SANUSI DAH KENA RINI.....TUHAN BAYAQ CASH....CAKAP BESAQ....


 

KISAH PEJABAT TANAH LAMA DAN BARU DI KEDAH.


 

MENGANCAM KE NIH ?

 



Mamat ni mengancam ke? Siap keris dengan kapak bagai. Kalau polis ambil tindakan ni kang dia cakap negara jadi macam Korea Utara. Tapi yang perangai ala Taliban takkan nak dibiarkan pula. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



SEBAB ITU ANWAR LAUNGKAN LAWAN TETAP LAWAN





TRUMP VERSI MALAYSIA


Hari ni bersedialah. 


Little bird bagitau, serangan akan dilipatgandakan. Laskar siber dengan akaun palsu akan ligat buat kerja mereka, hentam Kerajaan. 


Ni propaganda yang bakal tersebar dalam media sosial: 


1. Sanusi tak bersalah, Pray for Sanusi. 


2. Kerajaan pilih kasih, kes Sanusi cepat, kes LGE lambat. 


(Kes Sanusi hina Raja, kes LGE seperti kes TG Hadi dan Tun Mahathir, kes polemik kaum dan masih dalam siasatan). 


3. Tunggu lah, PRN 6 Negeri PH akan kalah, sebab kacau Panglima kami. 


*****************


This is a desperate move by Taksubers. Nak hasut rakyat jadi bigot bencikan Kerajaan. Cubaan kalau boleh nak jadikan Sanusi, Trump versi Malaysia. Nauzubillah… 


Tuan Puan, ini kes terlajak cakap seorang Pemimpin ke atas Raja Melayu. Yang beliau rendahkan susur galurnya. Spin la kot mana, dia tetap Melayu yang perlekahkan Raja. 


Kita tengok yang back up dia hanya Taksuber dan laskar siber. Banyak yang kerjanya sebegitu dan berbayar juga. 


Namun, ada nampak Pemimpin PN dan Presiden PAS berbunyi? Mereka senyap belaka. 


They’re wise to know, he’s a liability already. 


Antara Sultan Selangor vs Sanusi, setia saya kepada Sultan. 


Melayu biadap harus terima ajaran. Tambah yang datang dari pucuk pimpinan. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



MOHON MAAF.TAPI MENGAKU TAK BERSALAH. SULTAN KATA TAK SELESAI...KEH..KEH...



 𝗠𝗕𝗦𝗗 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗨 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛...



Ek eleh...Mengaku tak bersalah tapi dah tulis warkah mohon ampun pd Sultan Selangor. Tuanku kata BELUM SELESAI...!! Amik hg MBSD - Menteri Yg Besaq Sembang Deraih. Gari pun tak muat ke?? Smlm kutip sabun tak?? 🤣


- Zus Din 

18072023



ORANG HINA DIA KENA TANGKAP. DIA HINA SULTAN ,DIA KATA TAK LEH BERSUARA...SEMBANG JA SANUSI NI






Dunia ini ibarat roda. 


Dulu Dato Seri di atas dan menindas. Habis rakyat kena tahan, tak boleh langsung kritik Dato Seri. Taksuber Dato Seri siap kacau keluarga pengkritik, hanya kerana nak cover Dato Seri beli kereta mewah Raptor semasa PKP. 


Fast forward 2 tahun, hari ni Dato Seri akan didakwa kerana menghina Raja. 


Kifarah is real dan Tuhan bagi cash jua. 


Moga dipermudahkan urusan Dato Seri. 


Surely susah nak jadi MB semula. 


~LM~



TAK LEPAS. DENDA DALAM 20-30K DOK DALAM 1 TAHUN. SETAHUN JA PUN.

 



Baca pertuduhan ni, nilai balik ucapan Sanusi, aku rasa memang payah nak lepas. Bad luck je la.


Lagi satu, mahkamah juga melarang Sanusi dari mengeluarkan komen hingga kes selesai.


Ini kena perhatikan. Kalau dia komen je report ramai ramai. Biar dia jaga mulutnya lepas ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 



SURAT FAHMI REZA BUAT SANUSI. DIA TAK QEYAU MACAMANA HANG DOK QEYAU...

 



Dear Sanusi, 


Lepas kena dakwa kat mahkamah tadi kamu kata "Tiada kebebasan bersuara di Malaysia". Cuma nak tanya, masa Kerajaan Perikatan Nasional memerintah dahulu ada kebebasan bersuara ke?


Dalam tempoh 6 bulan dari Mac-September 2021, aku kena tahan polis bawah Akta Hasutan (kes Dengki Ke?), kena pergi balai 7 kali untuk disoalsiasat polis sebab poster-poster satira yang kritik Kerajaan PN, dan kena dakwa di mahkamah kerana poster satira yang kritik PAS.


Tak malu ke, lepas dah kena tangkap dan kena dakwa bawah Akta Hasutan, baru sekarang kamu nak melalak pasal tiada kebebasan bersuara di Malaysia? Lawak lah 😂



DEWAN DIRAJA BUAT LAPORAN..BIAR MAHKAMAH PUTUSKN.


 

NEGARA PUNYA PROTECTION POLICIES..SEBAGAINANA KITA MELINDUNGI PROTON


 

KITA BERTANGGUNGJAWAB MEMBANTU ORANG MELAYU MEMERTABATKAN BANGSA DAN NEGARA.


 

SELESAI LAWATAN, PMX TERJAH KE SEKOLAH BERDEKATAN.


 

BOLEH JA BERCAKAP TENTANG APA NAK BUAT MAJUKAN NEGERI DAN RAKYAT. TAPI DAH TAK BUAT , NAK CAKAP APA LAGI..APA PUN TAK BUAT.



 Apa tak boleh cakap apa-apa. Boleh je. Cakap la isu kebajikan rakyat, isu ekonomi, isu antarabangsa. Banyak je isu boleh digunakan untuk PRN. Tapi itu la. Nak cerita isu tu semua tak reti.


Jadi terpaksa jugak mainkan isu 3R. Nak tunggang sentimen agama dan kaum. Kalau tak main isu 3R, dia buat fitnah. Atau paling tidak, syok hina orang. Sampai tersasul hina Sultan pulak. 


3R ni bukan baru ni je dilarang. Dari sejak merdeka lagi. Nak tunjuk berani sangat, terimalah padah. Tak timbul pun isu putar belit. Macam Sultan Selangor tak boleh tengok sendiri video tu! Cukup-cukuplah spin tu. Terbang nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



TUHAN BAYAR TUNAI.


 

ALAHAI, KO PUN TAK BOLEH KRITIK JUGA.


 

Ala masa kau jadi kerajaan, usik skit, terus kena kutip.

Time tu Sanusi koyak ke?

Tanyer je jgn marah

 

ISTILAH BARU PULAK UNTUK PAS...


 

[terkini] JAWAPAN SANUSI DI MAHKAMAH! MASIH DENGAN SOMBONG & KEANGKUHANNYA!



Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu. Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

SANUSI MENGAKU TAK BERSALAH. HANG ANGKAT TANGAN MACAM BANG NON BUAT APA ?


Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menghasut
Diterbitkan:  Jul 18, 2023 11:07 AM
Dik
1

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Muhammad Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

"Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah, Yang Arif," katanya dalam keadaan tenang.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

ADS

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang mengetuai pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya Muhammad Sanusi tidak membuat sebarang komen berhubung kes dihadapinya sehingga kes berkenaan selesai.

Peguam Datuk Shaharudin Ali, yang mewakili Muhammad Sanusi tidak membantah jumlah jaminan itu dan memaklumkan anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.

"Kami bersetuju dengan jumlah jaminan itu dan untuk makluman mahkamah, anak guam saya ialah 'care taker' kerajaan Negeri Kedah dan beliau mengetuai pilihan raya negeri," kata Shaharudin.

Kedua-dua hakim membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan tertuduh tidak membuat sebarang komen berhubung kes sehingga kes berkenaan selesai serta menetapkan 4 Okt untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Muhammad Sanusi membayar wang jaminan berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu selepas selesai prosiding berkenaan.

Selain Ahmad Terrirudin, pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Manoj Kurup dan Datuk Masri Mohd Daud manakala Shaharudin turut dibantu peguam Wan Rohimi Wan Daud.

- Bernama