SOAL JAWAB POLITIK PERLEMBAGAAN

 

Mohd Fairul Al Qasas



1. Apakah kerajaan sekarang mengikut perlembagaan? Tanya sahabat kepada saya. Biasa untuk saya jadi rujukan kes-kes politik bagi sahabat yang kenal sejak sekolah. 


Jawapannya ya.

Sebab perlembagaan tidak menghalang ahli-ahli parlimen dari blok berbeza untuk berpakat menubuhkan kerajaan baru. 


2. Adakah YDPA telah buat keputusan yang betul?


Jawapannya juga ya.


Perlembagaan telah memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik PM yang dipercayai mendapat sokongan majaroti AP. 


Atas budi bicara baginda, TSMY telah dipilih.


Baginda telah jalankan pemilihan dengan teliti, itu semua budi bicara baginda termasuk membuat mesyuarat MRR, walaupun ia bukan kehendak perlembagaan. 


3. Adakah benar YDPA pilih kerana TSMY dapat sokongan majaroti Melayu /Bumiputera?


Kurang pasti. Tetapi jika benar pun, itu adalah perlu kerana adalah satu tanggungjawab YDPA untuk memastikan hak-hak Melayu Bumiputera terjamin.


4. Adakah TSMY sebenarnya tiada jumlah kerusi yang cukup?


Kurang pasti. YDPA sendiri menggunakan perkataan 'mungkin'. Walau bagaimanapun, seseorang yang menjadi PM cenderung untuk menerima sokongan. Seseorang PM yang bijak juga akan dapat sokongan yang mencukupi.


5. Adakah usul tidak percaya pada PM menghina YDPA?


Tidak. Perlembagaan beri kuasa kepada parlimen untuk buat usul tidak percaya kepada PM. PM perlu berusaha untuk buktikan yang dia disokong oleh majaroti AP.


Berdasarkan kabinet yang diumumkan, TSMY mungkin telah mendapat kepercayaan majaroti. 


6. Kenapa PH bantah?

Dari segi moral demokrasi, PH adalah parti yang memenangi Pilihanraya. Jadi sepatutnya Pertukaran PM dan pembentukan kerajaan itu adalah dari PH. Itu lah MANDAT yang PH pegang untuk tempoh 5 tahun.


7. Apakah tanpa MANDAT kerajaan sekarang tidak sah?


Sah dari segi undang-undang dan perlembagaan. Cuma tidak disisi moral dan mungkin agama.


8. Bagaimana nak elak dari berlaku begini?


Kes ini telah menunjukkan bahawa ada kelompongan undang-undang. Satu undang-undang baru perlu wujud untuk elak perkara begini berlaku. Tapi tetap ada pro kontra.


Dan kena fikir juga soal kebebasan ahli dewan untuk mengundi.


*nota tambahan.

Syukur kerana PH mampu berkerajaan selama 22 bulan. Bayangkan jika sehari selepas PRU14, geng Azmin kianat. Tentunya Rakyat tiada pengalaman dengan PH, penjawat awam tidak dapat bezakan menteri PH dengan BN/PN dan PH tiada pengalaman memerintah.


InsyaAllah jika usul di parlimen gagal nanti, teruskan bekerja untuk PRU15. Capai kemenangan lebih besar. InsyaAllah.


Jika PN berkuasa sampai habis penggal, mareka jadi kerajaan lebih lama dari PH. Banyak tanggungjawab yang perlu mereka jalankan. Kita tengok lah mcmana nanti.