MANA DEPA ADA MARUAH SANGAT SEBABNYA KAKI LOMPAT BANYAK...PAS MANA BOLEH TINGGALKAN BERSATU...PAS DAH TAK MAMPU BERSENDIRIAN

 

Bermaruah keluar dari kerajaan, Puad beritahu Bersatu





Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi, berkata Bersatu mesti bermaruah untuk masuk ke pilihan raya umum ke-15 (PRU15). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi berkata Bersatu perlu bertindak keluar daripada kerajaan seterusnya menyerahkan kepada rakyat untuk diberi mandat menerusi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, maruah Bersatu dalam kerajaan telah tercalar selepas tiada seorang pun Ahli Parlimen parti itu berbahas selepas Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat dibentangkan, di Parlimen.

“Bersatu bertindak betul kalau benar mahu keluar dari kerajaan, Bersatu mesti bermaruah untuk masuk PRU ke 15.

“Maruah Bersatu banyak tercalar, kalau masuk PRU15 umpama “melukut di tepi gantang”, Bersatu akan senasib parti (parti) Pejuang di PRN (pilihan raya negeri) Johor, mungkin ramai calonnya hilang wang pertaruhan.

“Kenapa tercalar? Bila RUU anti-lompat parti dibawa ke Parlimen, semua MP (Ahli parlimen) Bersatu tidak bercakap, tetapi mengundi sokong, kalau bercakap lagi memalukan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, Puad berkata, PAS akan menerima padahnya jika membuat keputusan untuk bersama Bersatu jika parti itu ‘menekan butang’ meninggalkan kerajaan.

“Masalahnya, kalau Bersatu tekan butang, PAS tidak akan tekan butang, buruk padahnya pada PAS terutama untuk PRU15 kerana mereka akan dituduh suka tebuk atap. PAS sekarang pun sudah cakap lain, pada PAS jawatan TPM (timbalan perdana menteri) hanyalah memorandum dan bukan perjanjian.

“Maka tiada sebab PAS kena tekan butang, lebih baik PAS tinggalkan PN (Perikatan Nasional), hidupkan semula MN (Muafakat Nasional),” katanya.

No comments: