MB Sanusi persenda Sultan Selangor: Sultan titah isu belum selesai


 Isu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor, mempersenda Sultan Selangor dalam ceramah beliau di Selayang baru baru ini masih belum selesai.


Hal itu dilihat dalam titah di-Raja yang dikeluarkan oleh Istana Selangor pada petang ini memberi penghargaan kepada ahli Dewan di-Raja Selangor yang bertindak membuat satu laporan polis pada 14 Julai lalu berhubung kenyataan Sanusi.


"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menzahirkan penghargaan kepada ahli ahli Dewan di-Raja Selangor yang bertindak membuat satu laporan polis pada 14 Julai 2023 lalu.


"Ia susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau, yang dianggap menghina dan mempertikaikan kewibawaan institusi Diraja Selangor berhubung pemilihan jawatan Datuk Menteri Besar Selangor," kata kenyataan itu.


Sebelum itu, dalam kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor dinyatakan penghinaan itu telah dibincangkan dalam pertemuan berasingan di antara Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. Pertemuan juga dilakukan oleh Sultan Selangor dengan Ketua Polis Selangor, YDH CP Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.


"Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai," kata kenyataan tersebut.


*Kredit foto: Selangorkini

No comments: