Khaled penipu, hilang kejantanan – Lokman


Image result for lokman adam

KUALA LUMPUR – Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jelas menunjukkan beliau hilang kejantanan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Mohamed Khaled dalam kenyataannya membuktikan dirinya juga seorang penipu.
“Saya agak terkejut membaca kenyataan Khaled berhubung cadangan pindaan Perlembagaan UMNO.
“Khaled sememangnya berniat jahat dengan mengemukakan cadangan fasal baru dalam Perlembagaan UMNO bagi memastikan mereka yang bersalah di bawah pertuduhan rasuah atau jenayah kehilangan keahlian setelah merayu di peringkat tertinggi.
“Ini adalah kerana ROS sememangnya tidak membenarkan mereka yang didenda melebihi RM2,000 atau penjara lebih setahun memegang sebarang jawatan semasa menjalani hukuman dan lima tahun setelah selesai menjalani hukuman.
“Apa perlu diwujudkan undang-undang baru mengikut kehendak Tun Mahathir Mohamad? Ianya hanya untuk memastikan agar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kehilangan keahlian dan tidak berpeluang kembali memegang jawatan sebagai presiden parti sepertimana Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat pengampunan diraja,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut Lokman, kenyataan Mohamed Khaled dalam perkara 13 iaitu “sepanjang proses perjumpaan dan sumbang saran ini berlaku, tidak langsung ada cadangan melucutkan keahlian mereka yang di bawah pertuduhan bagi sebarang salah laku.” juga membuktikan niat jahatnya kerana beliau mengesahkan bahawa tiada pihak yang mencadangkan agar mereka yang ada salah laku perlu dilucutkan keahlian.
“Maknanya Khaled sendiri yang memasukkan cadangan fasal baru ini,” dakwanya lagi.
Menurutnya, dalam perkara 12, Mohamed Khaled menjelaskan semua yang dimasukkan di dalam cadangan merupakan cadangan akar umbi boleh mencadangkan agar masalah disiplin UMNO yang berkaitan soal kewangan perlu diserahkan kepada pihak SPRM bagi meneruskan siasatan dan menjatuhkan hukuman.
“Persoalannya adakah ahli UMNO yang mahu letak Latheefa Koya, Tommy Thomas dan Mahathir ambil alih tugas Jawatankuasa Disiplin UMNO?” soalnya lagi.

Justeru, Lokman mahu semua ahli-ahli UMNO wajib membaca cadangan pindaan itu dan beri pandangan supaya manusia korup tidak boleh menipu apa yang telah beliau bentangkan dalam MT.-

No comments: