Che Ibrahim
4 LORIBELUM LAYAK?
Akhirnya Pas terpaksa mengkaji semula konsep kepimpinan ulama yang akhir akhir ini Pas sendiri menolaknya.
Bermula dgn perlantikan 3 orang MB (seorang telah kecundang) yg bukan ulama, kemudian mungkin akan diteruskan dlm PN.
Haji Hadi awal awal lagi menggugurkan dirinya sebagai calon Pengerusi PN, manakala Timbalannya TITM walaupun seorang ustaz, namanya tidak pernah disebut sebagai bakal Pengerusi PN, mungkin sebab belum bertaraf Tuan Guru wpun kelulusannya jauh lebih tinggi berbanding MP Jasin.
Peranan Majlis Syura Ulama Pas pula dah jadi hidup pun tidak mati pun tidak ( لا يحى ولا يموت ), cuma ada la sekali sekala Mursyidul Amnya bersuara, ahlinya ada seperti tiada.
Pas juga tidak pernah menamakan seorang ulama sebagai calon PM mereka sehingga ada dari kalangan pemimpin Pas yang merasakan dirinya ulama terpaksa mengaku dia layak jadi PM, malangnya Pas tidak pernah menamakan pemimpin ulama mereka sebagai bakal PM.


No comments:
Post a Comment