TAK SEKOLAH TINGGI , KURANG ILMU DAN TERTINDAS MINDA






 








DrNorwaliza Abdul Wahab


Some Malays have very horrible attitudes. Hollier thn thou and very judgemental.

Sedangkan agama kita sentiasa menyuruh kita untuk sentiasa menghormati orang lain walaupon yang berlainan agama. Tetapi tidak. Mereka tetaplah lebih suka mengecam dan menghina dari memilih nilai-nilai yang lebih baik seperti hormat-menghormati, sayang-menyayangi atau bertoleransi.

 

MOHD NAZMI


Bila dah kalah,

Serang agama orang pula.

Allahu.

1. Kita siapa nak judge orang? Memang dah book syurga is it?

2. Apa yang kita dah bagi semula kepada komuniti? Kalau kucing tepi jalan pun kita sepak, harap kita sedar diri sikit.

3. Kadang bila bertindak ikut nafsu, orang boleh nampak yang kita ni betul tak berilmu. Orang boleh nampak kita macam tak lepas form 2.

4. Bila dah kalah, cuba serang benda lain pula. Malunya. Serang agama orang pula tu. Allah. Malunya.

5. Cik puan, memang betul. Selamat atau tak selamat tu adalah ketentuan Dia. Memang tuhan yang selamatkan.

Tapi, yang menjadi asbabnya adalah Dr. Amalina.

Allah dah tentukan Dr. Amalina ni menjadi perantara bantuanNya.

Doa mak ayah adik Ainul ni Allah jawab, dan Allah gunakan Dr. Amalina sebagai pakar bedahnya.

Dan kalau saya sebagai Dr. Amalina, terpilih menjadi seseorang yang akan bantu adik itu, tu adalah blessing bagi diri ini, satu rahmat dan satu rezeki bagi keluarga adik tersebut. Description: ❤️

6. Dan jadi sekali-kali gaduhkan perkara keagamaan. Perangai kita mencerminkan nilai agama dalam diri kita.

Allah dah turunkan surah yang khusus mengenai hal ini dalam Al Quran.

Ikut macam baginda tersayang Nabi kita, hormat semua orang.

Tak kira bangsa dan agama. Muda dan tua.

7. Sifat yang rasa diri kita lagi bagus dari orang lain ni,

adalah sifat Firaun. Sifat Haman, sifat penjahat Quraisy, sifat Iblis bila Allah present Adam a.s. kepada semua.

Jangan pernah sekali judge orang. Jangan pernah label orang.

Allah tulis jalan hidup kita tak sama.

(Untuk diri saya juga Description: 😅)

8. Akhir sekali, kan, guys.

Hormat satu sama lain. Jangan jadi nila. Pengajaran bukan saja untuk akak, tapi untuk semua, saya juga. Jaga perasaan orang. Guris hati & perasaan orang, susah nak setel di mahsyar weyyhh.

Tunjukkan nilai keperibadian yang elok sesama kita. Baru Allah sayang. Description: ☺️

Salam Maal Hijrah. Yang tak baik tahun lalu, buang jauh2.

 


Tak Berminat Konon!

 

A.KADIR JASIN



youtube.com

Tengku Zafrul tidak berminat sertai parti politik
#BuletinBernama : Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan beliau masih belum berminat untuk menyertai mana-mana parti politik...




Tak Berminat Konon!

1. Orang putih kata, "he spoke too soon". Cakap cepat sangat. Tak berminat politik konon.

2. Bukan saja dia "CTSB", tapi nampak bukan main seronok dilantik jadi Bendahari Barisan Nasional Selangor.

3. Sambil-sambil itu dia kenakan Mahiaddin Md Yasin (Bersatu) yang bawa dia masuk Kabinet dan bagi jawatan Menteri Kewangan.

4. BN Selangor ni banyak duit ka? Atau mereka harap dia cap duit untuk mereka?

5. Orang dalam dunia korperat dan pasaran saham tentu kenal siapa Zafrul pasal dia pun lama dalam bidang ini.

6. Sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang gawat macam sekarang, dia tumpukan perhatian kepada mengurus kewangan negara bukan mengejar cita-cita politik.

 

NAK TIPU TAPI BODO

 


HAMDAN TAHA


MCA Selangor dalam program BN selangor berkata jika bagi BN memerintah kita akan jadikan harga rumah di selangor 50 peratus akan di turunkan

Saya baca kenyataan tu bukan nak bagi BN ini ayat nak bagi BN kalah,ejen Dap agaknya MCA selangor ni

Kot harga hartanah di selangor turun 50 peratus siapa nak sokong BN sebabnya kami ni rumah dah beli lama dah harga sekarang ni dah sejuta lah katakan,kerana bagi ke BN dah jadi 500 ribu saja nilainya,mana mau gitu siapa nak sokong Bn rugi oii

Ayat pun kalau nak tarik undi kena lah betul dan logik di akal

Rumah prima tu kerajaan persekutuan punya buat kat situ dulu turun 30 peratus dah lah tak payah 50 peratus...boleh ke buat

 

TAKDIRRRR


 

HUSAM MUSA : Kompleks Perkayuan Kelantan Diperintah Bayar RM 6 Juta Bukan Pembaziran?

 



Kompleks Perkayuan Kelantan

Diperintah Bayar RM 6 Juta Bukan Pembaziran?

Makluman untuk Rakyat Kelantan. Anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan - Kompleks Perkayuan Kelantan telah diperintahkan membayar sebuah syarikat kontraktor pembalakan lebih dari RM 6 juta.

Mahkamah Persekutuan yg bersidang pada 7 Julai 2022 baru lalu telah menolak permohonan Semakan Kehakiman oleh Kompleks Perkayuan Kelantan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelumnya yang bersidang pada 27 Januari 2022.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Disember 2017 yg memerintahkan Kompleks Perkayuan Kelantan membayar harga kontrak kayu balak sejumlah RM 5,012,104.10 kepada Lim Hee yg berniaga atas nama As Timber Trading dikekalkan.

Beserta bayaran interest sebanyak 5% setahun dikira bermula dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Sebaik-baiknya, Kerajaaan Kelantan memberikan sedikit penjelasan tentang isu ini dan bagai mana Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd akan membayar bayaran yang diperintahkan.

Sekiranya Kompleks Perkayuan Kelantan gagal membayar bayaran tersebut dalam tempoh yg telah ditetapkan, dipercayai akaun dan perniagaan Kompleks Perkayuan Kelantan boleh disita.

Husam Musa

3 Muharram 1444H

1 Ogos 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

GIGIL APA DERIS OIIII-


MOHD SHAH RIM

PAS pun guna logo baru bertanding di PRU15...

Gigil apa Mat Idris..??

Tumpang banggunan orang , nak kata gigil kenapa pulak gigil.

 





 

BAWA GULA ATAU BENCANA. SEJAUH MANA KEDEGILAN BELIAU KETIKA MAHU MEMBANTU RAKYAT

 













LIYANA MARZUKI

Tidak terlalu mengejutkan berita Menteri Kewangan kita menganggotai UMNO. Memang kita tahu dia ahli UMNO sejak mula.

Cuma the turn of event, bila dia diangkat jadi Bendahari Agong UMNO negeri Selangor menggantikan Jamal Yunos.

Ok lah, kira upgrade la tu. Teringat dulu, Jamal ni pakai tuala jamban buat scene depan SUK. Habis gengster dah tu. Lepas UMNO tumbang, mamat ni siap larikan diri dari hospital.

Yang tak best pasal lantikan ni ialah bila geng Klepto ZH cakap pelantikan Zhafrul bawa gula2. Masih lagi ada elemen cash is king di situ. Bila la UMNO ni nak belajar tak tahu la…

This is Selangor, rakyat mereka susah nak makan gula2 politik. Tambah pulak yang cakap seorang Presiden parti yang punya kes berderet. Memang potong stim.

Makanya, jangan la kita excited sgt Menteri Kewangan masuk UMNO di Selangor. Sesungguhnya beliau hanya poster boy.

Sebab sekiranya UMNO menang, yang naik jadi MB dan EXCO, tetap set2 macam Noh Omar dan Jamal Jamban. Warlords yang dah lama melabur untuk jawatan….

#partikeramatMelayu #dulukiniselamanyabegitu #BilaNakBerubah #taktahu

 

NAJIB JANGAN PERASAN- RAFIZI RAMLI

 



Dari Rafizi Ramli

1 Ogos 2022

NAJIB JANGAN PERASAN:

MINAT KERANA NAJIB WAJAR KE PENJARA

Walaupun berlagak popular, bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak nampak bimbang dengan susunan semula kepimpinan parti-parti Pakatan Harapan. Kebelakangan ini, terutamanya selepas selesainya pemilihan barisan kepimpinan baru KEADILAN, jentera penerangan UMNO nampak ditumpukan untuk menyerang saya dan KEADILAN/Pakatan Harapan.

Terbaru, semasa berucap di Konvensyen BN Selangor, berulang kali dia menumpukan ucapannya mengenai saya, termasuk mengungkit kononnya saya “berminat” kepadanya.

Sementara lagak Najib sudah diketahui umum dan ada segelintir masyarakat yang berpendapat lagaknya wajar diabaikan, saya memilih untuk berdepan dengan sarkas politik mainan Najib kerana ada isu pokok yang cuba disembunyikan Najib.

Hakikatnya, Najib telah bersalah menyeleweng dana rakyat yang kesannya akan ditanggung oleh rakyat untuk jangka masa berpuluh tahun akan datang. Selain tanggungan hutang 1MDB berjumlah RM50 bilion, projek-projek mega yang kosnya naik berkali ganda (seperti MRT, LRT3, ECRL dan sebagainya) membebankan rakyat dengan hutang melebihi RM100 bilion dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang.

Najib telah menggunakan sumber kewangannya untuk menggerakkan kempen penipuan melalui media sosial untuk menyucikan dirinya seolah-olah dia tidak bersalah.

Lebih teruk dari itu, dia juga cuba menyelewengkan pemikiran rakyat dengan memainkan propaganda terhadap tokoh-tokoh terbilang yang patriotisme mereka bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Najib. Cubaan propaganda Najib untuk memburukkan integriti hakim Yang Arif Dato’ Mohd Nazlan Mohd Ghazali, semata-mata untuk menutup kesalahannya mencuri dana rakyat, tidak wajar dibiarkan tanpa disanggah.

Oleh itu, saya menyeru keseluruhan pimpinan KEADILAN/Pakatan Harapan di segenap lapisan terus menjawab untuk mematikan propaganda Najib yang merosakkan pemikiran rakyat.

Sementara kita membentangkan idea-idea untuk memperbaiki kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat, kita juga wajib menunjukkan bahawa sebahagian besar dari masalah rakyat ini berpunca dari salah tadbir sepanjang sembilan tahun Najib menjadi Perdana Menteri.

Keupayaan pimpinan KEADILAN/Pakatan Harapan mengutarakan kedua-dua perkara ini (memberi idea penyelesaian dan mematahkan propaganda Najib) secara serentak adalah kunci kemenangan KEADILAN/Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum akan datang.

Misalnya, adalah satu kebodohan jika kita membiarkan Najib dan konco-konconya memperlekehkan kewibawaan seorang anak Malaysia terbilang seperti YA Dato’ Mohd Nazlan. Beliau seorang yang pintar lulusan University of Oxford dan mempunyai rekod kerjaya yang menjadi kebanggaan negara. Beliau juga tidak gentar dengan asakan politik dan sanggup berdepan dengan mainan propaganda Najib.

Bandingkan dengan Najib yang rekod akademik dan kerjayanya hanyalah sebagai seorang bangsawan yang tidak pernah ada pencapaian baik selain yang datang dari kedudukannya sebagai seorang bangsawan.

Jika ada anak Melayu yang wajar menjadi kebanggaan dan inspirasi generasi muda Melayu, tokoh seperti YA Dato’ Mohd Nazlan inilah yang perlu kita angkat.

Sebaliknya, propaganda Najib dengan tanpa segan silu, sementara memainkan isu perkauman, dia juga menghina dan memperkecilkan tokoh-tokoh seperti YA Dato’ Mohd Nazlan demi untuk menyelamatkan dirinya yang semakin dekat dengan hari penghakiman.

Sebab itu, telatah Najib tidak lebih dari seorang yang perasan dan merasa takut pada masa yang sama.

Saya tidak berminat dengan Najib.

Sebagai pimpinan utama parti-parti pro-rakyat di negara ini, memang menjadi tanggungjawab saya untuk terus mendedahkan kesalahan Najib. Fokus kepada kesalahan Najib yang membebankan rakyat ini telah menjatuhkan Najib dalam PRU14 dalam tahun 2018. Dengan konsistensi yang sama, lebih ramai rakyat yang akan menolak UMNO/Barisan Nasional akibat penyelewengan-penyelewengan Najib yang terus membebankan UMNO/Barisan Nasional.

Minat sebenar saya ialah untuk memastikan Najib menanggung kesalahan-kesalahannya kepada rakyat dan berakhir dengan menjalani hukuman penjara.

Secara langsung, ini akan membela dan mengangkat tokoh-tokoh seperti YA Dato’ Mohd Nazlan, yang nilai profesionalisme dan patriotisme mereka perlu menjadi kompas moral baru kepada generasi muda Malaysia.

RAFIZI RAMLI

 

ZAHID HAMIDI BUKAN ‘POSTER BOY’ DAN TAK BOLEH PUN JADI PM, KENAPA MASIH MAHU MENENTUKAN CALON PRU15?

 

Bercakap kepada media selepas menghadiri Konvensyen Puteri BN, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti yang kritikal dan tidak sealiran dengannya masih boleh menjadi calon BN dalam PRU15 akan datang.

Menurut beliau, walaupun pemimpin terbabit kritikal terhadapnya, tetapi penilaian untuk dijadikan calon UMNO/BN dibuat tanpa melibatkan perasaan dendam.

Katanya, hal itu berlaku kerana beliau tidak pernah menyimpan dendam ke atas mana-mana pemimpin UMNO yang tidak sealiran dengannya

Cuma, tambah Zahid Hamidi, beliau tidak akan melupakan apa yang dilakukan orang lain ke atasnya.

“Jadi dalam soal calon ini saya tidak ada sifat dendam.

“Saya selalu memaafkan tetapi tidak pernah melupakan,” tegasnya.

Apakah maksud kata-kata Zahid Hamidi itu?

Benarkah beliau boleh menjadi seorang yang pemaaf dan tidak berdendam, contohnya kepada Tajuddin Abdul Rahman, Annuar Musa, Shahidan Kassim serta Nazri Aziz dan seterusnya setuju memilih mereka semula sebagai calon bagi PRU akan datang, tetapi dalam keadaan semua perbuatan mereka yang kritikal terhadapnya selama ini tidak pernah dilupakannya?

Ataukah ini hanya sekadar sembang kari?

Agak-agaknya Tajuddin, Annuar, Shahidan dan Nazri percaya tak dengan ungkapan manis Zahid Hamidi itu?

Yang nyata, melalui kata-kata Zahid Hamidi itu, ia dengan jelas bermaksud bahawa beliaulah yang akan menentukan calon dalam PRU15 akan datang.

Dalam keadaan normal, memang merupakan hak seorang Presiden UMNO untuk menentukan calon pilihan raya, tetapi kedudukan beliau sekarang ini adalah tidak normal.

Meski memegang jawatan Presiden UMNO, Zahid Hamidi selain tidak diletakkan sebagai “poster boy”, beliau juga sedang berdepan 87 pertuduhan di mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah seorang Presiden UMNO dihadapkan ke mahkamah dan tidak dipilih sebagai “poster boy”.

Tidak diletakkan sebagai “poster boy” dengan sendirinya bermakna Zahid Hamidi sendiri sedar dirinya layak untuk menjadi Perdana Menteri berikutan kes-kes mahkamah yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, “poster boy” BN untuk PRU15 akan datang ialah Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri bukan saja Perdana Menteri sedia ada, malah sebagai “poster boy”, beliaulah juga yang akan menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU15.

Untuk itu, oleh kerana Zahid Hamidi bukan “poster boy” dan tidak boleh pun menjadi Perdana Menteri kerana kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya, seharusnya penentuan calon pilihan raya tidak lagi ditentukan olehnya.

Haknya menentukan calon sudah terlucut seiring dengan ketidaklayakannya menjadi Perdana Menteri.

Kuasa itu sepatutnya diberikan kepada Ismail Sabri kerana beliau adalah “poster boy” dan bakal calon Perdana Menteri.

Sebagai “poster boy” dan bakal Perdana Menteri yang akan membentuk kerajaan, Ismail Sabri lebih berhak memilih calon pilihan raya kerana beliau yang akan bekerja dengan mereka dalam kerajaan yang akan dibentuknya nanti.

Adalah tidak masuk akal dan pelik jika Ismail Sabri tidak diberi hak tersebut dan menyuruh beliau menjadi Perdana Menteri dengan melantik menteri-menteri yang terdiri daripada orang-orang pilihan Zahid Hamidi.

Dalam hal ini dan bagi memastikan Ismail Sabri mampu membentuk barisan kabinet yang dipercayainya setelah BN menang nanti, kalau pun tidak semua, setidak-tidaknya 70 atau 80 peratus daripada calon kerusi Parlimen hendaklah ditentukan olehnya.

Kalau Zahid Hamidi ikhlas dan benar-benar tidak berdendam, inilah perkara pertama yang mesti dilakukannya. – ShahbudinHusin 01/08/2022.


KEH...KEH....NEVER MIND


 Zunar cartoonist fan club


KAMI PUAAIHHH HATI


RAMZAN AHMAD


 "Kami puaihh hati"... janji geli...

🤭
Org len haram dan akan ke melaka bagai...puak2 kami jaa halai blaka...
#5hariJaaTuanTuanBuppBuppBuppp











JASA TAN SRI KHALID IBRAHIM

 





TOWERING MALAYSIAN

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang figura politik yang disegani kawan dan digeruni lawan.

Saya pertama kali mendengar nama beliau ketika saya membaca kisah mengenai Dawn Raid di London. Bagaimana beliau menjadi mastermind mengambil alih syarikat Guthrie daripada orang British.

Serang hendap yang dilakukan pada tahun 1981, awal Subuh di Bursa Saham London. Dalam masa 2 jam, Malaysia menguasai 51% saham syarikat Guthrie. Dan ia kembali kepada haknya. Bukan lagi kepunyaan penjajah tetapi sah menjadi milik Kerajaan Malaysia sehingga kini.

Semenjak itu, nama TSKI menjulang sebagai teknokrat yang bijaksana dan berkarisma. Sebelum beliau melompat masuk ke dunia politik.

Ketika saya bekerja sebagai Pegawai Undang2 dengan SUK Selangor, saya selalu mendengar pujian terhadap TSKI. Beliau menjadi Menteri Besar Selangor post rejim UMNO. Selepas Khir Toyo.

Penjawat awam di Selangor majoritinya mengangkat beliau sebagai hero. Pentadbiran beliau ala korporat. He meant business and he delivered.

Di bawah pentadbiran TSKI, rezab negeri Selangor meningkat , pelaburan tinggi dan Selangor kekal menjadi negara terkaya di Malaysia.

Saya terkilan bagaimana beliau dijatuhkan daripada menjadi Menteri Besar. Banyak game yang rakyat boleh nampak. Sayang seribu kali sayang, Selangor hilang Menteri Besar terbaik dalam sejarah.

Tiada Menteri Besar sebelum dan selepas yang boleh menandingi beliau. Malah boleh tanyakan kepada Sultan Selangor. He was his favourite.

Hidup beliau selepas menjadi Menteri Besar, penuh sederhana. Isteri beliau nampak biasa2 saja. Anak pun berjaya, takde yang kahwin retis2. Zuhud keluarga mereka.

Bandingkan dengan MB selepas dan sebelumnya?

Pada saya, TSKI adalah tokoh istimewa. Beliau penuhi semua elemen SAFT- Siddiq (truthful), Amanah (trustworthy), Fathonah (intelligent), Tabligh (deliver).

Plus point lagi, beliau seorang pemimpin yang Zuhud.

Pada saya level beliau bukan hanya politikus biasa. Dengan jasa kepada negara, beliau harus diangkat sebagai Statesman.

Rest in power, Sir! Thank you for all your deeds to this great nation.

Gugur seorang lagi, our Towering Malaysian…

Al-Fatihah….

Salam hormat,

Liyana Marzuki

DIMANA SILAPNYA ?

 

UPIH NYIOR

𝗗𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗻𝘆𝗮?

Antara punca semakin kurang pelajar berminat aliran sains adalah kerana viral nya (dlm socmed) graduan lepasan dari aliran sains :-

1. Dibayar gaji rendah

2. Ramai graduan aliran sains menganggur.

3. Terpaksa terima kerja yg tak ada kena mengena dgn kelulusan.

Tapi semua tu adalah symptom utk masalah lain dan bukan masalah sebenarnya graduan dari aliran sains.

Masalah yg paling utama susah utk dapat kerja graduan termasuk dari aliran sains adalah :-

1. skil komunikasi yg lemah dan tidak menyerlah semasa job interview.

2. lemah berbahasa inggeris.

3. lulus cukup makan.

4. kurang atau tiada pembabitan dalam aktiviti extra curricular (yg berekod) semasa belajar.

Cumanya, tak dinafikan juga, gaji yg ditawarkan dlm negara masih antara yg terendah di dunia berbanding dgn kos sara hidup.

Kalau nak kaya mudah, masuk politik. Kelulusan boleh tipu, cakap inggeris mcm cerita mind your language pun takpa, janji pandai berbohong, pandai berlakon dan pandai mengampu.






 

DULU BERSATU KHIANAT PH, SEKARANG TUNTUT JANJI BN?


SINGKIRKAN UMNORISME DARI PENTADBIRAN KERAJAAN


(function() { var d = document, w = window; w

DIA DAH DITOLAK DI DUN PENANTI. PERMATANG PAUH. BALIK LAH KEDAH USTAZ OIIIII....MAI CARIMAKAN DI PENANG PUN SUSAH JUGA...KULIAH DIA PUN BANYAK SEMBANG JUGA.

BALIK PE LAWAN DI KEDAH NU...   Kata dah PAS dah tukar zikir harian tapi walaun tak percaya..dulu ratib DAP DAP sekarang TOLAK PH, PH 22 BUL...