TUBUH SEKRETARIAT PH SELANGOR JIKA AZMIN IKHLAS – GAH

AZMIN AKUR, PH PUTUS HUBUNGAN DENGAN PAS

KERAJAAN KUTIP CUKAI LEBIH DARIPADA SEPATUTNYA – RAFIZI

DALAM PKR BEZA PENDAPAT TAK DIPECAT, DITUDUH KAFIR – RAFIZI

KERJASAMA PAS – UMNO: MT BERI MANDAT PADA NAJIB BUAT KEPUTUSAN

DAPSY Selangor sokong keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan


KUALA LUMPUR, 29 OGOS: DAPSY Selangor menyambut baik dan menyokong penuh pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut ketuanya, Teh Hoong Keat, keputusan yang diputuskan HARAPAN itu penting memandangkan PAS jelas menjadi proksi kepada UMNO apabila sanggup mewujudkan pertembungan tiga penjuru.
“Sesungguhnya rakyat mempunyai pilihan yang amat jelas dalam pilihan raya umum akan datang iaitu menyokong penuh semua parti yang bersatu di bawah payung Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim serta Dr Mahathir.
“Rakyat seharusnya tegas menolak segala blok politik yang membantu UMNO BN dalam mewujudkan pertarungan tiga penjuru.
“Sekiranya pihak tertentu terus menguar-uarkan untuk terus bekerjasama dengan PAS yang jelas merupakan proksi UMNO, maka pihak tersebut seharusnya memilih untuk keluar daripada Pakatan Harapan dan berpeluk dengan PAS UMNO.
“Janganlah sebab nila setitik dan rosaknya susu sebelanga,” katanya.
Beliau berkata, pendirian PAS dibawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jauh berbeza dengan kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang lantang membantah kerjasama PAS dan UMNO.
“PAS di bawah pimpinan Datusk Seri Hadi bukan sahaja tidak terus melawan rejim UMNO yang tidak membela nasib rakyat, malah telah semakin rapat dan berbaik-baik dengan rejim zalim tersebut.
“DAPSY Selangor mendukung pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan dan menyeru anak muda Selangor dan seluruh Malaysia untuk berjuang bersama HARAPAN demi menyelamatkan tanah air kita,” katanya lagi.

PH TOLAK PAS, GENG KARTEL ‘CHECKMATE’

PH SEMPURNAKAN PEMBAHAGIAN NEGERI MENGIKUT PARTI

PENDIRIAN FLIP FLOP PAS TIADA TEMPAT DALAM PH

PAS mungkin gagal di Selangor, ramal penganalisis politik



 | August 29, 2017
Jika tidak berpakat dengan PH, parti Islam itu tidak mampu memenuhi ikrar menghalang
BN di Selangor.
faizal-selangor


PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata PAS tiada peluang menawan Selangor dalam
pilihan raya umum (PRU) ke-14 kerana keputusannya tidak mahu bersama pembangkang lain melawan Barisan Nasional (BN).
Mereka turut mempersoalkan jaminan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memastikan BN tidak menawan semula Selangor, dengan merujuk pecahan undi pembangkang jika PAS dan Pakatan Harapan (PH) bertanding sesama sendiri selain BN.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan terus mempertahankan negeri itu daripada
 Umno di samping bertanding di negeri yang mereka berjaya menang kerusi pada PRU ke-13.
Kenyataan itu di sebalik spekulasi rundingan peruntukan kerusi dengan PKR menjelang PRU.
Penganalisis politik, Dr Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata,
 mustahil PAS boleh menawan Selangor tanpa sokongan parti PH, lebih-lebih lagi sekutunya dahulu dengan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.
“Sebelum ini PAS mempunyai pakatan politik dengan mereka di mana itu memberi
 kelebihan memperoleh sokongan kaum Cina,” katanya, merujuk kepada gabungan
pembangkang
dahulu yang dibubarkan pada Jun 2015.
“Dulu, ianya satu strategi terbukti dan mereka berjaya beralih daripada sebuah parti
 daerah kepada parti nasional kerana ideologi mereka merentasi agama,” Faisal beritahu
FMT.
Beliau menambah, parti Islam itu kini dilihat sebagai “satu kaum”, maka tidak mampu
menawan Selangor yang mempunyai komposisi demografik yang pelbagai.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center,
 Ibrahim Suffian berkata, satu-satunya
 cara PAS mengalahkan BN di Selangor
 adalah untuk mengadakan pakatan
dengan parti lain, bukannya berlawan
sesama sendiri di kerusi masing-masing.
Beliau berkata, ini akan mengelakkan undian daripada pembangkang berpecah lalu memberi peluang kepada kemenangan BN.
“Contohnya, jika PAS meletakkan calon
pada kerusi PKR, penyokong di kawasan itu kemungkinan besar memilih PAS.
“Undian pembangkang akan terbahagi dan memberi kemenangan kepada BN
 memenangi negeri dengan undian populariti,” kata Ibrahim.
Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, kemenangan PAS
yang agak besar di Selangor pada PRU lepas bukan sahaja kerana jenteranya,
tetapi juga kerana sokongan DAP dan PKR.
“Ini kerana slogan mereka waktu itu, ‘PAS untuk semua’,” katanya.
Awang Azman menambah, pandangan Tuan Ibrahim membawa beban dan
 kepentingan besar kerana beliau dianggap pengganti Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PAS sudah menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor sejak PRU 2008
apabila menyertai pembangkang yang juga terdiri daripada PKR dan DAP, dan
menawan negeri itu daripada BN.
Kini, DAP mempunyai bilangan kerusi paling banyak iaitu 14, diikuti PKR (13)
 dan Amanah (2). Kedua-dua kerusi Amanah dimenangi calon yang bertanding
 di atas tiket PAS pada PRU 13.
Sementara itu, BN mempunyai 12 kerusi yang semuanya di bawah Umno,
manakala PAS mempunyai 13 kerusi. Dua kerusi dipegang calon bebas.
Pada 24 Ogos, PAS mengumumkan rancangan bertanding di 42 kerusi negeri
di Selangor, iaitu 2 kali ganda bilangan kerusi yang mereka bertanding pada PRU 13.

PH TOLAK RUNDINGAN KERJASAMA DENGAN PAS

PKR KINI PERLU SEIRING DENGAN PAKATAN HARAPAN DAN TIDAK PERLU LAGI TERUS MELAYAN PAS



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:

1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan

2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.


YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

29 Ogos 2017


Di atas adalah kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikeluarkan lewat malam tadi selepas mesyuarat diadakan yang antara lain membincangkan kewujudan pertembungan pemikiran dalam PKR tentang perlu atau tidaknya parti itu terus bekerjasama dengan Pas.

Satu pihak dikatakan masih mahu meneruskan kerjasama dengan Pas dengan tujuan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan bagi mempertahankan Selangor, sementara satu pihak lain, sesuai dengan Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR, merasakan tidak perlu lagi diwujudkan sebarang bentuk kerjasama dengan parti itu.

Keputusan Majlis Presiden malam tadi adalah pendirian paling jelas dan mudah difahami. Bermakna,  semua pemikiran dalam PKR perlu memahami dan menghormati keputusan tersebut. Mereka kini perlu bersatu dan bergerak seiring dengan pendirian rasmi Pakatan Harapan.

Tidak perlu dan tidak harus wujud lagi sebarang keinginan untuk terus bekerjasama dengan Pas selepas ini. Sebagaimana yang kerap ditulis dalam blog blog ini - lupakan Pas dan Pakatan Harapan perlu maju ke depan dengan keyakinan sendiri untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Dengan keputusan Majlis Presiden itu juga, jika Pakatan Harapan terus bergerak dengan kesepakatan yang jitu melalui gabungan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta Hindraf untuk menumbangkan UMNO dan BN, maka pengundi tidak lagi keliru atau terasa dipermain-mainkan dengan gambaran wujudnya ketidaktentuan dan tidak konsisten dalam pendirian perjuangan mereka.

Keputusan malam tadi dengan sendirinya bererti Pakatan Harapan menolak sebarang kajian atau dapatan bersifat akademik yang kononnya jika pertandingan tiga penjuru dapat dielakkan, tujuh negeri dalam genggaman dapat ditawan dan hasrat merampas Putrajaya lebih mudah lagi untuk dilaksanakan.

Hakikatnya, Pakatan Harapan, meskipun peluangnya mungkin tidak berapa baik, tetapi keyakinan baru melalui strategi yang sedang dirangka, harapan untuk menawan Putrajaya tetap ada.

Secara mudahnya, dalam dunia ini hanya ada dua pilihan saja - baik atau jahat, benar atau salah, keburukan atau kebaikan dan syurga atau neraka. 

Jika ada satu pihak  mahu menyelamatkan negara bertembung dengan pihak yang sedang membawa kemusnahan, patutkah ada pihak lain mahu berkecuali atau mengatakan mereka mahu mengalahkan kedua-dua pihak tersebut?

Yang berkecuali atau mengatakan mereka mahu mengalahkan kedua-dua pihak itu sebenarnya hanya mahu mengelakkan kekalahan kepada pihak yang sedang berkuasa dan tidak mahu pihak yang mahu mengambil alih kuasa daripada mencapai kemenangan.

Maka, bagaimana mungkin jika masih ada segelintir golongan dalam pihak yang ingin mengambil alih kuasa mahu terus bekerjasama dengan mereka yang kononnya mahu mengalahkan kedua-dua pihak itu sedangkan tujuan sebenar mereka ialah untuk menjadi pengacau  yang dengan sendirinya bermakna tidak mahu kuasa baru muncul sebagai pemenang?

Diharapkan, dengan keputusan malam tadi juga, segala kekeliruan dan kerumitan dalam PKR telah berakhir, malah parti itu tidak perlu lagi terus membincangkan perkara tersebut sama ada dalam Biro Politik, mesyuarat majlis pimpinan, kongres atau apa ruang sekali pun. (ShahbudinHusin 29/08/2017).

Tiada kerjasama Pakatan Harapan-Pas PRU14

Tiada kerjasama Pakatan Harapan-Pas PRU14

Logo Harapan
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menegaskan, gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya PH sedang merangka strategi bagi kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru.
Penegasan itu dibuat dalam satu kenyataan selepas Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad bermesyuaat lebih empat jam malam tadi.
Kenyataan dibuat atas nama Dr Mahathir, Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
Ia timbul apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali minggu lalu mengumumkan sedang ada usaha berbincang  dengan Pas secara tidak rasmi, sebagai persediaan PKR menghadapi PRU14. Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun menjelaskan, perbincangan dengan Pas itu tiada kaitan dengan PH sebaliknya atas inisiatif PKR sepenuhnya.
Berikutan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kelmarin mencadangkan parti itu mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan bagi memutuskan sama ada mereka perlu terus berunding dengan Pas atau tidak.
Beliau mendakwa, ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara menangani Pas.
Menurut beliau juga, secara rasionalnya, sebarang rundingan di antara PKR-Pas yang tidak melibatkan PH adalah satu usaha yang mustahil membuahkan hasil kerana PKR tidak boleh berunding bagi pihak Amanah dan Bersatu dalam keadaan sebahagian besar tuntutan Pas itu melibatkan Amanah, Bersatu dan DAP.
Rafizi hadir di mesyuarat malam tadi, bagaimanapun Azmin tidak kelihatan. ngan Pas secara tidak rasmi, sebagai persediaan PKR menghadapi PRU14



Kit Siang ramal HARAPAN bentuk kerajaan di Melaka


MELAKA, 28 OGOS: Peralihan 15 peratus undi Melayu dan lima peratus undi bukan Melayu di Melaka bakal memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) sekaligus membentuk pentadbiran baharu, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
“Jika ini berlaku, HARAPAN akan menang 17 daripada 28 kerusi negeri (DUN) dan mengambil alih pentadbiran kerajaan BN di Melaka,” katanya.
Bagaiamana pun, tugas merampas kerusi dari Barisan Nasional (BN) katanya bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan kerjasama padu semua pihak dalam HARAPAN.
“DAP akan mula bekerja dalam semangat mendiang Kerk Kim Hock, bekas setiausaha agung parti dan juga bekas Ahli Parlimen Kota Melaka,” katanya.
Menurut Kit Siang, cabaran demi cabaran dalam kepimpinan DAP Melaka sebelum ini tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak bekerjasama demi masa depan Melaka yang lebih baik dalam pilihan rara umum akan datang.
“Jika DAP Melaka tidak boleh bersatu dalam misi kita menumpaskan Najib dan kerajaan kleptokrasi dalam PRU14 ini, maka peluang berlakunya tsunami rakyat Malaysia sebanyak 15 dan 5 peratus semakin kecil.
“Tetapi, jika kita boleh membuka jalan dan bekerjasama dalam satu pasukan HARAPAN yang kukuh dan bersatu, kita pasti akan mewujudkan momentum tsunami politik di Melaka,” katanya lagi.
Dalam laporan sebelum ini, Kit Siang berkata peralihan 10 peratus undi Melayu dan 5 peratus undi bukan Melayu kepada HARAPAN mampu memberikan kemenangan kepada 113 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia dan mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang dan Selangor serta memenangi tiga buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak