MAHIADDIN DOK CAKAP TELOQ TAK ADA


 RAFIZI RAMLI


 Tan Sri Muhyiddin dalam ceramah-ceramah dia tak habis-habis sembang telur tak cukup. Paling kurang sebagai bekas seorang Perdana Menteri, saya harapkan bila berceramah beliau boleh tawarkan penyelesaian dan cadangan kepada untuk bantu ekonomi rakyat dan bukan cerita dia mula pelihara ayam.

Cerita ayam dan telur tak cukup semua ini sebenarnya bermula dari zaman Perikatan Nasional.

Isu inilah yang berlaku sejak setahun yang lalu kerana kegagalan kerajaan pada ketika itu untuk tangani masalah ayam di peringkat bekalan (“supply side”). Sementara kerajaan menetapkan harga siling, penternak-penternak ayam tidak dibantu dan menjual ayam pada harga yang ditetapkan dengan kos yang merugikan.

Ambil contoh kos seekor ayam adalah RM11 tetapi mereka dipaksa jual pada harga RM9 tanpa ada apa-apa insentif yang membantu menyelesaikan masalah penternak. Akibatnya penternak berhenti pelihara ayam. Ini menyebabkan bekalan ayam mula terganggu dan harga ayam semakin melambung.

Saya harap sudah-sudahlah bercakap tajuk yang sama dalam setiap ceramah dan mula tawarkan penyelesaian sebenar kalau PN betul-betul ada cara yang lebih baik dari kami.