MUSANG KING JATUH MENDADAK



 Perasan tak sekarang harga Musang King dah tak macam dulu? Boleh kata murah la.





Kalau dulu nak beli tu mesti fikir banyak kali tapi sekarang satu kilo dah boleh dapat bawah RM20.


Bagi yang selama ini teringin nak rasa isi Musang King sekarang lah masa paling sesuai.


Kenapa tiba-tiba harga Musang King jatuh mendadak?


1. Isu fenomena Tsunami Durian satu Malaysia


Rupanya tahun ni cuaca buat kejutan. Kalau dulu buah luruh ikut giliran negeri, kali ini dia turun serentak.


Pokok di Raub, Johor, Perak semua pakat menjadi sekali harung.


▶️ Pokok lama berbuah lebat

▶️ Pokok yang baru tanam 5-7 tahun lepas pun dah mula keluar hasil


Bila semua pokok bekerja serentak memang melimpah ruah lah buah kat pasaran.


2. China dah kurang memborong


Dulu harga Musang King ni kayangan sebab semua stok berebut nak hantar ke China. Tapi kali ini permintaan dari sana perlahan sikit. 


Mungkin sebab ekonomi sana pun tengah struggle jadi orang China pun dah mula berkira-kira nak beli.


Bila eksport tak laju stok tu pun balik semula ke pasaran tempatan. Maka bertepuk tanganlah rakyat Malaysia dapat makan durian Gred A yang sepatutnya naik kapal terbang tu.


3. FAMA terpaksa masuk campur selamatkan pekebun


Bila harga jatuh mendadak (ada gred yang jatuh sampai RM10-RM20), pekebun mula pening kepala sebab tak balik modal baja.


Di sini FAMA main peranan penting. FAMA turun padang borong buah-buah ni bukan untuk simpan saja-saja tapi sebagai langkah intervensi:


▶️ Tetapkan harga lantai supaya pekebun tak rugi teruk

▶️ Bawa masuk ke pusat pemprosesan

▶️ Tukar jadi pes durian, tempoyak & frozen untuk simpan lama


Kalau FAMA tak ambik tindakan lagi teruk harga boleh jatuh.


Inilah kita kata rezeki terpijak untuk rakyat marhaen


Kita kena faham Musang King murah ni bukan bermakna kualiti dia low class. Ia cuma hukum supply vs demand. Barang banyak, pembeli tetap sama harga mesti turun.


Campur pula dengan musim sekolah, ibu bapa banyak pakai duit untuk anak-anak jadi kuasa beli tu agak kurang.


Peniaga terpaksa buang harga janji barang jalan.


Kesimpulannya inilah masa kita rasa nikmat yang dulu orang kata hanya orang kaya boleh makan. Dah dapat bawah RM20 sekilo tu boleh lah kita serbu !!!