JASA TAN SRI KHALID IBRAHIM

 





TOWERING MALAYSIAN

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang figura politik yang disegani kawan dan digeruni lawan.

Saya pertama kali mendengar nama beliau ketika saya membaca kisah mengenai Dawn Raid di London. Bagaimana beliau menjadi mastermind mengambil alih syarikat Guthrie daripada orang British.

Serang hendap yang dilakukan pada tahun 1981, awal Subuh di Bursa Saham London. Dalam masa 2 jam, Malaysia menguasai 51% saham syarikat Guthrie. Dan ia kembali kepada haknya. Bukan lagi kepunyaan penjajah tetapi sah menjadi milik Kerajaan Malaysia sehingga kini.

Semenjak itu, nama TSKI menjulang sebagai teknokrat yang bijaksana dan berkarisma. Sebelum beliau melompat masuk ke dunia politik.

Ketika saya bekerja sebagai Pegawai Undang2 dengan SUK Selangor, saya selalu mendengar pujian terhadap TSKI. Beliau menjadi Menteri Besar Selangor post rejim UMNO. Selepas Khir Toyo.

Penjawat awam di Selangor majoritinya mengangkat beliau sebagai hero. Pentadbiran beliau ala korporat. He meant business and he delivered.

Di bawah pentadbiran TSKI, rezab negeri Selangor meningkat , pelaburan tinggi dan Selangor kekal menjadi negara terkaya di Malaysia.

Saya terkilan bagaimana beliau dijatuhkan daripada menjadi Menteri Besar. Banyak game yang rakyat boleh nampak. Sayang seribu kali sayang, Selangor hilang Menteri Besar terbaik dalam sejarah.

Tiada Menteri Besar sebelum dan selepas yang boleh menandingi beliau. Malah boleh tanyakan kepada Sultan Selangor. He was his favourite.

Hidup beliau selepas menjadi Menteri Besar, penuh sederhana. Isteri beliau nampak biasa2 saja. Anak pun berjaya, takde yang kahwin retis2. Zuhud keluarga mereka.

Bandingkan dengan MB selepas dan sebelumnya?

Pada saya, TSKI adalah tokoh istimewa. Beliau penuhi semua elemen SAFT- Siddiq (truthful), Amanah (trustworthy), Fathonah (intelligent), Tabligh (deliver).

Plus point lagi, beliau seorang pemimpin yang Zuhud.

Pada saya level beliau bukan hanya politikus biasa. Dengan jasa kepada negara, beliau harus diangkat sebagai Statesman.

Rest in power, Sir! Thank you for all your deeds to this great nation.

Gugur seorang lagi, our Towering Malaysian…

Al-Fatihah….

Salam hormat,

Liyana Marzuki

No comments: