadapi sebarang situasi sekiranya Umno masih tidak berganjak untuk menolak kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN).

PETALING JAYA: PAS bersedia menggunakan Pelan B sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) enggan meneruskan kerjasama khususnya melalui Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Ia susulan kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya baru-baru ini yang menggambarkan permuafakatan antara kedua-dua parti hanya boleh dilakukan selepas PRU15.

“Bagi kami, itu isyarat jelas bahawa tidak ada permuafakatan di antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS pada PRU akan datang. Walaupun PAS masih lagi berusaha untuk hendak jalinkan persefahaman dan perundingan.

“Justeru, PAS bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang situasi sekiranya ia benar berlaku (tiada sebarang perundingan antara kedua-dua pihak),” katanya menurut laporan Astro Aswani.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, Fadhli berkata, sekiranya tiada sebarang rundingan, pihaknya bersedia untuk ‘worst case scenario’.

“Jika ada perundingan, ada persetujuan, itu lebih baik, bagaimana formula saya sebut tadi, kalau ada rundingan akan lebih beri tekanan pada Pakatan Harapan (PH) sebenarnya, tetapi kalau tidak ada apa-apa persetujuan, kita tidak ada masalah dan akan terus menghadapi PRU,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya menjangkakan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU15 akan dibuat bergantung kepada situasi semasa politik dalam Umno ketika ini.

Katanya, melihat kepada situasi semasa dan tekanan yang dihadapi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak mustahil gendang PRU akan dipalu dalam tempoh terdekat.

Namun, Ahmad Fadhli berkata, Naib Presiden Umno itu pastinya akan mengambil kira pandangan partinya terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan pembubaran Parlimen.

Ia sama seperti keputusan BN menamatkan kerjasama dengan pihak parti pembangkang melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 31 Julai lalu .

“Walau apa pun kita menghormati hak perdana menteri, sudah pasti kita jangka dalam membubarkan Parlimen ini, pandangan Umno diambil kira, keutamaan kepada PM,” katanya lagi.

Ahmad Fadhli menambah, ketika ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum berikutan negara yang masih dalam proses pemulihan selepas pandemik Covid-19, dengan tekanan dikenakan terhadap perdana menteri, Pas bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

PEMBOHONG





Fuiyoh makhluk ni! Cakap penuh confident. Konon harga barang dah turun dan stabil hasil intervensi kerajaan. Harga barang apa yang turun dan stabil?

Minyak masak pun masih mahal. Ayam je murah tapi masih tak semurah ketika PH memerintah dulu. Barangan lain apa lagi yang dah turun harga?

Mamat ni ingat rakyat duduk dalam gua ke? Tak tahu apa yang terjadi sekitaran? Ini adalah petanda yang dia ni tak tahu pun keadaan sebenar rakyat.

Sebaliknya dia ego, bongkak, sombong dan takbur. Dia tak faham kesusahan rakyat. Dia anggap rakyat semua hidup mewah macam dia.

Ini contoh menteri UMNO. Sahih UMNO bukanlah parti yang boleh diharap menjaga rakyat. Kalaulah masih ada rakyat yang nak sokong UMNO, silalah gadai otak kamu di pajak gantung. Guane boh?

Raja Gelap

 

ANGKARA 3 MALAUN- RAJA PUN MEREKA SANGGUP BERBOHONG







MOHD SHAH RIM
 
Sanggup memperdaya Raja Melayu seolah kapal dah siap..Jika Sultan pun kena scamm.. apa lagi org melayu...


UMNO TETAP MARA..
UNTUK ORANG MELAYU...





((PANAS)) NURUL IZZAH & DATO ZAHARIN, 10 TAHUN LCS: 6 BILLION "LESAP"? T...


((PANAS)) NURUL IZZAH & DATO ZAHARIN, LEPAS 10 TAHUN LCS: 6 BILLION "LESAP"? TIADA SATU PUN KAPAL SIAP?





TIKTOK - MAHATHIR TAKUT KEMARAAN ANWAR UNTUK MENJADI PM


 

TIKTOK- INGAT ANWAR TAK TERKENAL DI INDONESIA KAH ?

 

Replying to @fauziahsahar127 Eh ada lagi...kt Indonesia pun terkenal, tak caya tanya orang indonesia




TIKTOK- SAPA MAK BAPAK ASKAR NAJIB TAKUT KE PARLIMEN CABAR


 

TIKTOK LOKMAN ADAM DAKWA PAS MAKAN DUIT UMNO-WALAUN TAK MAU SAMAN LOKMAN ADAM KA ?


 

KENYATAAN MEDIA

 KENYATAAN MEDIA


Saya mengadakan sesi rundingan bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Sabah hari ini bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).


Kesemua Ketua Cabang di Sabah sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Ketua Cabang Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah bagi penggal 2022-2025.


Datuk Dr Sangkar akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden KEADILAN, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew.


Semoga gandingan mantap ini dapat memastikan KEADILAN Sabah lebih utuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)


ANWAR IBRAHIM


6 Ogos 2022



PBM melutut BN dan Bersatu ugut Ismail Sabri?

 


NORMAN RADZUAN




PBM melutut BN dan Bersatu ugut Ismail Sabri?

MUHYIDDIN SEBENARNYA ‘MENYESAL’

Dahulu mereka (PN & BN) menipu org Melayu wujudnya kerajaan PN demi utk kestabilan politik dan kepentingan org Melayu. Hari ini UMNO, Bersatu, PAS dan Pejuang bergaduh sesama sendiri. Semuanya kerana kuasa.

Hari ini Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful menyifatkan tindakan Parti Bangsa Malaysia (PBM) memohon menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai memalukan. Nak bagitahu Wan, takkan Kak Zu nak sertai Bersatu yg bergantung pada PAS dan takkan Kak Zu nak sertai PH… org korup mesti cari org korup.

Tanya saya…Zahid Hamidi tidak akn menerima PBM kerana ia hanya menjadi liabiliti kpd BN. Pastinya BN tahu PH akn menyerang mereka kerana menerima pengkhianat amanah rakyat ke dlm parti mereka.

‘Bye Bye Anwar, Bye Bye Kak Wan’ sudah kembali menghantui Zuraida. Zuraida, Azmin dan Muhyiddin akn dikenang dlm lipatan sejarah negara sebagai pengkhianat pengundi rakyat hingga menjatuhkan sebuah kerajaan yg sah. 50 tahun lagi boleh la buat filem utk pengkhianat ini.

Bersatu pula ugut Ismail Sabri utk tarik sokongan jika tidak melantik wakil Bersatu sebagai TPM. Pandangan saya ia hanya sekadar ugutan. Muhyiddin memang terkenal suka mengugut sepertimana dia pernah ugut utk bubarkan DUN Johor. Bila BN bubarkan dia melatahDescription: 😀.

Mana mungkin Bersatu mahu menjatuhkan kerajaan yg ada kerana nasib mereka selepas ini akn menjadi seperti S46. Saya yakin PAS akn menggunakan logo sendiri utk sekali lagi mereka menjadi King Maker. Jadi adalah perkara bodoh jika Bersatu tarik sokongan kerana ia umpama bunuh diri.

Percayalah Muhyiddin, Azmin dan Zuraida akn menerima karma atas apa yg telah mereka lakukan. PH dan UMNO menolak mereka dan PAS akn meninggalkan mereka. Muhyiddin sebenarnya menyesal…

 

JEMPUT MENGATA SEMUA










HISHAMUDIN HUSSEIN-2017


Penamaan dan pelancaran kapal #LCS 1 Maharaja Lela menjadikan ia kapal LCS pertama yang akan diterima Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum 5 buah kapal LCS lagi akan dibina. Lebih istimewa, kapal LCS 1 juga merupakan kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat industri pertahanan tempatan, Boustead Naval Shipyard.

Sesungguhnya, Kementerian Pertahanan Malaysia dan ATM sentiasa komited untuk terus mengambil pendekatan yang holistik dan berkesan bagi memastikan ATM dilengkapi aset-aset yang strategik demi memastikan tahap keselamatan negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersiap siaga. InsyaAllah.

 


KERAJAAN PINTU BELAKANG BERJAYA SELAMATKAN PENYAMUN


SEMASA KERAJAAN PH MEMERINTAH ANTARA FB YANG KUAT HENTAM IALAH MMP-






 

WATAK YANG SAMA KETIKA PEMBELIAN KAPAL SELAM MALAYSIA. BEGITU JUGA PEMBINAAN KAPAL PERANG LCS.




Mengejutkan! Watak utama dalam skandal RM 9.1286 bilion pembelian kapal perang adalah watak yang sama dalam skandal kapal selam Scorpene & Agosta yang melibatkan Najib Razak. Description: 😱

Syarikat DCNS dari Perancis (kini bertukar nama menjadi Naval Group) merupakan syarikat pembekal yang terlibat dalam skandal rasuah perolehan dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah kapal selam Agosta bernilai RM5.1 bilion pada tahun 2002 ketika Najib Razak merupakan Menteri Pertahanan. Description: ☝🏻

Justeru, amat menghairankan kenapa projek LCS yang dimulakan pada tahun 2010 masih lagi menggunakan syarikat pembekal yang sudah terpalit dalam skandal rasuah berskala antarabangsa tersebut. Description: 🤯

Lanjut Description: ➡️bit.ly/3QfoIdu

 

ANWAR TEGUR PUN KAU MARAH KE ??? DAH MEMANG KAU BERTANGGUNGJAWAB KOT...


MOHD SHAH RIM





Kes ni macam ni Hisham.. duit dah bayar RM6 billion, tapi kapal tak dapat..siap tipu Sultan Perak lagi panggil rasmi, padehal kapal belum siap..saranan Anwar tu bukan isu rakyat, tapi hilang RM6 billion tu melibatkan rakyat.. jawab pun terketar ketar... biarlah Anwar nak saran apa pun.. tu hak dia sebagai Ketua Pembangkang..

0:00 / 1:52