NAJIB RELAX

PAS ramal negara bakal berdepan defisit berkembar

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan ‘defisit berkembar’ sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan ‘defisit berkembar’ sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014

.Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan "defisit berkembar" sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan sekaligus menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang ringgit, lapor akhbar Harakah.

Menyifatkan 2015 "tahun sengsara" bagi rakyat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan Malaysia antara negara paling terkesan kerana merupakan satu-satunya negara pengeksport minyak di Asia Tenggara.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata, krisis itu mengakibatkan impak yang besar terhadap pendapatan hasil negara, terutama dari konteks penentuan imbangan dagangan dan juga kesan kepada "akaun semasa" yang ditentukan faktor import dan eksport.


"Ini ia akan menyebabkan lebihan 'akaun semasa' menjadi menipis sehingga berlakunya defisit sekali lagi, sekaligus tercetuslah fenomena defisit berkembar, yakni fiskal dan akaun semasa.
  "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak peduli rakyat tetapi sangat takut kepada agensi penarafan seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard and Poor.

"Kalau defisit berkembar berlaku, berat kesannya kepada negara, daripada segi  peesepsi pihak pelabur dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon," katanya dalam satu wawacara dengan akhbar tersebut.

Beliau menjangkakan buat masa ini negara bakal kehilangan pendapatan menerusi hasil minyak dan gas sekurang-kurangnya antara US$25 hingga US$30 bilion (RM104.7 bilion).

"Ini kerana kejatuhan harga minyak mentah berkurangan lebih 40% pada harga US$60 setong berbanding ketika pengumuman Bajet 2015 apabila meramalkan harga minyak dunia pada paras US$105 setong," katanya dalam wawancara itu.

Dzulkefly berkata, rakyat sudah tentu yang paling terkesan apabila penurunan mata wang menyaksikan kuasa membeli mereka berkurangan, tambahan pula dengan gaji yang tidak naik termasuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak.

"Dengan gaji tidak naik, rakyat pastinya ketika itu akan mengalami inflasi yang sangat-sangat parah. Kita boleh gambarkan seperti ini.

"Penurunan mata wang ringgit ke paras 10% menjadi barang import akan naik 10% juga. Barang yang dulunya kita beli RM100 menggunakan dollar sekarang akan menjadi lebih mahal dan perlu dibayar dengan harga RM110.

"Akhirnya pengimport akan memindahkan kosnya kepada pengguna kerana mereka mahu mengekalkan margin keuntungan mereka," katanya.

Beliau berkata, meskipun negara berdepan kehilangan hasil minyak, beban itu sedikit sebanyak berkurangan dengan penghapusan subsidi bahan bakar yang memberikan penjimatan kepada kerajaan sekitar RM11 bilion hingga RM13 bilion.

"Dengan kata lain, kita masih kekurangan dalam lingkungan RM15 bilion. Bagaimana Najib dan Kabinet mahu atasi?

"Bagi saya yang perlu dilakukan kerajaan ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat untuk menerangkan kedudukan sebenarnya.

“Kalau perlu, dibentangkan kembali dalam satu sidang Parlimen khas bagaimana kerajaan akan mengatasi ‘defisit hasil’ ini," katanya.

Katanya, penting bagi Putrajaya bersikap telus dalam menguruskan peruntukan bajet agar perbelanjaaan berhemah dapat dilakukan tanpa memberi beban yang besar kepada rakyat.

"Setiap kementerian, khasnya Jabatan Perdana Menteri yang mendapat peruntukan bajet RM19 bilion, mesti menyatakan bagaimana mereka akan lakukan ‘penjimatan dan perbelanjaan berhemah’ atau langkah ‘austerity’ dengan tidak pula menyuruh rakyat 'ikat perut'."


Dzulkefly berkata, rakyat perlu berbelanja bagi menjana ‘permintaan’ isirumah dan memacu pertumbuhan. – 19 Disember, 2014.


BAB BELAS KASIHAN DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN


PANDUAN HIDUP, PEREMPUAN YENGKEE PENCABUL , RUMAH SEMPIT DAN JAHAT TETANGGA

JIKA SANGKUT TOLAK KEHADAPAN UNTUK MENONTON SETERUSNYA



Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Kali Terakhir Semak 2005!

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Kali Terakhir Semak 2005!


Imbuhan Tetap Perumahan


Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Boleh Tetapi Bersyarat! : 

Jikalau dibandingkan dengan pembayaran bonus 2014 yang akan dibayar Januari 2015 ini, kalangan penjawat awam telah mengimpikan agar kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam dilakukan dengan kadar segera. Setuju?
Masakan tidak, kali terkahir semakan kenaikan kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) kali terakhir dilakukan pada tahun 2015. yang mana :

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam VS Kenaikan 2015?

  • Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 44 adalah kepada RM210.00 sebulan
  • Manakala kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 adalah RM180
Sekarang ini sudah pun menuju ke akhir tahun 2014, dan bakal menginjak ke tahun 2015 tidak lama sahaja lagi. Kadar elaun yang diberikan “tetap utuh dan masih tidak berganjak” setelah sekian lama…..
  • Pada ketika itu harga rumah berapa?
  • Sekarang pula harga rumah berapa kali kenaikan?
  • Bagaimana pula sewa di bandar-bandar besar?
  • Masih relevankah dengan kos sara hidup sekarang ini?
KLIK SINI : Trend Kenaikan Harga Rumah di Malaysia Berjaya Menewaskan Negara Maju Lain (UK, Singapura & UK)! Pemaju Hartanah di Malaysia Paling Beruntung!
Berita terkini dan terbaru Berita Semasa semak dari persdidangan Dewan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan melakukan semakan kenaikan Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan kerajaan dengan bersyarat :
  • Syaratnya, jikalau dana dan kewangan kerajaan Malaysia berada dalam keadaan stabil
Insyaallah….Mudahan-mudahan dipermudahkan harapan besar 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia sekarang ini. Amin
Berita Semasa tidaklah mengatakan yang mana kerajaan malaysia mesti menampung kos sewa dan tempat tinggal kakitangan kerajaan sehingga 100%. Tidak begitu. tetapi sekurang-kurangnya biarlah angka itu munasabah dan relevan pada hari ini. Anda semak pada tahun 2005 yang pada ketika harga rumah masih lagi “aman-aman sahaja” masih lagi stabil. Sedangkan realitinya kenaikan harga rumah dan kadar sewa mula melonjak tinggi sejak tahun 2009 sehinggalah sekarang. Munasabahkah kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam?
BERITA BERKAITAN : Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?
Diharapkan kerajaan Malaysia & JPA pertimbangkan juga kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) mengikut lokasi.
P/S : Dalam realiti dan cabaran hidup sekarang, prihatin sahaja tidak cukup. Yang penting tindakan dan prestasi. 1.4 juta kakitangan awam sedang daripada jauh dan dekat menilai prestasi anda sekarang ini. Buktikan…
Di bawah ini pekeliling kenaikan kadar elaun rumah yang JPA  semak sekitar 9 tahun lepas….

DOKTOR YANG TAKSUB DENGAN Umnoooo


 http://youtu.be/VJaQKzhGp_w-ustz azhar











Anak seorang peniaga sayur pun mendapat 5A..anak seorang imam dan bilal pun mendapat 5A...bukan kerana jasa Umno pun.. habis anak anak cina anak india tak kerana jasa Umno pun boleh dapat 5a..Kalau setakat nak kata anak anak dapat 5a ....





Jadi pemimpin ni kena cerdik sikit...betoi la hang jadi doktor pakar..itu dalam bidang hang..orang lain menjadi pakar dalam bidang masing masing. Jadi apa kena mengena dengan Umno pulak yangbagi hang ngan anak hang makan nasi?  akai ada ka?

Nak bagitau hang juga..kalau hang tak ajaq anak hang masakan nak dapat 5 a...tentu cikgu cikgu yang pakar juga mengajar anak hang.So  apa yang hang nak bagi tau kat perhimpunan ni bahawa anak hang cerdik sebab hang sokong Umno la ya??? Kalau tak sokong Umno anak tak dapat 5 a la ya...anak seorang jaga pun boleh dapat 5 a..anak seorang gurujuga mampu mendapat 5a..anak seorang peniaga juga mampu mendapat 5a...bukan sebab Umno, tetapi anugerah Tuhan , rezeki yang diberikan Tuhan...bukan Umno bagi rezeki...hang silap...