Pembelian kapal MPMS adalah antara agenda lawatan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim selama 3 hari ke Türkiye.
Antara atur cara lawatan PM ialah, termasuk penyerahan Surat Penerimaan (Letter of Acceptance - LoA) kapal MPMS.
InsyaAllah akan penambahan aset baharu untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi kenyataan apabila kerajaan bersetuju membeli kapal misi pelbagai guna (MPMS) kedua.
MPMS yang bersaiz sepanjang 99 meter boleh membawa 70 kru dibeli untuk memperkukuh keselamatan maritim negara, khususnya di Laut China Selatan.
Ini bagi menangani pencerobohan dan menyokong operasi pencarian serta penyelamat, dengan kemampuan membawa bot laju dan berfungsi sebagai pusat logistik.
Perkembangan baharu tentang perolehan aset APMM ini menarik perhatian dan dilihat sebagai sangat positif terhadap pembangunan agensi kawalan maritim tersebut.
MPMS akan menjadi aset utama APMM untuk meningkatkan keupayaan operasi maritim negara.
Perolehan kapal MPMS merupakan langkah strategik bagi memperkukuh keupayaan pertahanan dan penguatkuasaan maritim negara dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.
Kapal tersebut dilengkapi spesifikasi canggih mampu beroperasi selama 30 hari tanpa henti, selain lengkap dengan aset moden iaitu empat bot pemintas pantas (FIC) dan dua dron udara.
Kredit : Dagang News


No comments:
Post a Comment