BENARKAH TUN MAHATHIR MAHU BAWA BERSATU BERGABUNG DENGAN UMNO?


Menjadi perbualan dan perbincangan yang makin melata ketika ini memperkatakan Tun Mahathir Mohamad dikatakan sedang berusaha untuk menyatukan Bersatu dengan UMNO.
Dikatakan penggabungan itu adalah pilihan yang akan membolehkan beliau dapat berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan lebih lama lagi.
Penggabungan dengan UMNO itu juga dengan sendirinya bermakna Tun Mahathir akan mengingkari janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan meninggalkan PH.
Berbeza jika terus bersama PH, Tun Mahathir tiada ada pilihan lain selain perlu melakukan penyerahan kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun atau selewat-lewatnya dua tahun setengah selepas memegang jawatan Perdana Menteri, beliau juga dilaporkan bimbang tentang nasib Bersatu selepas dirinya tidak lagi berada di puncak kuasa.
Bersama Bersatu yang akan dibawa bergabung dengan UMNO, turut serta ialah kumpulan pro Azmin Ali dalam PKR yang didakwa mengandungi antara 15 hingga 20 Ahli Parlimen.
Dengan sokongan UMNO dan Pas serta Sabah dan Sarawak yang turut menyokongnya, Tun Mahathir didakwa mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen untuk membolehkannya terus mengekalkan kuasa.
Yang akan ditinggalkan ialah kumpulan PKR yang pro Anwar dan juga DAP yang selepas ini akan bertukar menjadi pembangkang pula.
Pokok pangkal kepada semua ini ialah Tun Mahathir didakwa belum puas mahu berkuasa, meskipun ini adalah kali kedua beliau menjadi Perdana Menteri.
Tun Mahathir dikatakan mahu terus berkuasa sehingga habis penggal atau sehingga tibanya PRU15 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2023 tanpa perlu terikat untuk menyerahkan kuasa kepada sesiapa.
Begitulah lebih kurang jalinan cerita mengenai hasrat dan keinginan Tun Mahathir mahu membawa Bersatu bergabung dengan UMNO yang ditumbangkannya pada PRU14 yang lalu.
Benar atau tidak cerita ini atau sama ada ia mungkin berlaku atau sebaliknya belumlah dapat diketahui secara tepatnya, tetapi itulah cerita yang sedang berlegar-legar dan menjadi perbualan ramai ketika ini.
Dikatakan semua perancangan ini tidaklah mustahil bagi Tun Mahathir kerana terbukti sebelum ini, dalam mengejar kuasa, beliau boleh melakukan apa saja termasuk bekerjasama dengan DAP dan berbaik semula dengan Anwar yang pernah dipecat dan dipenjarakannya.
Khususnya dalam UMNO, cerita ini begitu berkembang pada waktu ini sehingga ramai yang memperkatakannya melalui tulisan dalam media sosial masing-masing.
Ada yang setuju dan ada juga yang membantah. Namun, walaupun jika perkara ini menjadi kenyataan akan membolehkan UMNO kembali menjadi kerajaan, ternampak ramai yang tidak bersetuju dengannya.
Bagi mereka, Tun Mahathir adalah musuh UMNO yang tidak boleh dimaafkan lagi berikutan tindakannya menghentam parti itu dan Najib Razak pada PRU lalu sehingga kecundang, walaupun realitinya UMNO itu ditubuhkan oleh beliau juga.
Lagi pula, kata yang tidak bersetuju itu, kerjasama UMNO dan Pas ketika ini sudah memberi harapan yang cukup cerah untuk parti itu kembali berkuasa dalam PRU15 akan datang.
Lalu, untuk apa UMNO bekerjasama dengan Bersatu yang tujuannya hanya membolehkan Tun Mahathir berkuasa dengan lebih lama lagi, tambah kumpulan itu.
Kalangan yang bersetuju dengan penggabungan itu pula merasakan inilah peluang terbaik untuk UMNO kembali menjadi kerajaan, selain tentunya kerjasama itu akan membolehkan Najib, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Rahim dan lain-lain dengan sendirinya akan terelak daripada dihantar ke penjara.
Maka, janganlah peluang ini dilepaskan, kata yang menyokong pula.
Begitu meluas dan hangatnya orang dalam UMNO memperkatakan isu ini sejak beberapa hari lalu sehingga Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk meredakan keadaan.
Ternampak Asyraf Wajid bimbang perkara yang belum ada kepastian ini akan menjadikan UMNO berpecah dan lemah dalam perjuangannya.
Menurut beliau, UMNO akan mengambil sikap berkecuali sama ada untuk menyokong Tun Mahathir atau Anwar serta menolak sebarang usaha melalui pintu belakang untuk kembali menjadi kerajaan.
Dalam pada itu, meskipun Tun Mahathir dipercayai boleh mendapat sokongan majoriti daripada Bersatu dalam penggabungan dengan UMNO itu, beliau dikatakan tidak mendapat sokongan daripada Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti dalam isu ini.
Muhyiddin dikatakan mahu melupakan terus UMNO daripada hidupnya, selain ingin kekal berpegang kepada janji peralihan kuasa yang telah PH persetujui terhadap Anwar.
Muhyiddin turut dilaporkan tidak mahu mengkhianati pilihan rakyat yang memberi kemenangan kepada PH dalam PRU lalu yang antara asasnya adalah untuk membuang UMNO daripada persada kuasa.
Selain kumpulan pro Muhyiddin dalam Bersatu yang menolak penggabungan dengan UMNO itu, masalah lain bagi Tun Mahathir ialah Amanah yang mungkin sama berpecah dalam hal ini.
Bagi Amanah, selain ada yang akan bersama Tun Mahathir kerana terhutang budi dengan banyaknya jawatan dalam kerajaan yang diperolehi sebelum ini, yang lain pula menolak sama sekali kerana adanya Pas dalam kerjasama baru itu.
Akhirnya, dengan segala halangan itu, mampukah Tun Mahathir melakukannya? (Shahbudindotcom 21/06/2019)

Dakwaan Haziq takut nyawa terancam sangat serius – Anwar



Image result for sidang media anwar


PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan kenyataan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dia menerima ancaman ekoran pengakuannya terlibat dalam video seks sumbang baru-baru ini.
Sambil mengandaikan ia seperti kes wanita Mongolia, Altantuya Shariibu, Presiden PKR itu juga berkata dakwaan individu yang mengaku bersama pemimpin menyerupai Datuk Seri Mohamed  Azmin Ali itu memberi kejutan untuk pihaknya.
“Itu satu dakwaan sangat serius ataupun sekadar andaian sahaja..kita biarkan kepada polis untuk menyiasat dan untuk Haziq menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik parti di ibu pejabat PKR di sini malam tadi.
Jawapan sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai kenyataan terbaharu secara eksklusif Haziq kepada The Sun mengenai risiko ancaman yang dihadapi bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama itu hari ini.
Ditanya mengenai ketidakhadiran Mohamed Azmin untuk beberapa mesyuarat biro parti termasuk sejak beliau diangkat sebagai presiden parti, Anwar berkata, tanggapan itu tidak relevan.

“Dia (Mohamed Azmin) pernah tidak datang sebelum itu lagi, itu (tanggapan) tidak relevan,” jelas secara ringkas.

Khaled penipu, hilang kejantanan – Lokman


Image result for lokman adam

KUALA LUMPUR – Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jelas menunjukkan beliau hilang kejantanan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Mohamed Khaled dalam kenyataannya membuktikan dirinya juga seorang penipu.
“Saya agak terkejut membaca kenyataan Khaled berhubung cadangan pindaan Perlembagaan UMNO.
“Khaled sememangnya berniat jahat dengan mengemukakan cadangan fasal baru dalam Perlembagaan UMNO bagi memastikan mereka yang bersalah di bawah pertuduhan rasuah atau jenayah kehilangan keahlian setelah merayu di peringkat tertinggi.
“Ini adalah kerana ROS sememangnya tidak membenarkan mereka yang didenda melebihi RM2,000 atau penjara lebih setahun memegang sebarang jawatan semasa menjalani hukuman dan lima tahun setelah selesai menjalani hukuman.
“Apa perlu diwujudkan undang-undang baru mengikut kehendak Tun Mahathir Mohamad? Ianya hanya untuk memastikan agar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kehilangan keahlian dan tidak berpeluang kembali memegang jawatan sebagai presiden parti sepertimana Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat pengampunan diraja,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut Lokman, kenyataan Mohamed Khaled dalam perkara 13 iaitu “sepanjang proses perjumpaan dan sumbang saran ini berlaku, tidak langsung ada cadangan melucutkan keahlian mereka yang di bawah pertuduhan bagi sebarang salah laku.” juga membuktikan niat jahatnya kerana beliau mengesahkan bahawa tiada pihak yang mencadangkan agar mereka yang ada salah laku perlu dilucutkan keahlian.
“Maknanya Khaled sendiri yang memasukkan cadangan fasal baru ini,” dakwanya lagi.
Menurutnya, dalam perkara 12, Mohamed Khaled menjelaskan semua yang dimasukkan di dalam cadangan merupakan cadangan akar umbi boleh mencadangkan agar masalah disiplin UMNO yang berkaitan soal kewangan perlu diserahkan kepada pihak SPRM bagi meneruskan siasatan dan menjatuhkan hukuman.
“Persoalannya adakah ahli UMNO yang mahu letak Latheefa Koya, Tommy Thomas dan Mahathir ambil alih tugas Jawatankuasa Disiplin UMNO?” soalnya lagi.

Justeru, Lokman mahu semua ahli-ahli UMNO wajib membaca cadangan pindaan itu dan beri pandangan supaya manusia korup tidak boleh menipu apa yang telah beliau bentangkan dalam MT.-

(function() { var d = document, w = window; w

PATUTLAH H2O BERSUNGGUH KRITIK KERAJAAN MENJELANG KETUA-KETUA PARTI MENGHADAP AGONG BARU-BARU INI…

ANTARA PENGALAMAN PENAKUT HISHAMUDDIN NI KETIKA DEBAT MAHASISWA DI UKM,NKETIKA BELIAU MENJADI KETUA PEMUDA. SAKSI HIDUP DATO MAHFUZ OMAR DAN...