Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini panas isu murtad yang dibangkitkan oleh YB Tuan Mohd Fadzli Mohd Ramly ADUN Lantikan yang kesal dengan tindakan ADUN PAS Jengka YB Shahril Azman Abdul Halim . Isu murtad ini dibangkitkan ketika beliau mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Pahang yang sedang berlangsung .
Sekalipun ADUN PAS Jengka bangun memberikan penjelasan dengan menganggap YB Tuan Mohd Fadzli Mohd Ramly sebagai dahulunya rakan lama dalam PAS tetapi kini menyertai parti Amanah sebagai 'murtad' sebagai gurauan tetapi ianya tidak dapat diterima oleh YB Tuan Mohd Fadzli Mohd Ramly.
Masyarakat boleh melihat dengan jelas apabila pegangan politik dijadikan alasan untuk memurtadkan orang lain atau mengkafirkan orang lain. Soal Aqidah bukan soal boleh dibuat bahan gurauan, ada seribu satu cara untuk bergurau tetapi bukan soal aqidah seseorang.
Bila agama menjadi tunggangan politik, segala bentuk hukum hakam akan terarah kepada kepentingan politik serta berubah ubah mengikut selera politik.
Jauhi penunggang agama.
Sumber Video
Dewan undangan Negeri Pahang