DIMANA SILAPNYA ?

 

UPIH NYIOR

𝗗𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗻𝘆𝗮?

Antara punca semakin kurang pelajar berminat aliran sains adalah kerana viral nya (dlm socmed) graduan lepasan dari aliran sains :-

1. Dibayar gaji rendah

2. Ramai graduan aliran sains menganggur.

3. Terpaksa terima kerja yg tak ada kena mengena dgn kelulusan.

Tapi semua tu adalah symptom utk masalah lain dan bukan masalah sebenarnya graduan dari aliran sains.

Masalah yg paling utama susah utk dapat kerja graduan termasuk dari aliran sains adalah :-

1. skil komunikasi yg lemah dan tidak menyerlah semasa job interview.

2. lemah berbahasa inggeris.

3. lulus cukup makan.

4. kurang atau tiada pembabitan dalam aktiviti extra curricular (yg berekod) semasa belajar.

Cumanya, tak dinafikan juga, gaji yg ditawarkan dlm negara masih antara yg terendah di dunia berbanding dgn kos sara hidup.

Kalau nak kaya mudah, masuk politik. Kelulusan boleh tipu, cakap inggeris mcm cerita mind your language pun takpa, janji pandai berbohong, pandai berlakon dan pandai mengampu.