YB Syahir komited bawa lebih banyak peruntukan untuk pembangunan Bachok
.
Ahli Parlimen Bachok YB Mohd Syahir Che Sulaiman menyatakan komitmennya untuk membawa lebih banyak peruntukan ke Bachok bagi memperkasakan pembangunan daerah itu, di samping memastikan momentum positif yang dicapai kini dapat diteruskan sepanjang tahun 2026.
.
Beliau berkata, usaha tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan bagi menambah baik prasarana, kemudahan asas dan sokongan kepada sektor-sektor utama di Bachok.
.
“Insya Allah di parlimen, saya akan usahakan supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Kementerian Pertanian, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menambah baik prasarana dan kemudahan,” katanya menerusi laman rasmi, hari ini.
.
Menurutnya, peruntukan itu penting bagi menyokong perkembangan Bachok yang kini semakin menjadi pilihan sebagai tuan rumah pelbagai acara pelancongan, kebudayaan, kesukanan dan pertanian di peringkat negeri mahupun antarabangsa.
.
*Berita penuh di ruangan komen






No comments:
Post a Comment