BEBERAPA CERITA DALAM CERITA.


Gino Marvela. 


 Hampir sebulan tak berkarya, dok hadap rama-rama putih. Lani, ok sikit dah... Itulah masalahnya bila dah ok, dok pi sana sini sambung makan. Semalam masuk melaka, pi cari asam pedas. 😄


Sebulan lepaih, GM beritahu akan ada ada berita menarik pd minggu seterusnya. Dan pabila sahabat & kroni Mahathir itu meninggal di Asunta, rasa tak berapa baik/sesuai pula nak menulis.


Beberapa kebelakangan tahun lepas, kami dah jarang turun padang  utk membantu mangsa banjir dan pelbagai bantuan di lokasi2 seluruh Malaysia. Dan isu banjir baru-baru ini di catu dan tukar ke logo parti politik, bukan isu baru. Sewaktu puak lebai masih berada di dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu pun mmg dah buat perkara yg sama. Cuma kami biarkan saja kerna ia juga sedikit sebanyak membantu PR. 


Umno BN yg banyak buat hal begini. Malangnya, setelah tebuk atap berlaku...perangai jijik ni di sambung oleh puak lebai kelarah.


Utk makluman, parti bulan atau Pas ini hanya bergantung dahan saja. Hat mana kuat, itu yg depa pegang. Banyak cendekiawan dan usahawan yg menyokong pasti pas, ramai dah berhijrah. Kerna mereka merasakan sejak kehilangan arwah Nik Aziz, parti itu tersasar dari landasan yg mereka sendiri bina.


Isu gelagat banjir, isu perkauman, isu kementerian pendidikan yg menyentuh peperiksaan di kala banjir serta penghapusan UPSR & PMR...kami tersenyum melihat telatah masing2. 😊


Dan isu kununnya pelaburan di Kedah sengaja di gagalkan atas konspirasi politik, memang kami tersenyum melihat telatah Sanusi. 


Buat makluman kalian, sejak tertegaknya "kerajaan tebuk atap" tanpa mandat rakyat, memang ramai pelabur asing yg menyatakan tarik diri umpamanya di Langkawi, Kulim dan banyak tempat lg.


Sanusi dakwa, ada perancangan besar gagalkan pelaburan swasta di Kedah. Jawapan GM, khaktuih!!!


Isu projek Langkasuka di Langkawi yg melibatkan pelabur swasta Bin Zayed ini memang dah lama nyatakan hasrat nak tarik diri kpd kami. Isu utamanya ialah setiap kali berlaku pertukaran kerajaan yg melibatkan kerajaan di perintah oleh Pas, tiap kali itulah berlaku pertukaran "rules & regulations". Tambah lagi, mereka juga tidak punyai dana yg mencukupi...bergantung juga kepada pelabur yg bersama dgn Bin Zayed.


Maknanya, pelabur_pelabur ini amat runsing & takut jika pemerintah di sesuatu tempat adalah dari kalangan parti yg di anggap sbg puak pelampau ugama. Kerna mereka pihak pelabur asing ini dah melihat keadaan kerajaan tebuk atap yg di tutupi dgn candu ugama manakala di belakangnya penuh dgn kekotoran.


Buat makluman kalian, sdra Anwar Ibrahim aka PMX ini di lantik sebagai PM pada tarikh 24.11.2022. Bin Zayed tarik diri pada awal 2022 lagi. Anihnya, MB Kedah ini dalam videonya kata projek Langkasuka Langkawi dah jalan Fasa 2, sedangkan projek ini tergendala ketika Fasa 1 baru nak bermula. 


Memang pemuhong besaq si tokong bulat hitam nih. Tetapi bagaimana pula situasinya di Kelantan di mana pelabur asing  mampu utk berada di sana ?


Sebabnya, pihak pelabur ini mencari bahan galian & pengusaan kepada tanah galian. Kes durian Musang King, berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang + hampir 3800 hektar carigali emas di Kelantan.


Paling menarik, sektor pelaburan di Kelantan ini majoritinya import pekerja dari Tanah Besar berbanding beri pekerjaan rakyat di sana. 


Apabila kita sebut isu cari gali emas, pihak pelabur dari Singapore yg terkait kepada Blackrock ini menyasarkan 6-12 kilogram sebulan ekstrak emas. Persoalannya, berapa pula hasil galian emas yg masuk ke kantung kerajaan negeri ? 


Itu baru kontrak baru...sejak 90 an lagi carigali emas dah di jalankan di Kelantan. Sekali lagi, berapakah jumlah hasil galian yg masuk ke poket kerajaan negeri berbanding keuntungan ratusan juta hingga berbilion sykt swasta menikmati hasil ?


Haaa...ha!!! Awat senyap ? 😆


Ok, done utk harini. Nak cari nasi lemak sat...nanti GM sambung.