Dakwaan Haziq takut nyawa terancam sangat serius – Anwar



Image result for sidang media anwar


PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan kenyataan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dia menerima ancaman ekoran pengakuannya terlibat dalam video seks sumbang baru-baru ini.
Sambil mengandaikan ia seperti kes wanita Mongolia, Altantuya Shariibu, Presiden PKR itu juga berkata dakwaan individu yang mengaku bersama pemimpin menyerupai Datuk Seri Mohamed  Azmin Ali itu memberi kejutan untuk pihaknya.
“Itu satu dakwaan sangat serius ataupun sekadar andaian sahaja..kita biarkan kepada polis untuk menyiasat dan untuk Haziq menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik parti di ibu pejabat PKR di sini malam tadi.
Jawapan sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai kenyataan terbaharu secara eksklusif Haziq kepada The Sun mengenai risiko ancaman yang dihadapi bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama itu hari ini.
Ditanya mengenai ketidakhadiran Mohamed Azmin untuk beberapa mesyuarat biro parti termasuk sejak beliau diangkat sebagai presiden parti, Anwar berkata, tanggapan itu tidak relevan.

“Dia (Mohamed Azmin) pernah tidak datang sebelum itu lagi, itu (tanggapan) tidak relevan,” jelas secara ringkas.

No comments: