PEMIMPIN PAS KELUAR PAS LALU ADUN PAS GELAR DIA MURTAD, KATANYA MAIN MAI...
TERKINI! Mastura kalah saman! | Adun Kuamut janji 'tak lari' | Ex MB Per...
BEBERAPA CERITA DALAM CERITA.
Gino Marvela.
Hampir sebulan tak berkarya, dok hadap rama-rama putih. Lani, ok sikit dah... Itulah masalahnya bila dah ok, dok pi sana sini sambung makan. Semalam masuk melaka, pi cari asam pedas. 😄
Sebulan lepaih, GM beritahu akan ada ada berita menarik pd minggu seterusnya. Dan pabila sahabat & kroni Mahathir itu meninggal di Asunta, rasa tak berapa baik/sesuai pula nak menulis.
Beberapa kebelakangan tahun lepas, kami dah jarang turun padang utk membantu mangsa banjir dan pelbagai bantuan di lokasi2 seluruh Malaysia. Dan isu banjir baru-baru ini di catu dan tukar ke logo parti politik, bukan isu baru. Sewaktu puak lebai masih berada di dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu pun mmg dah buat perkara yg sama. Cuma kami biarkan saja kerna ia juga sedikit sebanyak membantu PR.
Umno BN yg banyak buat hal begini. Malangnya, setelah tebuk atap berlaku...perangai jijik ni di sambung oleh puak lebai kelarah.
Utk makluman, parti bulan atau Pas ini hanya bergantung dahan saja. Hat mana kuat, itu yg depa pegang. Banyak cendekiawan dan usahawan yg menyokong pasti pas, ramai dah berhijrah. Kerna mereka merasakan sejak kehilangan arwah Nik Aziz, parti itu tersasar dari landasan yg mereka sendiri bina.
Isu gelagat banjir, isu perkauman, isu kementerian pendidikan yg menyentuh peperiksaan di kala banjir serta penghapusan UPSR & PMR...kami tersenyum melihat telatah masing2. 😊
Dan isu kununnya pelaburan di Kedah sengaja di gagalkan atas konspirasi politik, memang kami tersenyum melihat telatah Sanusi.
Buat makluman kalian, sejak tertegaknya "kerajaan tebuk atap" tanpa mandat rakyat, memang ramai pelabur asing yg menyatakan tarik diri umpamanya di Langkawi, Kulim dan banyak tempat lg.
Sanusi dakwa, ada perancangan besar gagalkan pelaburan swasta di Kedah. Jawapan GM, khaktuih!!!
Isu projek Langkasuka di Langkawi yg melibatkan pelabur swasta Bin Zayed ini memang dah lama nyatakan hasrat nak tarik diri kpd kami. Isu utamanya ialah setiap kali berlaku pertukaran kerajaan yg melibatkan kerajaan di perintah oleh Pas, tiap kali itulah berlaku pertukaran "rules & regulations". Tambah lagi, mereka juga tidak punyai dana yg mencukupi...bergantung juga kepada pelabur yg bersama dgn Bin Zayed.
Maknanya, pelabur_pelabur ini amat runsing & takut jika pemerintah di sesuatu tempat adalah dari kalangan parti yg di anggap sbg puak pelampau ugama. Kerna mereka pihak pelabur asing ini dah melihat keadaan kerajaan tebuk atap yg di tutupi dgn candu ugama manakala di belakangnya penuh dgn kekotoran.
Buat makluman kalian, sdra Anwar Ibrahim aka PMX ini di lantik sebagai PM pada tarikh 24.11.2022. Bin Zayed tarik diri pada awal 2022 lagi. Anihnya, MB Kedah ini dalam videonya kata projek Langkasuka Langkawi dah jalan Fasa 2, sedangkan projek ini tergendala ketika Fasa 1 baru nak bermula.
Memang pemuhong besaq si tokong bulat hitam nih. Tetapi bagaimana pula situasinya di Kelantan di mana pelabur asing mampu utk berada di sana ?
Sebabnya, pihak pelabur ini mencari bahan galian & pengusaan kepada tanah galian. Kes durian Musang King, berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang + hampir 3800 hektar carigali emas di Kelantan.
Paling menarik, sektor pelaburan di Kelantan ini majoritinya import pekerja dari Tanah Besar berbanding beri pekerjaan rakyat di sana.
Apabila kita sebut isu cari gali emas, pihak pelabur dari Singapore yg terkait kepada Blackrock ini menyasarkan 6-12 kilogram sebulan ekstrak emas. Persoalannya, berapa pula hasil galian emas yg masuk ke kantung kerajaan negeri ?
Itu baru kontrak baru...sejak 90 an lagi carigali emas dah di jalankan di Kelantan. Sekali lagi, berapakah jumlah hasil galian yg masuk ke poket kerajaan negeri berbanding keuntungan ratusan juta hingga berbilion sykt swasta menikmati hasil ?
Haaa...ha!!! Awat senyap ? 😆
Ok, done utk harini. Nak cari nasi lemak sat...nanti GM sambung.
NOHHHH... STANDING ONDER....
Ahmad Mursi
Harapnya, segala usaha kutip sumbangan tabung milo berjalan lancar untuk pertahankan fitnah PAS untuk lawan 'sepupu sepapat kominis'..
"Mahkamah Tinggi mengarahkan Siti Mastura Muhammad membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada pemimpin DAP"
Entahlah,
Nampaknya Allah nak tunjuk betapa jahanamnya pimpinan PAS yang ada hari ini, tidak kira di peringkat bawahan sampailah ke tahap pimpinan utama, kebanyakannya kaki fitnah.
Tidak cukup fitnah sesama muslim, sampai orang kapir pun mereka fitnah.
Nau'zubillah.
🥴🥴
INI YANG ADA CONTOH Phd. MULUT LAJU DARI OTAK.
Miqdad Zakaria
"Mahkamah Tinggi mengarahkan Siti Mastura Muhammad membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada pemimpin DAP"
Entahlah,
Nampaknya Allah nak tunjuk betapa jahanamnya pimpinan PAS yang ada hari ini, tidak kira di peringkat bawahan sampailah ke tahap pimpinan utama, kebanyakannya kaki fitnah.
Tidak cukup fitnah sesama muslim, sampai orang kapir pun mereka fitnah.
Nau'zubillah.
🥴🥴
MASUK SEKALI SENARAI PEMFITNAH KENA BAYAR SAMAN.
W. Faudzin
Memalukan. Nama parti Islam, tapi kuat fitnah. Tu ajar dia... Politik tapi tak tahu fitnah atau kenyataan.
BERKEMPEN MACAM BUDAK BUDAK... ILMU SETAHUN JAGONG JADI MP... MEMANG LAYAK LA HANG KENA... ADA LAGI KES 1.2 JUTA FITNAH KDN MEMBENARKAN PENDATANG ASING MASUK. TUNGGU LAGI STANDING ONDER.... SYOK 250K SOQANG... .
Hisham Fauzi
Ada pemimpin politik berhujah, kenapa asyik nak saman orang yang kritik. Kenapa mudah sangat koyak?
Di dalam kes MGG Pillai v Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals [1995] 2 MLJ 493 telah diputuskan:-
“Libel is a tort actionable perse, ie without proof of actual harm. The law presumes that when a man's reputation is assailed, some damage must result.”
Jadi, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa kes Fitnah (libel) adalah “actionable per se”. Dengan lain perkataan, Plaintif tidak perlu membuktikan kerugian yang dialami oleh Plaintif akibat daripada pernyataan fitnah tersebut.
Sebab itu dalam kes yang melibatkan perbuatan memalukan orang lain tanpa fakta dan justifikasi yang sah di sudut undang-undang, adalah wajar pelaku fitnah itu disaman dan dipertanggungjawabkan atas tuduhan yang dia buat.
Walau bagaimanapun, jika pelaku fitnah itu yakin yang dia benar dan kenyataannya bukanlah satu fitnah; maka buktikanlah tuduhannya itu di mahkamah. Tidak timbul isu siapa koyak.
Di dalam kes Kumarasamy a/l Naciappan v The New Straits Times Press (M) Bhd [2013] 7 MLJ 361 telah diputuskan;
[36] An action for defamation is essentially intended to indicate the plaintiff's reputation and to compensate him for any harm done. Damages are the primary remedy by which such ends are met. Since a person's reputation has no actual cash value the court will estimate the extent of the harm in the light of all the circumstances.
Jadi hati-hatilah... Walaupun kita seorang MP yang mungkin banyak duit...
SOAL JAWAB POLITIK PERLEMBAGAAN
Mohd Fairul Al Qasas
1. Apakah kerajaan sekarang mengikut perlembagaan? Tanya sahabat kepada saya. Biasa untuk saya jadi rujukan kes-kes politik bagi sahabat yang kenal sejak sekolah.
Jawapannya ya.
Sebab perlembagaan tidak menghalang ahli-ahli parlimen dari blok berbeza untuk berpakat menubuhkan kerajaan baru.
2. Adakah YDPA telah buat keputusan yang betul?
Jawapannya juga ya.
Perlembagaan telah memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik PM yang dipercayai mendapat sokongan majaroti AP.
Atas budi bicara baginda, TSMY telah dipilih.
Baginda telah jalankan pemilihan dengan teliti, itu semua budi bicara baginda termasuk membuat mesyuarat MRR, walaupun ia bukan kehendak perlembagaan.
3. Adakah benar YDPA pilih kerana TSMY dapat sokongan majaroti Melayu /Bumiputera?
Kurang pasti. Tetapi jika benar pun, itu adalah perlu kerana adalah satu tanggungjawab YDPA untuk memastikan hak-hak Melayu Bumiputera terjamin.
4. Adakah TSMY sebenarnya tiada jumlah kerusi yang cukup?
Kurang pasti. YDPA sendiri menggunakan perkataan 'mungkin'. Walau bagaimanapun, seseorang yang menjadi PM cenderung untuk menerima sokongan. Seseorang PM yang bijak juga akan dapat sokongan yang mencukupi.
5. Adakah usul tidak percaya pada PM menghina YDPA?
Tidak. Perlembagaan beri kuasa kepada parlimen untuk buat usul tidak percaya kepada PM. PM perlu berusaha untuk buktikan yang dia disokong oleh majaroti AP.
Berdasarkan kabinet yang diumumkan, TSMY mungkin telah mendapat kepercayaan majaroti.
6. Kenapa PH bantah?
Dari segi moral demokrasi, PH adalah parti yang memenangi Pilihanraya. Jadi sepatutnya Pertukaran PM dan pembentukan kerajaan itu adalah dari PH. Itu lah MANDAT yang PH pegang untuk tempoh 5 tahun.
7. Apakah tanpa MANDAT kerajaan sekarang tidak sah?
Sah dari segi undang-undang dan perlembagaan. Cuma tidak disisi moral dan mungkin agama.
8. Bagaimana nak elak dari berlaku begini?
Kes ini telah menunjukkan bahawa ada kelompongan undang-undang. Satu undang-undang baru perlu wujud untuk elak perkara begini berlaku. Tapi tetap ada pro kontra.
Dan kena fikir juga soal kebebasan ahli dewan untuk mengundi.
*nota tambahan.
Syukur kerana PH mampu berkerajaan selama 22 bulan. Bayangkan jika sehari selepas PRU14, geng Azmin kianat. Tentunya Rakyat tiada pengalaman dengan PH, penjawat awam tidak dapat bezakan menteri PH dengan BN/PN dan PH tiada pengalaman memerintah.
InsyaAllah jika usul di parlimen gagal nanti, teruskan bekerja untuk PRU15. Capai kemenangan lebih besar. InsyaAllah.
Jika PN berkuasa sampai habis penggal, mareka jadi kerajaan lebih lama dari PH. Banyak tanggungjawab yang perlu mereka jalankan. Kita tengok lah mcmana nanti.
PAS ambil ‘political mileage’ ketika banjir
INI SEBAB TIDAK SERAH BANTUAN KPD WAKIL RAKYAT
Menurut ceritanya bantuan makanan yg dihulurkan dicatu. Di mana makanan yg telah di pack oleh Khairul Aming telah direpacking semula. Ia dilihat tidak amanah ke atas amanah yg diberikan.
Sebelum ini bantuan daripada JKM telah direpack ke dlm plastik berlogo PAS. Dlm keadaan banjir pemimpin mereka sibuk ke KL pula.
Yg berada kawasan sibuk ambil kesempatan bantuan diletakkan logo PAS kononnya bantuan dari mereka. Malulah pada Kharul Aming yg dia berikan kos berpuluh ribu tak letak sticker wajah atau nama dia… itu baru namanya ikhlas.
Kdg2 kesian dkt penyokong atau pengundi mereka. Waktu nak piliharanya mereka terpaksa keluarkan duit utk derma atas nama jihad. Bila mereka susah pemimpin tak boleh memberi bantuan ringankan beban mereka.
Inilah antara sebabnya kerajaan pusat tidak mahu hulurkan peruntukan Parlimen kpd mereka seperti dibisingkan Wan Fayhsal utk terus disalurkan terus kpd rakyat di Parlimen masing2.
Takut RM 3 juta, bantuan hanya sedikit yg sampai kpd rakyat tapi yg nampak wakil rakyat tukar kereta dan bercuti ke luar negara.
Lagipun bila wang peruntukkan Parlimen mahu diberikan, mereka sendiri menolak utk bekerjasama dgn kerajaan hanya kerana takut mahu istihar harta.
Apa ditakutkan sgt utk istihar harta kita pun tidak faham. Kes ‘repack’ semula makanan mcm tak masuk akal dibuat oleh parti yg mengaku pejuangkan Islam. Kalau tgk serban jubah mesti kita rasa mereka terpaling amanah… tapi perangai lebih teruk dari penyamun.
MENGKRITIK BOLEH. JANGAN MAKI HAMUN DAN GUNA PULA ISU AGAMA DAN RAJA.
TAHNIAH HASSAN KARIM…
1 December 2024
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
“MPP ada membincangkan isu laporan disiplin terhadap Hassan dan diputuskan tiada tindakan lanjut diambil terhadapnya,” kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
Pada 21 November lalu, Hassan mengesahkan beliau akan mengadap Lembaga Disiplin parti berhubung kenyatannya mengkritik keputusan kerajaan melantik U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua.
Beliau dilaporkan berdepan dua pertuduhan – pertama, mengaitkan pemberian kontrak itu dengan amalan kroni kapitalisme oleh kerajaan madani serta Perdana Menteri dan kedua, menghina Yang Di-Pertuan Agong yang turut memiliki saham dalam syarikat U Mobile itu.
Tindakan Hassan membuat kenyataan terbuka berkenaan pemberian kontrak itu dianggap telah merosakkan imej parti dan mencemar nama kerajaan madani serta Perdana Menteri.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, terdapat aduan daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sendiri terhadap Hassan yang menyebabkannya dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.
Beliau berkata, aduan itu disampaikan sendiri oleh pengadu berkenaan kepadanya.
“Oleh itu, saya telah memajukannya kepada Lembaga Disiplin supaya perkara berkenaan dapat disiasat,” ujar Fuziah tanpa mendedahkan identiti pengadu berkenaan.
Selepas dipanggil mengadap Lembaga Disiplin PKR pada 21 November lalu, Hassan ada memberitahu, beliau mungkin berdepan tiga tindakan – diberi amaran keras, digantung keahlian atau dipecat.
Namun Hassan bertegas tidak akan membuat sebarang rayuan, walau apa pun jenis hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Adalah difahamkan Lembaga Disiplin PKR dikatakan telah mencadangkan suatu tindakan diambil terhadap Hassan kerana kritikannya kepada Anwar itu sudah kerap kali dilakukan.
Tindakan yang dicadangkan itu adalah sebagai pengajaran kepada Hassan dan juga kepada mereka yang lain.
Namun, nampaknya Anwar yang mempengerusikan MPP semalam tidak mengambil serius syor Lembaga Disiplin itu, lalu beliau akhirnya dibebaskan daripada sebarang tindakan.
Hassan merupakan satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang berani dan konsisten mengkritik Anwar dalam beberapa perkara berkaitan keputusan kerajaan sejak Presiden PKR itu memegang jawatan Perdana Menteri.
Suatu ketika beliau sendiri mendedahkan telah dihubungi oleh Anwar yang memberi lampu hijau kepadanya untuk terus bersuara mengkritik kerajaan, asalkan jangan menyentuh isu 3R.
Tetapi kata Hassan, beliau kadang-kala terlanggar juga pesanan Anwar itu.
Melalui keputusan MPP semalam, Hassan bukan saja boleh menarik nafas lega, bahkan membuktikan kritikannya di mata Anwar adalah kritikan yang membina, bukan untuk membinasa.
Semoga beliau terus berani bersuara dalam isu-isu yang Ahli Parlimen PKR/PH lainnya lebih suka memilih jalan menyokong apa saja atau selesa berdiam diri seolah-olah hati nurani mereka tidak tersentuh apa-apa.
Tahniah dan syabas kepada Hassan kerana jalannya yang berbeza tapi jiwanya kekal sama kritikal seperti dulu. – ShahbudinHusin 01Disember2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/12/tahniah-hassan-karim/
PARTI KERAJAAN PUN NDAK JUGA 1 JUTA.
Che Ibrahim
Ambo sebagai Ketua Parti dalam Kerajaan Perpaduan pun minta rm1 juta untuk bantu mangsa banjir kawasan ambo, takkan pembangkang jah yang mahu.
PENGASAS VIVY AKAN DIDAKWA KHAMIS INI
Pengasas platform e-dagang, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Khamis ini.
NAK SAMPAI 1 JUTA NAK BUAT APA
Bantuan kepada mangsa banjir akan diselaraskan denygan data yang dikumpul melalui JKM dan MKN kerana merekalah yang terlibat secara langsung dari pembukaan PPS, SAR dan pengagihan bantuan makanan..
YB PN nak RM1juta untuk apa.?
JANGAN MAKI HAMUN
Najib Bakar
Aku sangat bersetuju dengan komen daripada Syamimi Tzf ni. Raikan perbezaan pendapat.
Bukan kita saja yang betul semua, bukan kita saja yang pandai semua.
Kebanyakan takut jadi palatao saja.
Kau tak setuju dengan aku? Silakan komen. Aku tak pernah block orang.
Setidaknya boleh muhasabah diri sendiri.
Ok dah, tutup buku.
Hati-hati semua kawan-kawan di Pantai Timur. Hujan dah mula turun semula.
Stay safe!
LUPA KAH KERAJAAN 33 BULAN.?
W. Faudzin
Elehh..tiba2 je ramai lebai yang prihatin kat murid2 sekolah yang ambil SPM walhal 99% semua dapat hadir ambil periksa. Era mereka kerajaan 33 bulan dulu, budak2 ni langsung tak dapat belajar di sekolah, guna online je sbb korang gagal urus Covid dengan baik. Lepas tu korang bekalkan tablet murah, tiada kualiti. Lupa ke ?
HARAP JAIPK AMBIL TINDAKAN ATAU NASIHAT TERHADAP SEORANG KAKITANGANNYA BERNAMA ADE REZA JR KERANA MEMAKI HAMUN KERAJAAN.
Menteri Pemimpin Melayu Bangsat..!!????
Subuh ini saya dikongsikan tangkap layar daripada seorang sahabat berkaitan posting FB pemilik akaun Ade Reza Jr.
@ade Reza Jr merupakan seorang ustaz dan juga penjawat awam negeri Perak yg bertugas di JAIPK. Mungkin bahagian pengurusan masjid.
Komen hamburan caci nista kepada YBM KPM kerana isu ujian lisan SPM di musim banjir. Bagaimana seorang ustaz yang sepatutnya membawa mesej yang baik dan menjaga pertuturan tergelincir sejauh ini dengan kata makian yang sangat tajam.
Bahasa yg digunakan jelas menyalahi etika seorang penjawat awam apatah lagi membawa nama seorang ustaz.
Saya mohon agar Pengarah JAIPK Ybhg Dato Harith Fadzilah mengambil tindakan sewajarnya kepada staf JAIPK ini.
Jika ada ruang masa, saya akan jumpa secara peribadi dengan beliau untuk berukhuwah dan bertanya apa maksud MELAYU BANGSAT…?
#NegaraRahmah
KONVENSYEN NUNJI 2024
Sebagai penutup tirai 2024, Akademi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) akan menganjurkan Konvensyen NUNJI 2024 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh :
14 Disember 2024 (Sabtu)
Masa :
8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat :
AnCasa Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Yuran :
RM30
NUNJI merupakan platform untuk membekalkan kefahaman Islam dan kenegaraan bersandarkan kepada Maqasid Syariah dan prinsip Islam Rahmatan Lil 'Alamin.
Konvensyen NUNJI 2024 kali ini mengangkat tema "ANCAMAN EKSTREMISME, BUDAYA GHULUW DAN TERORISME ERA MADANI" dan bakal menampilkan beberapa tokoh ilmuwan Islam yang akan mengupas idea-idea baharu melalui pembentangan berkaitan tema ini.
Jangan lepaskan peluang, daftar segera melalui pautan https://forms.gle/zwGMr3UKYpo44Ckd9 atau hubungi pihak urusetia di nombor telefon 0133643345
Penyertaan adalah terhad!
Jumpa di sana!
#NUNJI2024
#AkademiNUNJI
#MaqasidSyariah
#RahmatanLil'Alamin
AMANAH TEMERLOH BANTU MASYARAKAT
AMANAH TEMERLOH
Cik Sazwani Hermin,Ketua Warda Temerloh menyerahkan sumbangam pek makanan di Taman Temerloh Jaya.Turut serta Nor Syahira Idris, Setiausaha Warda Temerloh.
Walaupun usia Warda Temerloh masih muda,semangat dan kerajinan mereka bagi bersama-sama terlibat membantu masyarakat perlu dicontohi oleh ahli parti.
#wardatemerloh
#pedulitemerloh
#AmanahProgresifPeduli
WALAUN CATU BEKALAN ORANG LAIN HANTAR
Mat Man
Nasihat serius untuk adik Khairul Aming (KA)
Abe Man sebagai ore kelate sangat bangga dengan adik KA yang bersungguh membantu mangsa banjir di negeri kita yang tercinta ini.
Adik KA memang salah satu permata Kelantan yang sangat berharga.
Namun apa yang berlaku, insiden di mana bantuan-bantuan dari adik KA ditukar kepada plastik logo parti, dicatu, disorok, diasingkan, dikurangkan, dan sebagainya, memang amat mendukacitakan.
Abe Man sendiri ada pengalaman yang sama masa banjir besar tahun 10 tahun dulu, masa tu Abe Man masih half human half walaun, kawasan rumah Abe Man memang nat nat tahun naik banjir sejak kecil, jadi banjir ni memang jadi rutin tahunan bagi Abe Man.
Abe Man masa tu ada terlibat secara langsung dengan satu NGO membantu mangsa banjir. Teringat masa Abe Man nak gi hantar bantuan ke satu PPS, team Abe Man disekat oleh seorang 'ustaz' yang pakai vest logo PAS.
Team Abe Aman disoal siasat macam penjenayah, tanya datang dari mana, jadi wakil siapa, datang bawa apa, banyak mana dan sebagainya. Leader masa tu mohon masuk nak beri bantuan secara terus kepada mangsa banjir, sambil nak ambil gambar untuk buat laporan, tapi 'ustaz' tu tak bagi sebab 'protokol' katanya masa tu. Last-last barang bantuan team Abe Man terpaksa diletakkan di pintu masuk PPS, dan puak 'ustaz' tu yang usung masuk ke dalam.
Dan seperti biasa bila kita berbual dengan mangsa banjir di PPS, memang makanan dicatu oleh puak 'ustaz' tu, dan kesemua bantuan diberi dalam 'supik logo PAS'. Bahkan ada bantuan dari kerajaan/NGO, tapi dilonggokkan di rumah 'penghulu PAS'. betapa teruknya perangai puak PAS ni.
Jesteru itu wahai adik KA, nasihat serius dari Abe Man kalu betul adik KA mahu terus membantu mangsa banjir pada masa akan datang, Abe Man nasihatkan janganlah bantu di Kelantan, tapi bantulah di negeri-negeri lain yang tidak diperintah oleh PAS.
Demi Tuhan, mereka akan lebih menghargai adik KA dan lebih bersikap jujur serta profesional. Serius ni.
We both love our Kelantan state, but not its government.
Apa-apa pun, Abe Man doakan agar adik KA dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dan dipermudahkan urusan dan cabaran mendatang.
Abe Man support adik KA, walaupun Abe Man tak pernah beli sambal adik KA sebab sambal isteri pertama Abe Man pun pandai buat sambal kalu beli nanti isteri pertama Abe Man ngepek pulop bakpo tak makan sambal dia buat.
Bagaikan bait-bait dalam lirik lagu dari band Coldplay yang kita berdua minat:
Where do we go nobody knows?
I've gotta say I'm on my way down
God give me style and give me grace
God put a smile upon my face
Where do we go to draw the line?
I've gotta say
I wasted all your time, honey honey
Where do I go to fall from grace?
God put a smile upon your face
Yeah
:)