KEMANA KERAJAAN MADANI SELEPAS INI??


Che Ibrahim




Maaf ambo sebenarnya cuba menahan diri untuk komen dakwaan tentang kekalahan Rafizi kepada NIA sebagai pembuka jalan kepada kejatuhan "Dinasti Anwar" atau lebih tepat sebagai langkah awal kepada kekalahan PH. 


Sejarah telah membuktikan pertandingan perebutan jawatan dalam parti sering menyebabkan luka yang parah dan parut yang kekal. Namun mengaitkan kekalahan atau kehilangan seorang individu atau "team tertentu" sebagai permulaan kejatuhan kepada sesebuah parti adalah satu anggapan yang tidak tepat di segi apa yang telah berlaku secara realiti. 


Dato' Onn Jaafar pernah meninggalkan UMNO dan menubuh Parti Negara, 


Tengku Razaleigh telah meninggalkan UMNO bersama "Team B" setelah tewas kepada "Team A" yang diketuai oleh Mahathir, kemudian menubuhkan S46. 


DSAI sebagai Timbalan Presiden UMNO, selepas berkrisis sakan dengan Tun Mahathir sehingga dipecat dari jawatan TPM dan keahlian UMNO, menubohkan PKN (sekarang KEADILAN @ PKR),


Begitu juga tindakan TSMY menubohkan PPBM, Shafie Afdal menubohkan Warisan selepas kedua duanya dipecat dari UMNO, ternyata UMNO masih gagah dan masih wujud. 


Sejarah yang sama juga telah berlaku kepada Pas;


YDP Pas, Dato' Asri lari meninggalkan Pas dan menubohkan Hamim, 

Bekas MB Kelantan, Dato' Mohd Nasir menubohkan Berjasa, 

Lebih 1/2 Jawatankuasa Agung Pas yang diketuai oleh Timbalan Presidennya bersama 18 orang Jkuasa Agung Pas yang kalah dalam pemilihan Pas tahun 2015 menubohkan Amanah, tetapi Pas tetap gagah dan tetap wujud, bahkan semakin kuat. 


Itulah juga yang berlaku kepada PPBM dan PEJUANG, walaupun Mahathir sebagai pengasasnya telah meninggalkan parti tersebut, namun parti tersebut tetap wujud.


Sebenarnya DSAI berjaya menjadi PMX bukan kerana PKR kuat, bukan kerana PH telah menguasai majoriti mudah di Parlimen, bukan kerana disumbang oleh kebijaksaan tokoh tertentu, tetapi kerana apabila tidak ada mana mana parti menguasai majoriti, YDPA yang mempunyai kuasa mutlak telah menamakan Dsai sebagai PMX kerana Baginda yakin DSAI mampu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.  Ternyata anggapan itu benar!!!


Maknanya sebagai PMX, DSAI bukan sahaja bertanggungjawab kepada PH dan PKR, tetapi perlu menjadi "ketua" kepada parti parti yang mendokongnya dalam Kerajaan Perpaduan. 


Maknanya lagi, selagi DSAI mendapat sokongan jitu dari PH, BN dan gabungan parti parti dari Sarawak dan Sabah, insyaAllah dsai akan kekal sebagai PMX dan Kerajaan Madani  sehingga PRU 16.


Jika semasa DSAI berwatak pembangkang pun beliau boleh menjadi PMX dalam situasai berhadapan dengan berbagai halangan dan sekatan, maka sebagai PM, sudah tentu lebih mudah bagi DSAI mengatur strateji untuk mengekalkan kuasanya menjelang PRU 16 seterusnya memenangi PRU 16.


Apa pun kita menunggu siapakah pula yang akan muncul sebagai penghalang dan pencabar kepada DSAI untuk terus menerajui Putrajaya untuk sekurang kurang sepenggal lagi (PRU 16) setelah dilihat pembangkang sekarang (PN) semakin tidak bermaya dan hilang upaya. 


Adakah lawan kepada DSAI nanti ialah rakan politiknya sendiri dari Kerajaan Perpaduan, atau satu pihak lain yang muncul secara tiba tiba??


Ambo meramalkan negara bakal berhadapan dengan satu penjajaran baru politik kepartian samada di sebelah Kerajaan Madani mahu pun di sebelah pembangkang yang ingin menjatuhkan DSAI. Pertembungan selepas ini mungkin antara team yang menyokong DSAI dengan team yang menentang DSAI termasuk puak yang memulakan sentimen PKR parti anak beranak atau team No Anwar No Dap.




KALI INI PENENTANGAN AKIBAT TERSINGKIRNYA RAFIZI MAKIN KUAT

 

Hamdan Taha


Ceramah Ezam Mohd Nor di Terengganu tiba tiba lebih dari 300 ribu orang tengok di media sosial sedangkan ceramah Ezam ni dari tahun 2008 lagi dah cerita siapa Anwar ni tak dapat sambutan seperti hari ni.... Selama ini apa saja yang dia cakap dia akan di serang dan ahli pkr dan penyokong bijak pandai melayu ni tak percaya dan anggap Ezam cerita di reka dan bukan bercakap benar


Tapi pelik ceramah beliau beberapa hari lepas meletop dan orang hantar sampai ke saya pun ada dua kali orang hantar.... Ada tanda tanda selepas kongres di johor dan selepas RR di buang ahli PKR dan penyokong atas pagar PKR mula ingin membuka ruang fikiran mereka sedikit dan nak ambil tahu sedikit anwar ni dah kenapa dan siapa sebenarnya....


Kalau RR  yang buat ceramah dan menyerang anwar saya tak tau apa akan jadi pada dia... Tapi bagi saya Anwar dah cukup seronok dah sebab dapat juga jadi PM malaysia dalam keadaan Tun Dr M masih hidup... Dia punya nak jadi PM ni sangat tinggi motivasi pada diri beliau... Dan sekarang dia dah jadi PM lebih lama dari Muhidden Yasin dan Ismail Sabri.... Itu satu pencapaian peribadi yang baik dan luarbiasa.... Dan lebih lama dari Tun Dr M jadi PM kali ke 2....rekod tu PMX dah berjaya pegang...



KENAPA RR DITOLAK ?


Hamdan Taha


 Untung juga jadi macam saya ni kerana menulis tentang PKR, saya dapat call dari pihak NI dan Anwar pula untuk bagi penjelasan kepada saya supaya tak terlalu menyerang Keluarga Anwar dan hujah dia ialah...


PKR ni parti Anwar Ibrahim seperti mana kenyataan Saifuddin, tampa Anwar dan Azizah tahun 98 di pecat PKR tak akan ada dan di ujudkan, maka Anwar ada kuasa penuh nak tentukan siapa selepas dia sebagai penganti Presiden, kerana kepercayaan Anwar jika bukan keluarga dia yang menerajui PKR parti itu akan tidak mendapat sokongan, kerana Roh parti itu ialah Anwar Ibrahim, Reform itu ada selogan untuk kekal kuat dan semanggat sahaja


2. Pemilihan boleh di tangguhkan sehingga selepas PRU tapi jika ketika itu berlaku apa apa kepada Anwar Ibrahim kerana banyak faktor terutama umur dan sebagainya, atau kalah dalam PRU kuasa yang ada pada Anwar untuk menaikkan Nurul Izah sangat terbatas dan bahaya buat keluarga beliau, jika kalah sudah tentu Anwar tidak boleh lagi jadi Presiden kerana faktor umur dan tak kan masih nak jadi Calun PM lagi...


Ke 3. Rafizi memang tidak di senangi oleh semua team Presiden terutama yang berada di sekeling Presiden termasuk juga Wan azizah dan Nurul, satu ketika NI memang bersama rafizi ketika berlawan Azmin, tapi selepas itu dan selepas PRU NI tidak lagi berada dalam kumpulan RR, Ketua Cabang dan Ramai yang minta RR di ganti kerana RR tidak melayan dengan baik pimpinan parti ini sangat tidak baik buat parti


Ke 4 setelah di buat kajian secara terperinci saifuddin tidak akan mampu mengalahkan RR atau jika Saifuddin pula menang dengan cara seting seperti sekarang, watak saifuddin itu tidak mampu memberi kelebihan kepada PKR, Saifuddin ialah pemimpin yang sentiasa kalah dan tidak dapat mempertahankan kemenangan, bagaimana nak jadi timbalan yang boleh membantu Presiden


Ke 5 RR dalam banyak perkara tidak selari dengan kehendak Presiden terutama dalam menentukan Calun Pru, beliau keterlaluan menonjolkan calun calun Pro RR sehingga menidakan calun calun dari Presiden dan Wan Azizah, contoh sungai Buluh RR berkeras untuk meletakkan calun dari kem beliau sedangkan Presiden dan berjanji dengan Ramanan, dan Kerusi ampang juga begitu, jika kekalkan RR untuk mengadap PRU ke 16 dan dia masih Pengarah Pilihanraya akan berlaku perselisihan pendapat dengan Presiden


Ke 6 RR terlalu mendesak kerajaan untuk mengikut agenda beliau, hari ini anwar dah umum tak akan menaikan harga Petrol kerana yang kuat mencadangkan kenaikan Petrol ini ialah RR dan dari kementerian Ekonomi, banyak lagi agenda kerajaan yang RR cadangkan yang tidak di sukai oleh ahli Kabinet dan parti parti dalam kerajaan Perpaduan, maka RR perlu di tamatkan usia politik dia, nak gugurkan tak boleh kerana dia adalah Timbalan Presiden, maka pemilihan parti wajib di laksanakan segera supaya boleh menukar RR dan Nik Nazmi, Nik Nazmi juga menteri yang gagal berfungsi dan ada masalah, Presiden tak boleh nak tukar kerana dia Naib Presiden, maka dengan pemilihan parti dan dapat menukar mereka memudah kan kerja Presiden... 


Ini semua hujah orang Anuar bukan hujah saya... Saya hanya di minta tulis dan keluar kan hujah mereka di wall saya untuk pembaca saya.... Katanya tulisan saya banyak sangat di copy dan berlegar di media sosial jadi dia minta sangat saya buat penjelasan supaya orang boleh faham.



PENULIS LAMA KENA HENTAM. AKU AMBIK SIKIT SAJA.








 

BEREHAT DULU.

Alif Jamil


Berehat dulu, Panglima.

Tuan Rafizi Ramli,



Berehatlah sebentar.

Bukan kerana tuan kalah, tapi kerana tuan sudah terlalu lama berjuang tanpa henti.


Dari dedah korupsi hingga ke bina dasar ekonomi,

tuan bukan sekadar ahli politik biasa tetapi panglima yg berdiri waktu kami semua hampir hilang harapan.


Kami tahu tuan tidak maksum.

Ada juga tersilap langkah, tergelincir bicara.


Tapi kami juga tahu tiada satu pun lahir dari niat untuk melukakan.. 


Jika hari ini tuan memilih untuk berundur sebentar, maka berundurlah dengan kepala yg tinggi.


Rehat bukan tanda lemah, ia tanda tuan juga manusia.


Saya yakin , Tuhan tidak akan sia-siakan hamba-Nya yg ikhlas berjuang untuk membawa perubahan..


Saya juga yakin bahawa Tuhan sedang mempersiapkan sesuatu yg lebih besar buatmu dihadapan nanti. 


Dan bila tiba masanya nanti,

Kami yakin kau akan kembali.

Dengan langkah lebih teguh. 

Dengan semangat yang tidak pernah mati.


Terima kasih, Tuan Panglima..



JANGAN KERAP TEST RAKYAT


Mohd Amir Hamad


95% komen bantai pmx pasal nepotisme..sudahnya tutup komen...dia ingat walanon macam walaun boleh terima pembodohan.





Soalan untuk Dr Fuziah Salleh selaku Setiausaha Agung PKR


Norshidah Md Daud



1. Atas alasan apa Xavier Jayakumar menjadi tetamu khas pd Kongress PKR tempohari sedangkan dia merupakan salah sorang pengkhianat PH 1.0?


2. Sehingga kini kempimpinan teratas belum menjawap tuduhan calon Ketua Wanita PKR, Rodziah berkenaan tangan ghaib yg menurunkan wahyu sehingga menyebabkannya kalah merebut Kerusi Wanita PKR walaupun mengikut kiraan undi, beliau yg memungut jumlah tertinggi 


3. Sehingga saat ini juga, ramai rakan dlm parti mengadu, segala aduan mereka berkaitan pemilihan ini diabaikan oleh parti


4. Mana tindakan Dr terhadap pihak yg mengabaikan hierarki parti utk melancarkan Jentera Pilihanraya Sabah? Nampak jelas program tersebut telah diatur dengan jayanya. Mustahil Dr selaku Setiausaha Agung Parti, xtau menahu tentang perancangan ini 😏


Cadangan sy, jika x mampu lagi berlaku ADIL, tukarkan sahaja nama parti kepada AMAN (singkatan utk r AMAN an). Sangat sesuai dengan DAMAI. 


Mohon Dr respon berkenaan isu ni

Tq




NURUL IZZAH MESTI DIJADIKAN MENTERI



25 May 2025


Walaupun Nurul Izzah Anwar sebelum ini mengatakan dirinya tidak berminat menyertai kabinet jika berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi setelah memperolehi kemenangan dengan majoriti agak besar, adalah dirasakan beliau wajar menarik balik kata-kata tersebut.


Seorang Timbalan Presiden parti yang menunjangi kerajaan, pada hakikatnya tidak manis  jika tidak berada dalam kabinet.


Lebih tidak manis jika perlantikannya sebagai anggota kabinet itu dilakukan melalui tiket Senator.


Meski boleh dilantik sebagai menteri atas tiket Senator, tetapi dalam kes Nurul Izzah, sangat kelihatan manis jika beliau menganggotai kabiinet dengan menjadi Ahli Parlimen terlebih dahulu.


Kenapa Nurul Izzah mesti berada dalam kabinet sebagai menteri?


Pertama, Rafizi Ramli sudah berjanji sebelum ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan jika kalah kepada Nurul Izzah. 


Sekarang beliau bukan lagi Timbalan Presiden PKR dan mungkin esok atau lusa, surat perletakan jawatannya akan sampai di atas meja Perdana Menteri.


Pengisian kekosongan jawatan dalam kebinet yang ditinggalkan Rafizi mesti diisi oleh Nurul Izzah atas kapasitinya sebagai pemimpin nombor dua yang baru dalam parti.


Tetapi, tidak semesti Nurul Izzah mesti memegang jawatan Menteri Ekonomi, mungkin satu kementerian lain yang difikirkan sesuai oleh Anwar Ibrahim.


Adalah menyakitkan mata melihat amalan parti menguasai kerajaan apabila Timbalan Presiden PKR dan bekas Timbalan Presiden parti sama-sama berada di luar kerajaan.


Makanya, biar Rafizi saja duduk di luar, tetapi Nurul Izzah mesti ada di dalam.


Kedua, jika Nurul Izzah tidak memegang jawatan menteri, ia akan membuatkan, contohnya Saifuddin Nasution Ismail, berasa canggung dan malu untuk terus berada dalam kabinet.


Ini kerana Saifuddin tiada apa-apa jawatan dalam PKR, melainkan hanya sebagai Ketua Setiausaha PH saja.


Dalam hati Saifuddin tentu berkata-kata – macam mana ni, saya tiada jawatan dalam parti, tapi jadi menteri, Nurul Izzah orang nombor dua parti, namun tidak dijadikan menteri.


Untuk menjaga air muka Saifuddin, Nurul Izzah harus sedia untuk jadi menteri.


Ketiga, sebagai Timbalan Presiden PKR di mana parti itu kini menunjangi kerajaan, Nurul Izzah adalah bakal peneraju masa depan parti dan juga kerajaan.


Tambahan lagi, pada pemilihan 2028 nanti Anwar tidak dibenarkan lqgi menawarkan diri sebagai Presiden PKR.


Untuk melengkapkan kedudukan Nurul Izzah sebagai pewaris masa depan, beliau seharusnya mula dipakaikan serta dibiasakan dengan aksesori kuasa agar beliau tidak begitu kekok apabila tiba masanya mengambil alih kuasa nanti.


Kuasa adalah aksesori yang menjadikan manusia kelihatan hebat dan Nurul Izzah pasti akan kelihatan lebih hebat jika kuasa ada bersamanya.


Keempat, Nurul Izzah mesti dibawa menyertai kabinet sebagai persediaan jika berlaku apa-apa yang tidak diiingini kepada Anwar dalam waktu terdekat ini.


Sementara disedari bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan, harus juga disedari Anwar kini sudah berusia 78 tahun.


Untuk itu dan sebagai mengambil pedoman daripada kata pepatah – sediakanlah payung sebelum hujan – Nurul Izzah harus dibawa ke dalam kabinet atas tiket Ahli Parlimen dan bukannya Senator.


Hanya Ahli Parlimen boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan jika berlaku apa-apa kepada Anwar dan melalui kedudukan sebagai Timbalan Presiden PKR serta telah sedia ada berada dalam kerajaan, barangkali tiada masalah untuk PH mencalonkan beliau sebagai pengganti.


Kalau Nurul Izzah jadi menteri atas tiket Senator, andai berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada Anwar, jawatan Perdana Menteri sudah tentu akan jatuh kepada parti lain.


Untuk menjadi Ahli Parlimen, ada tiga kerusi yang boleh diarahkan oleh PKR untuk dikosongkan bagi memberi laluan kepada Nurul Izzah – Bandar Tun Razak (kini dipegang ibunya, Dr Wan Azizah Wan Ismail), Gombak (kini dipegang Menteri Besar Selangor) dan Port Dickson (kini diduduki Menteri Besar Negeri Sembilan).


Apa pun, untuk mengelakkan kecanggungan dalam parti dan kerajaan serta menjamin kelangsungan masa depan PKR, Nurul Izzah mesti dijadikan menteri dalam waktu terdekat ini. – ShahbudinHusin 25Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/nurul-izzah-mesti-dijadikan-menteri/



PULAK DAH.

 


Hamzah Rie Na


Kena minta izin dengan mana2 Dewa dulu ker nak makan dgn anggota2 parti keadilan?  Sorang bekas pengarah pilihanraya Tambun dan sorang lagi mp sungai buluh dari parti keadilan. 


Ish makin pelik2 bila nak cari kesalahan orang. Aku confused ni.....nak lawan pembangkang ker dulu atau Divaun dulu?



KEMANA RAFIZI SELEPAS INI.... PASTI PENGIKUT BELIAU AKAN SOKONG.

 

KE MANA AGAKNYA RAFIZI SELEPAS INI?


26 May 2025


Dalam catatan di media sosialnya semalam, Rafizi Ramli yang kalah kepada Nurul Izzah Anwar dalam mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR berkata, beliau tidak berhasrat untuk berputus asa.


Katanya, beliau akan terus berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.


“Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.


“Cita-cita itulah yang dahulunya telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan dunia politik. 


“Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya,” katanya lagi.


Beliau yang dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkata, dengan lebih banyak masa yang ada padanya selepas ini, ia akan membolehkannya  meluangkan masa bersama rakyat biasa.


Rafizi juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong yang setia bersamanya.


“Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. 


“Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan (Kongres Nasional PKR), sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.


“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. 


“Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” tambah Rafizi.


Daripada apa yang diluahkannya itu, satu perkara yang jelas ialah Rafizi tidak akan bersara atau berehat begitu saja daripada politik selepas kekalahannya kepada Nurul Izzah.


Beliau malah tidak berputus asa dan akan terus berjuang, meskipun pengorbanan, perjuangan dan titik peluhnya selama ini seakan sia-sia serta dipersiakan.


Cuma Rafizi tidak memberi gambaran jelas tentang hala tuju sebenar tentang masa depannya.


Jika beliau ingin kekal bersama PKR, masih adakah lagi masa depannya dalam parti itu?


Dengan tiada apa-apa jawatan dalam parti selepas ini, apakah beliau akan terus diberi peluang bertanding di Pandan atau kerusi selamat itu akan diambil oleh pemimpin lain?


Ataukah Rafizi akan menyertai mana-mana parti yang sedia ada di negara ini?


Agak-agak parti mana yang sesuai untuk Rafizi?


Pilihan lain, mungkinkah Rafizi akan menubuhkan sebuah parti baru dan membawa semua pengikutnya kepada parti itu, sama seperti Mohamad Sabu membawa pengikut setianya dalam Pas beralih kepada Amanah?


Jalan mana agaknya akan dipilih Rafizi? – ShahbudinHusin 26Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/ke-mana-agaknya-rafizi-selepas-ini/



Hari ini sejarah tercipta.






Walaun dan Walanon bergabung jadi satu BrotherHood baharu bersatu melanyak isu Nepotisme dan NIApotisme.

Masing-masing berpakat menembak dari arah yang sama, satu atas nama perjuangan, satu lagi atas nama kepuasan dendam.


Tapi saya neutral lah.


Ada yang agak keras sikit, terus menepis isu NIApotisme ini dengan membandingkan:

"Alaa..parti pembangkang pun sama, siap pecah amanah lagi. Tapi yang ini, NIApotisme dalam PKR tu menang ikut pemilihan. Kira suci la sikit, kan?"


Lawak bersulam logik patah.

Kalau hujahnya hanya sekadar “yang lain pun buat”, maka apa bezanya kita dengan mereka yang kita lawan dulu?


Perpepsi inilah yang Rafizi Ramli dan Team Hiruk cuba elakkan.

Kami bukan gila jawatan. Tapi kami juga tak rela lihat parti yang lahir dari semangat reformasi berubah jadi bayang parti-parti lama.

Dan bila kamu mula guna naratif “semua sama saja”, itu tandanya kamu sendiri seperti sudah hilang arah dan prinsip.


Tapi tak apa. Nasi sudah menjadi bubur. Melayu katanya cepat lupa. Hari ini marah, esok senyap. Lusa diam. Lama-lama, okaylah tu.



TU DIA KEDAH..KIOK...KALAU NAK UNDI PAS...KENA TERIMA LA HABUAN...


 

MP QAZAF PI MANA? NAK JADI MP TAPI APA PUN TAK JADI.


 

MEMANG BETUL- TAPI KES RAFIZI PERLU PKR SELESAIKAN. APA TINDAKAN RAFIZI RAKYAT TUNGGU DAN LIHAT


 

NOHH SIKAP PEMIMPIN PAS SENDIRI

 


BUKAN AGAK...TAPI BILA ANAK PAPA MERASMIKAN PERSIDANGAN AMK DI SABAH...ORANG DAH FAHAM


 

TUUU DIA....NAK JATUHKAN RAFIZI BEGITU TINGGI


 

Ucapan Tahniah atas Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan





Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Dato’ Fadzil atas pelantikan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.


Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap ketokohan, keilmuan serta komitmen beliau dalam memartabatkan syiar Islam dan memperkukuh kefahaman agama yang seimbang, sesuai dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini.


Saya yakin dengan pengalaman luas serta pendekatan wasatiyyah yang beliau bawa, institusi Mufti Wilayah Persekutuan akan terus diperkukuh dalam kerangka Islam Rahmatan Lil Alamin dan nilai Malaysia MADANI.


Semoga Allah SWT terus memberkati segala usaha dan amanah yang dipikul demi kebaikan ummah dan masa depan negara.


YB SENATOR DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara

Ahli Dewan Negara


https://www.facebook.com/share/p/15zoGhbsbp/




RAMANAN NI MESTI PAKAR MATEMATIK.- MANA DIA BACA DATA AKU PUN TAK TAU


 

JANJI BUANG AZAM BAKI- TIM PRESIDEN KENA MAKLUM PRESIDEN

 


BETOI APA CHOMBEE NI KATA...AKU TAK MAU JAWAB DAH....BAGI LA SAPA SAPA NAK JAWAB...BETOI APA DIA KATA....DULU AKU PUN KATA KAT ATOK ...LA AKU NAK KATA IKUT SUKA AKU LA NOH....


 

NAK DAULAT MELAYU, KENA TINGKAT PENDAPATAN B40 DAN M40.. DENGAR SAMPAI HABIS.


 

APA SALAH AKU KALAU SOKONG RAFIZI?


 

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛



Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.


Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.


Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.


Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.


Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.


Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.


Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.


Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.


Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.


Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.


Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.


Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.


Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.


Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.


Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.


Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.


Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.


Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.


𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶

𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱



KJ SOKONG RAFIZI


 

TIDAK SEMESTINYA MENYOKONG ITU MENJADI DAN MEMBANGKANG ITU TAK MENJADI


 RAFIZI DAN NURUL IZZAH





1- Sepanjang sejarah, pemimpin yang rakus kuasa sering memilih jalan “pecah dan perintah” untuk mengekalkan dominasi.


2- Seperti yang diajar oleh Niccolo Machiavelli dalam buku nya "The Prince", seorang penguasa yang cerdik akan memecahbelahkan rakyat agar mereka sukar bersatu dan mudah dikendalikan.


3- Strategi ini bukan hanya teori lama, ia masih diamalkan oleh banyak kuasa besar. British memecahbelahkan rakyat mengikut kaum dan agama di India, Tanah Melayu, dan Afrika, semata-mata untuk mengukuhkan cengkaman penjajah.


4- Joseph Stalin di Soviet Union menyemai rasa curiga dalam Parti Komunis, agar tiada yang berani mencabarnya. Adolf Hitler pula membangkitkan kebencian terhadap Yahudi, Komunis, dan minoriti untuk memusatkan sokongan rakyat kepada ideologi Nazi.


5- Strategi pecah perintah ini mungkin berjaya dalam jangka pendek. Namun kesannya dalam jangka panjang adalah kemusnahan perpaduan, konflik dalaman yang parah, dan runtuhnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan atau parti.


6- Dalam konteks Pemilihan Parti Keadilan, DS Rafizi Ramli dilihat memilih pendekatan serupa, menyerang secara terbuka kelompok yang tidak menyokong beliau, mewujudkan suasana yang berpotensi menimbulkan retakan yang sukar dipulihkan dalam parti. Ini membuka ruang kepada musuh politik luar untuk mengambil kesempatan.


7- Kegusaran ini mengingatkan kita kepada Tun Mahathir, yang suatu ketika dahulu bermain dengan sentimen bangsa untuk kekal relevan. Namun akhirnya, rakyat mula celik politik, melihat antara yang benar dan palsu - dan menolak beliau dalam pilihan raya.


8- Sebaliknya, Sdr Nurul Izzah Anwar hadir dengan pendekatan damai dan penyatuan, selaras dengan semangat Dasar MADANI yang digagaskan oleh Kerajaan Perpaduan.


9- Dasar MADANI yang di bawa oleh DS Anwar Ibrahim bukan sekadar slogan - ia membawa nilai Keterangkuman, Keadilan, Ihsan, dan Perpaduan. Nilai-nilai ini bukan sahaja penting untuk negara, malah menjadi asas bagi pengukuhan dalaman parti politik.


10- Parti yang kuat bukanlah parti yang saling menyerang dan berpecah, tetapi parti yang menghormati perbezaan, menyatukan kekuatan, dan berpadu demi matlamat bersama.


11- Ini adalah cerminan kepada semangat Kerajaan Perpaduan, yang walaupun terdiri daripada pelbagai latar politik dan ideologi, memilih untuk bersatu demi kestabilan dan masa depan negara.


12- Dunia telah membuktikan, Nelson Mandela memilih perdamaian pasca-apartheid, membina Afrika Selatan yang stabil, yang akhirnya menjadi tuan rumah acara global seperti Piala Dunia 2010.


13- Jerman pasca-Nazi memilih penyatuan dan demokrasi, membina semula ekonomi (Wirtschaftswunder), memulihkan imej, dan kini menjadi juara demokrasi dan teknologi.


14- New Zealand membina harmoni antara kaum Maori dan Pakeha, dan kini dikenali sebagai salah satu negara paling aman di dunia.


15- Persoalannya ?? Adakah kita mahu Parti Keadilan terus rapuh dengan strategi pecah dan perintah, atau kita memilih untuk menjadi parti yang kuat, dihormati, dan mampu memimpin negara dengan dasar penyatuan dan damai?


KEADILAN bukan sekadar nama – ia mesti menjadi cerminan dasar MADANI, yang mengangkat persaudaraan, perpaduan, dan keadilan, bukan hanya untuk negara tetapi untuk parti sendiri.


"DAMAI ITU INDAH, PERSENGKETAAN MEMBAWA REBAH"




BERITA TAK MUNGKIN BENAR

Pak Ya Siam. 


 Pak Ya lama je perati Faizal Rahman ni.. 






Mungkin Pak Ya rasa dia ni salah satu yang kepala kena cantas team dia menang mungkin la kan ..


Rupanya2 dia dapat 88 undi ja peringkat cabang hahahaa .. Apa punya hawau mangkuk ni meroyan kalah orang lain ..


No 1 : 1498

No 2 : 1061 (cai piji)

No 3 : 1018 

No 4 : 109

No 5 : Faizal Rahman 88 undi je ahahaha


Kau nak apa ni ?? kau nak kiraan semula ke apa ?? kiraan semula dengan No 4 punya kedudukan ke ahhaahah ??


Sedar la Faizal kat cabang kau pun orang dah benci meluat sebab tu tak undi,kerja akar umbi pun ada kau buat ahhaah 😂😂


Kau dengan KC beza 1000 ++ undi woi ..


Bangang !!!



Liciknya modus operandi ‘Susan’, RM625,250 milik pesara ini akhirnya lesap

 





HarapandailyMay 26, 2025

Sebanyak RM625,250 milik seorang pesara lesap akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud menerusi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Susan.

Mulanya, ‘Susan’ menghubungi lelaki berusia 67 tahun berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan menawarkan kepadanya untuk menyertai pelaburan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu kemudian dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp.

Mangsa kemudian diminta memuat turun satu aplikasi pelaburan bagi melihat keuntungan serta mengendalikan pelaburan terbabit.

Balveer berkata, mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan kemudian melakukan 16 transaksi pemindahan wang simpanannya kepada lima akaun berbeza.

Transaksi itu dilakukan mulai 22 Mac hingga 19 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan bernilai RM625,250.

 

 “Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan ketika cuba mengeluarkan keuntungan diperoleh.

“Siasatan polis juga akan membabitkan ‘keldai akaun’ dan jika ada, tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 

Tular guru marah, aibkan murid: Ini penegasan Menteri Pendidikan


 


HarapandailyMay 26, 2025

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat insiden seorang guru didakwa memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan sehingga memberi kesan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan.




Menteri, Fadhlina Sidek, berkata hal tersebut amat dikesali lebih-lebih lagi rakaman berkenaan turut tersebar dan memberi impak besar kepada masyarakat.

Menurutnya, KPM akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memberi tumpuan kepada isu ini.

“Guru sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa mengenai integriti dan etika sebagai penjawat awam walau apa juga isu yang terjadi.

“Saya juga yakin dan percaya ada ruang lebih selamat dan bersifat privasi untuk memastikan apa saja perbincangan dan isu dapat diselesaikan secara baik,” katanya, dipetik BH.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/05/murid-diherdik-2.jpg

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan untuk memperhalusi perkara itu dengan lebih serius kerana ia membabitkan integriti dan etika guru.

 

 

 “KPM juga sebenarnya sudah berkali-kali mengingatkan kepada guru yang juga penjawat awam mengenai garis panduan sedia ada dan mematuhi etika serta integriti baik di dalam kelas, luar kelas dan media sosial sekali pun,” ujarnya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang murid sekolah rendah yang dimarahi beberapa guru di kantin sekolah.

Menerusi video itu, murid perempuan berkenaan dipaksa untuk mengaku perkara yang tidak dilakukannya.

Video itu dirakam dan kemudian diberikan kepada ibu murid berkenaan.

 

Rantau Panjang malap bukan kerana negara tetapi pemimpin Kelantan


 


HarapandailyMay 26, 2025

Oleh DR SHAH NOR BASRI

Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mendakwa kemerosotan ekonomi negara menjadi punca kepada kemunduran kawasan seperti Rantau Panjang adalah satu lagi episod penafian realiti oleh pemimpin Pas.

Tuduhan sedemikian bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah memperlihatkan usaha melepaskan diri daripada tanggungjawab yang telah lama diabaikan.

Hakikatnya, kedudukan ekonomi Kelantan yang daif dan kemerosotan potensi pelancongan di Rantau Panjang adalah akibat langsung daripada kegagalan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas selama lebih tiga dekad.

Tertinggal jauh

Data rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Laporan Ekonomi Tahunan Kementerian Kewangan secara konsisten menunjukkan Kelantan adalah antara negeri paling kurang menerima pelaburan langsung asing.

Mengikut laporan MIDA bagi tahun 2023:
l Selangor menerima FDI bernilai RM60.1 bilion, tertinggi dalam negara.
l Pulau Pinang mencatatkan RM42.3 bilion.
l Perak pula menerima RM9.5 bilion.
l Kelantan, sebaliknya, hanya mencatatkan FDI sebanyak RM0.5 bilion, antara yang terendah bersama Perlis dan Terengganu.

 

Jumlah ini membuktikan bahawa kelembapan ekonomi Kelantan tidak berpunca daripada kemelesetan ekonomi nasional, tetapi daripada kelemahan struktur pentadbiran negeri yang tidak berupaya mencipta iklim pelaburan yang kondusif.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/05/Kelantan-Rantau-Panjang.jpgZon Bebas Cukai Rantau Panjang suram kerana kegagalan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Mengapa pelabur asing tidak memilih Kelantan?

Jawapannya mudah — tiada infrastruktur sokongan, dasar pembangunan yang lemah, birokrasi negeri yang tidak mesra pelabur, dan tiada pelan jangka panjang yang strategik.

Bandingkan dengan Selangor dan Pulau Pinang yang bukan sahaja mempunyai taman perindustrian moden dan sistem logistik cekap.

Malah, dasar kerajaan negeri mereka menjurus ke arah mempercepatkan proses kelulusan pelaburan dan membina ekosistem perniagaan yang menyeluruh.

Potensi dibazirkan

Sebagai kawasan sempadan yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Rantau Panjang sepatutnya menjadi pusat perdagangan dan pelancongan bertaraf serantau.

Namun, lawatan ke kawasan itu membuktikan sebaliknya. Rantau Panjang hari ini tidak lebih daripada pasar sempadan yang bercelaru, tidak terurus, kotor, dan tidak mesra pelancong.

Ketiadaan zon ekonomi khas yang terancang, kekurangan promosi pelancongan oleh agensi negeri, serta tiadanya inisiatif pembangunan infrastruktur seperti pusat informasi pelancong, pengangkutan awam tempatan dan ruang niaga moden menyebabkan kawasan ini menjadi satu lagi “mangsa” kepada kelemahan kerajaan negeri.

Bandingkan dengan Padang Besar di Perlis atau Wang Kelian, yang walaupun kecil, menerima pelaburan daripada program pelancongan rentas sempadan.

Bahkan di Perak, kawasan seperti Bandar Taiping berjaya diangkat semula sebagai destinasi warisan berikutan kerjasama strategik kerajaan negeri dengan Tourism Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut data dari Tourism Malaysia (2022):
l Kelantan mencatat hanya 2.1 juta pelancong domestik, jauh lebih rendah berbanding Selangor (8.9 juta), Pulau Pinang (6.4 juta) dan Perak (5.2 juta).

l Perbelanjaan pelancong di Kelantan adalah sekitar RM600 juta, manakala Pulau Pinang mencatat lebih RM2.3 bilion.

Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja pelawat kurang datang ke Kelantan, tetapi mereka juga tidak berbelanja banyak di sana.

Ia suatu petunjuk kelemahan penawaran produk pelancongan dan kegagalan strategi pemasaran pelancongan negeri.

Tambahan lagi, Rancangan Tempatan Negeri Kelantan langsung tidak mengutamakan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi.

Tidak terdapat inisiatif yang serius untuk membangunkan kampung budaya, destinasi sejarah Islam atau ekopelancongan sungai dan bukit, yang sepatutnya menjadi kekuatan semula jadi Kelantan.

Dibelenggu masalah

Lebih malang, Kelantan terus dibelenggu oleh isu asas seperti:

l Bekalan air tidak bersih – masalah ini berlarutan sejak dua dekad lalu.

l Kadar kemiskinan tinggi – Kelantan mencatat kadar kemiskinan mutlak 12.4% (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2022), berbanding Selangor (1.1%) dan Pulau Pinang (1.8%).

l Penghijrahan tenaga kerja muda – Kelantan menjadi negeri dengan kadar penghijrahan keluar tertinggi, khususnya anak muda dan golongan profesional yang mencari peluang di luar.

Semua ini berlaku walaupun kerajaan negeri menerima peruntukan besar dari kerajaan Persekutuan setiap tahun – termasuk melalui agihan hasil minyak, bantuan penyelenggaraan jalan negeri, dan bantuan kebajikan.

Menguncupnya iltizam

Mengaitkan kemerosotan Rantau Panjang dengan “ekonomi negara menguncup” bukan sahaja tidak logik, malah tidak jujur.

Ekonomi Malaysia secara keseluruhan mencatat pertumbuhan 4.2% pada suku pertama 2024 menurut Bank Negara Malaysia (BNM), dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan mencatat peningkatan.

Sebaliknya, yang menguncup adalah wawasan dan iltizam kerajaan negeri Kelantan untuk membangunkan negerinya secara tuntas dan menyeluruh.

Tanggungjawab pembangunan negeri terletak di bahu kerajaan negeri.

Setelah lebih 30 tahun memerintah, Pas seharusnya berhenti menyalahkan pihak luar dan mula mengambil tanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku.

Rakyat Kelantan perlu menuntut jawapan bukan alasan.


*DR SHAH NOR BASRI merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam di Jordan.