MAJLIS RAMAH MESRA DAN PERASMIAN JETI KAMPUNG NELAYAN PD



Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin & Masyarakat Nelayan serta Perasmian Jeti Kampung Telok & Projek Panggar Kupang Fasa 2

Tarikh : 19 Januari 2020, Ahad
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Perkarangan Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Kemang, Port Dickson

Semua dijemput hadir.

DS ANWAR IBRAHIM.
Presiden KEADILAN.

Kenyataan Media Jingga13 Malaysia


Kenyataan  Media 
Jingga13 Malaysia 

13 Januari 2020 

JINGGA13 DESAK KERAJAAN PH WAJIBKAN UJIAN SARINGAN DADAH KEPADA SEMUA PEGAWAI KERAJAAN LANTIKAN POLITIK 

Jingga13 Malaysia benar-benar rasa kecewa dengan  berita penangkapan oleh pihak polis pada 12 Januari 2020 melibatkan beberapa orang pegawai kerajaan lantikan politik di tangkap sewaktu mengadakan 'Private Party ' terlibat dengan najis dadah setelah di buat ujian saringan dadah oleh pihak polis. 

Kejadian ini benar-benar memalukan dan mengecewakan kerana sewajarnya mereka adalah Pegawai Khas yang seharusnya mempunyai moral dan integriti yang tinggi , malah mungkin telah dikenalpasti moral dan akhlak mereka sebelum dilantik ke jawatan tersebut . Tetapi malangnya disebaliknya berlaku dan benar-benar mendukacitakan .

Justeru itu Jingga13 Malaysia mendesak Kerajaan PH mengambil tindakan positif dengan MEWAJIBKAN ujian saringan dadah kepada semua pegawai-pegawai lantikan politik samada di kementerian atau kerajaan negeri agar pegawai-pegawai yang dilantik adalah mereka yang benar-benar bebas daripada najis dadah serta mempunyai moral akhlak yang terpuji .  

Mana-mana Pegawai Kerajaan lantikan politik yang didapati positif dadah wajar dipecat dengan serta merta dan diambil tindakan undang-undang . 

 Muafakat × Prihatin × Berani 

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
Jingga13 Malaysia

BERITA PALSU KONONNYA PENDUDUK DIUSIR


Ada pihak yang menularkan berita palsu kononnya penduduk Kampung Mutiara Batu Ferringgi telah diusir daripada kampung mereka tanpa diberi apa-apa pampasan atau bantuan daripada kerajaan.



Hakikatnya Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang telah menghentikan tindakan pengusiran oleh tuan tanah yang telah menang kes samannya terhadap penduduk di mahkamah. Ekoran rundingan pelbagai pihak, kemelut yang berlarutan sejak tahun 90-an telah berjaya diselesaikan dengan bantuan Kerajaan PH.

Pada November 2019 yang lalu, seramai 75 keluarga Kampung Mutiara Batu Ferringgi telah menerima kunci unit kediaman sementara di Selasih Court Tanjung Tokong. Bantuan juga dipanjangkan kepada baki keluarga yang akan dipindahkan secara berperingkat. Dengan kerjasama pihak UDA, Kerajaan PH akan cuba menyelesaikan isu yang sama bagi penduduk kampung-kampung bersebelahan.

PIMPINAN PH DIINGATKAN AGAR JALANKAN TANGGUNGJAWAB



Mohd Shah Rim

STATUS SERIUS.

Pada semua wakil rakyat dan ahli parlimen PH..hampir dua tahun jadi SOMEBODY..bila korang menang dulu di PRU14, bukan kerana KAPASITI ATAU AURA korang, tapi kerana gelombang kebangkitan rakyat yang menolak pemimpin BN dan PAS...jadi, korang menang atas tiket PH, rakyat ketika itu mengundi PH dan tolak  BN/PAS...

Sekarang, iklim politik negara dah berubah, pembangkang kini mencabar kembali..kerana itu PH kalah berturut turut bermula di Cameron, Semenyih dan Tg Piai..janganlah ingat dan masih bermimpi, kemenangan korang dulu akan kekal jika gagal menjalankan tanggung jawab sebagai ADUN dan MP..

Lagi satu, PH gagal bertindak mengimbangi pengaruh pembangkang di medsos dan komunikasi, sebab kepimpinan negara pada masa itu, merasakan kemenangan itu kerana rakyat memilih mereka BUKAN kerana usaha gerak siber dimedsos.. jadi ke bodohan itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang..walaupun kini nampak ada usaha kerajaan untuk membetulkan keadaan.

Aku dan rakan rakan akan terus pertahankan kerajaan TAPI bukan pemimpin yang gagal..dan terbukti gagal, jadi janganlah rasa, anda kebal dari kritikan atau kami akan terus menyokong anda. itu bukan cara kami.. dan kami bukan level WALAUN bodoh yang terima saja arahan Presiden parti..

Berubah dan jadilah wakil rakyat, MP yang memahami situasi politik semasa, setiap cerita mengenai ADUN dan MP pasti akan diviralkan dimedsos dan menyebabkan imej PH buruk dimata rakyat...  jika tak nak berubah, jadilah ADUN dan MP yang tidak menyusahkan penyokong kerajaan.. itu saja permintaan kami..

KES ISA SAMAD - ZAHID MAT ARIP SETIAUSAHA POLITIK TUN M MENGAKU MENJADI 'TUKANG KUTIP DUIT?"



Zahid Mat Arip adalah merupakan Setiausaha Politik kepada PM, Tun Dr Mahathir dan beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.  Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. 



Apabila membaca laporan dari perbicaraan kes melibatkan Isa Samad, teramat jelas peranan yang telah dimainkan oleh Zahid Mat Arip sewaktu beliau bekerja dengan Isa Samad.  Beliau sendiri mengaku menjadi 'tukang kutip duit' untuk Isa Samad, ertinya beliau sedar beliau telah bersubahat dan bekerjasama dengan Isa Samad.  Sila rujuk beritanya di sini  


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/13/i-was-paid-up-to-rm50000-to-collect-money-for-isa-says-ex-aide/?fbclid=IwAR21g5iqt37rKY_FcsX9P2MaKbg6RSuNtpRBkLjTuRWTbhEfiMuvlofqajA

Tidak pelik dan menghairankan sekiranya beliau lantang di dalam menyerang Anwar Ibrahim sejak dulu hingga sekarang.  Beliau di antara yang amat sensitif jika ada pihak yang bercakap tentang peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar.  Tidak sukar untuk memikirkan mengapa Zahid Md Arip ini amat memerlukan Tun M terus menjadi PM dan terlalu gusar sekiranya Anwar mengambil alih jawatan tersebut dalam tempuh terdekat ini.  

Sewajarnya, di dalam pemerintahan kerajaan Malaysia Baru yang mahu melaksanakan reformasi di dalam negara ini, orang seperti Zahid Mat Arip ini tidak patut dikutip apatah lagi bekerja di sebelah PM.  Apakah rakyat boleh yakin dengan kerajaan sekiranya Isa Samad diputuskan bersalah nanti manakala Zahid Mat Arip terus bekerja dengan PM?  Kalau Isa Samad didapati bersalah menerima rasuah, tetapi 'tukang kutip duit' ini terlepas atas alasan menerima arahan, apakah kita boleh menerimanya?

Jelas, mana-mana pihak atau individu yang terlalu gusar jika Anwar menjadi PM sudah pasti ada 'kes' yang menghantui mereka.  Tun M selaku PM yang diberi mandat oleh rakyat melalui Pakatan Harapan harus berani bertindak sejajar dengan manifesto PH.  

WFAUZDIN NS

HARAP HARAP TIADA CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KES MELIBATKAN AHLI POLITIK DAN 16 YANG LAIN.



Negara hari ini dikejutkan dengan penahanan 17 individu, termasuk seorang Adun Bersatu Selangor kerana dipercayai positif dadah dalam satu serbuan di sebuah parti persendirian di Puchong.
Selain Adun berkenaan, turut ditahan ialah pegwai khas kepada dua orang menteri iaitu Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pegawai khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri dan individu-individu lain yang bekerja sendiri.
Lebih malang dalam penahanan ini kerana salah seorang pegawai khas itu adalah bertugas dengan Muhyiddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap polis, keselamatan negara dan pencegahan najis dadah.
Walaupun pihak polis dijangka hanya akan mengadakan sidang media khas petang ini, tetapi Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari telah mengesahkan penahanan Adun Selangor berkenaan.
Katanya, penahanan Adun berkenaan disahkan kepadanya oleh Kementerian Dalam Negeri.
Syed Saddiq pula menyatakan telah dimaklumkan oleh pihak polis berkenaan penahanan itu dan akan menggantung tugas pegawainya yang ditahan polis itu.
“Saya menggantung tugas pegawai terbabit sementara menunggu siasatan polis dimuktamadkan,” kata Syed Saddiq.
Media arus perdana dan media atas talian turut mengesahkan penahanan tersebut berdasarkan pengesahan pihak polis yang telah mereka perolehi.
Untuk itu, adalah tidak benar bahawa tularnya isu penahanan ini merupakan agenda pihak pembangkang, sebaliknya ia adalah suatu hakikat yang benar-benar telah berlaku.
Sesungguhnya penahanan seramai 17 orang yang melibatkan Adun, pegawai khas dua menteri, pegawai khas Setpol Perdana Menteri dan lain-lain individu yang dipercayai dekat dengan parti kerajaan ini adalah sesuatu yang sungguh memalukan pada tahun 2020.
Mereka yang terlibat ini bukan saja telah memalukan parti yang mereka anggotai, bahkan mengaibkan PH sebagai sebuah kerajaan yang baru berusia 20 bulan mentadbir negara.
Maka, tidak harus ada sebarang percubaan untuk melindungi atau “cover up” terhadap semua yang terlibat itu, walaupun sebahagiannya mempunyai kedudukan yang dekat dengan Pejabat Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu.
Berikan ruang sepenuhnya kepada pihak polis menjalankan tugas mereka berdasarkan kedaulatan undang-undang tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pengaruh politik.
Sebarang cubaan melindungi atau “cover up” terhadap mereka yang terbabit ini hanya akan membusukkan lagi nama Bersatu dan PH sebagai sebuah kerajaan.
Kepada Bersatu, mereka yang terlibat ini tidak perlu disimpan lagi dalam parti dan sebaiknya digantung atau disingkirkan terus keahlian mereka.
Mereka jelas telah berada di tempat yang tidak sepatutnya mereka pergi, apalagi jika terbukti mengambil dadah kerana dengan jawatan dan kedudukan yang disandang, mereka seharusnya tahu menjaga diri, parti serta PH sebagai kerajaan. (ShahbudinHusin 13/01/2020)

MAJLIS PRESIDEN ADA KUASA?



Mohd Zulaimi Kazim

Majlis Presiden ada kuasa menentukan siapa Perdana Menteri dan mengawal kuasa seorang Perdana Menteri... kononya.

Nampak cantik lenggoknya catatan pada kertas sejarah penubuhan PH tapi kita tahu orang yg mengetuai Majlis Presiden yg bersetuju dgn terma2 ini adalah seorang yg pernah jadi PM dan ketika terma itu dibuat orang yg pernah menjadi TPM dan pernah memangku PM masih di Sg Buloh.

Sebagai seorang yg pernah duduk di tampuk paling berkuasa dia lebih tahu kuasa PM itu mengatasi kuasa Majlis Presiden dan nak lantik serta nak jatuhkan seorang Perdana Menteri itu melibatkan perlembagaan negara bukan perlembagaan parti. Melibatkan YDP Agung dan Parlimen.

Dalam masa yg sama pemimpin2 kanan dalam PH dibiarkan terpalit dgn skandal. Timbalan Presiden PKR telah disucikan oleh AG dan PDRM dan dalam masa yg sama agenda memburukkan imej Presiden PKR terus berjalan. Presiden Amanah dan Timbalan pula berdepan dengan masalah SetPol yg memiliki fail rasuah di SPRM dan mereka masih mengekalkan pegawai bermasalah ini sbb dilindungi oleh PM.

Pemimpin2 DAP pula ditekan dgn isu2 rasis yg sengaja dikembang biak untuk mengikat pergerakan mereka. Semua orang tahu isu jawi bukan DAP yg halang tp seolah2 sengaja dibiarkan media menyerang DAP. Bagaimana kalau DAP bersuara supaya PM kena berpegang pd janji utk serahkan jawatan selepas 2 tahun? DAP akan dituduh me jatuhkan seorang pemimpin yg ultra melayu!

Jadi... janganlah diharap Majlis Presiden akan menggunakan kuasanya nak berusara pun tak berani sbb itulah suara2 kartel cukup gah pertahankan PM bukan memperkuangkan Presiden mereka utk jadi PM8.

WARKAH BUAT USTAZ NASRUDIN TONTAWI YANG BERAHI SANGAT NYALAKAN ISU PERKAUMAN TANGLUNG



Din...! Hang tanya dalam isu tanglung, awat menteri turun sampai tujuh orang? Kalau lapan atau sepuluh pun apa masalahnya, itu menteri kami. Awat hang gabra pulak?

Ada alasan ramai menteri turun ke sekolah di Puchong dalam isu tanglung. TPM pun turun. Menteri agama pun turun. Ada menteri Melayu, India dan Cina. Semua bangsa. Pasai apa?

Kalau hangpa tanya, awat ramai sangat, jawabnya pasai nak redakan keadaan. Pasai nak didik orang ramai, nak tunjuk kepada umum, betapa kerja jahat hangpa dan geng hangpa dalam isu tanglung, kerajaan serius untuk tangani.

Isu apa dengan tanglung ni? Ya, isu perkauman. Hangpa dan geng hangpa lah yang dok kipas isu tanglung, dok main isu tanglung nak bagi jadi isu perkauman. Kemudian hangpa berlagak warak, hangpa campur sikit dengan isu agama.

Hangpa kipas isu tanglung bagi menyala sebab hangpa benci kerajaan yang ada. Hangpa nak ambil kesempatan politik. Menteri turun ramai hangpa bising, menteri tak turun hangpa bising.

Menteri turun ramai sebab nak tunjuk kata kerajaan konsisten menentang kerja jahat hangpa dan geng hangpa yang tiap-tiap hari main isu perkauman. Kalau hangpa teringin sangat nak menang pilihanraya, carilah isu lain. Tok sah main isu perkauman.

Hangpa dan geng hangpa jahat Din woi...! Hangpa suka negara ni huru-hara. Hangpa suka Melayu dengan Cina berkelahi. Bila negara huru-hara, hangpa pun syok la sebab hangpa anti kerajaan yang ada. Hangpa mahu kerajaan ni jatuh.

Isu perkauman yang hangpa dok main ni bahaya Din woi...! Tak ada masalah apa pun dengan tanglung. Tapi geng hangpa pi kacau sekolah yang aman harmoni nak bagi Melayu dengan Cina benci membenci. Sebab tu menteri turun ramai sebab tak mau orang ramai terpengaruh dengan kerja jahat hangpa.

Menteri turun ramai pun hangpa main isu juga. Hangpa kata tengok, menteri bela Cina, bela tanglung? Cuba tengok perangai hangpa. Nanti kalau menteri turun sikit, hangpa kata pulak, tengok menteri tak serius dengan isu negara.

Begitulah perangai hangpa. Semua benda tak betul. Hangpa saja yang betul. Hangpa perasan diri hangpa suci. Perangai hangpa memang macam tu dari dulu sampai la ni.

Macam mana aku tahu perangai hangpa dulu dan la ni sama? Yalah...aku dulu kan geng hangpa jugak. Jadi aku tahulah...!

Ok Din...jumpa lagi dilain warkah. Pecah kaca pecah gelas. Jangan kona jangan pulas.

FB Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

ADUN NAFI TERLIBAT





Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) menafikan dakwaan tular bahawa beliau ditangkap dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara, pagi ini.
Adhif Syan Abdullah sebaliknya berkata beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.
Mesej tular itu mendakwa Adhif Syan ditangkap bersama 10 lagi pegawai kerajaan pada jam 1.30 pagi tadi.
Beliau yang juga pengerusi Bersatu Selangor berkata bertemu anggota parti di Dengkil, Selangor, sebelum pulang ke rumah.
Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah menafikan isu kontroversi di media sosial yang mendakwa beliau ditangkap dan diuji positif dadah di sebuah kelab malam sekitar Damansara awal pagi tadi.
Sebaliknya, Adif Syan mendakwa bahawa beliau di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, semalam.
“Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Isu kontroversi yang tular di media sosial itu mendakwa Adhif Syan ditangkap dengan 10 pegawai kementerian lain yang tidak dikenali pada jam 1.30 pagi tadi.
Ketua Pemuda Selangor Bersatu juga mendakwa bahawa dia mengadakan pertemuan dengan anggota parti di Dengkil sebelum pulang ke rumah malam tadi.
“Saya tengah berehat….seminggu ini tak sihat,” katanya dalam menjawab kenyataan yang di Facebook.
Beliau juga menyifatkan dakwaan itu merupakan cubaan "sabotaj" menjelang pilihan raya parti Bersatu tahun ini.
"Saya akan buat laporan polis tidak lama lagi," katanya.

Sumber dari Bersatu juga menjelaskan bahawa beliau dimaklumkan mengenai serbuan dan penangkapan itu, dan difahamkan Adhif Syan telah dibebaskan dari reman.
Malaysiakini sedang berusaha untuk mengesahkan lebih banyak maklumat berkenaan serbuan itu,
Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mohd Khalil Kader Mohd berkata, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dijangka akan memberi penjelasan lanjut pada sidang media petang ini.

Bas PH vs Bas UMNO/PAS.



 Hj Muhammad Yahaya

Bas PH.... Bas baru. Lps pakai dua thn... Ada la satu dua 'minor' problems... Ada satu dua blower aircond tersumbat sikit2... Alignment tayar ada lari sikit, sebab bnyk kali langgar lubang... Lain2 semua okay.

Bas UMNO/PAS?.... Allahu... Aircond... bukan setakat satu dua blower tersumbat...compressor pun jem bnyk thn dah... Tayar 6 biji... termasuk spare semua gelong habih.... Body tak yah cakap la.. berkarat kalat...lantai pun boleh nampak jalan... Kusyen berkulat hapak...

Pelik..... Masih ada lagi penumpang yg kondem Bas PH yg sedikit sebanyak ada kekurangan.. dan dlm masa yg sama sanggup turun dari bas PH dan memilih utk naik Bas UMNO/PAS yg sudah jahanam lingkop....

Sampai la ni pak aji masih tak paham...
😎😎😎

Hj Muhammad Yahaya..


GERAKAN , MCA ADA BUAT MACAM NI KAH.



Mohd Fauzi Mat Azmi




Gerakan & MCA ada buat macam ni ke..? PAS sendiri pernah buat macam ni ke..? Sembang lebat babi terbang tapi praktikal kosong. Lepas tu dok salahkan PH. Ale uto lu la walaun...

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong, 53, tampil menganjurkan pertandingan seni kaligrafi Jawi dan tulisan Cina, yang disertai lebih 100 peserta.

Pertandingan itu mendapat sambutan memberangsangkan dari pelbagai lingkungan umur dan bangsa.

Pesertanya pula sanggup datang dari negeri Johor, Melaka, Kelantan dan Perak untuk menyertai pertandingan itu di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Menurut Lee, pertandingan itu bertujuan untuk memeriahkan kawasan yang ditadbirnya kerana Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan pekan yang jauh dari arus pemodenan.

“Saya mahu jadikan Kuala Kubu Bharu sebagai pekan seni, sebab tempat kita sunyi.

“Masa pertengahan tahun ini, saya fikir mahu buat pertandingan kaligrafi Cina sahaja sebab senang untuk diuruskan.

“Kebetulan semasa saya melawat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), saya dapat idea untuk buat tulisan Jawi juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

HUJAH MAHATHIR PERTAHAN KP SPRM BERCANGGAH ‘RULE OF LAW’



Di sebalik pelbagai pihak mengecam Latheefa Koya berhubung tindakan SPRM mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib Razak berkaitan cubaan menutup skandal 1MDB, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, apa yang dilakukan agensi pencegah rasuah itu bukanlah suatu kesalahan.
Katanya, tindakan SPRM itu adalah sama seperti PDRM menunjukkkan barang-barang rampasan di kediaman Najib pada 2018 dahulu.
“Saya sokong atau tidak sokong tidak penting. Yang penting sama ada benda tu (pendedahan rakaman audio) boleh buat.
“Dulu boleh buat, bila raid (kondominium) Pavilion. Kita dapati barang yang banyak dimiliki Rosmah dan Najib, kita tunjuk pada orang ramai. Kita tak sembunyi sampai perbicaraan,” kata Tun Mahathir lagi.
Adakah kita boleh setuju dengan hujah Tun Mahathir?
Kalau begitu, bolehkah PDRM mendedahkan video kes rogol sebelum mendakwa perogolnya ke mahkamah?
Atau dalam kes yang lebih spesifik, kenapa pihak polis sebelum ini tidak mendedahkan video seks sejenis yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehawal Ekonomi, Azmin Ali di mana sekurang-kurangnya dengan tindakan itu orang awam dapat membantu Peguam Negara daripada kekaburan mengenalpasti identiti pelakunya?
Sebenarnya, hujah Tun Mahathir dalam mempertahankan Latheefa itu bukan saja tidak masuk akal, bahkan langsung tidak berlandaskan kedaulatan undang-undang.
Dalam kes serbuan seperti barang kemas atau dadah misalnya, pihak polis mendedahkannya bagi tujuan memberi maklumat kepada orang awam serta barangaj itu untuk dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.
Tetapi, rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM itu berlaku ketika perbicaraan Najib berkaitan 1MDB sedang berjalan.
Dengan yang demikian, tindakan SPRM itu adalah sub judice, menghina mahkamah serta menganggu perbicaraan yang sedang berlangsung.
Lagi pun, dalam kes mendedahkan hasil serbuan, pihak polis yang melakukan serbuan dan pihak polis juga yang mengadakan sidang akhbar mendedahkannya.
Ia berbeza dengan rakaman audio di mana SPRM mendakwa ia diberikan rakaman itu oleh pihak yang tidak dikenali, lalu mengadakan sidang akhbar mendedahkannya kepada umum sebelum menyerahkannya kepada polis untuk disiasat.
Oleh kerana menyiasat rakaman audio itu bukan dalam bidang kuasa SPRM, sebaliknya merupakan bidang tugas PDRM, Latheefa sepatutnya menyerahkan semua rakaman audio yang diperolehinya itu kepada pihak polis untuk disiasat.
Kemudian, terserah kepada pihak polis jika mahu mengadakan sidang media mendedahkan kandungan rakaman audio itu atau mahu membuka kertas siasatan baru terhadap Najib.
Persoalan pokok ialah SPRM tiada kena-mengena untuk menyiasat perkara berkaitan konspirasi, salah guna kuasa kuasa atau membocorkan maklumat yang dikaitkan dengan rakaman audio itu.
Maka, jika bukan bidangnya untuk menyiasat, SPRM juga tiada kuasa untuk jadi gatal tangan mengambil alih tugas polis mendedahkan rakaman itu bagi didengarkan kepada kepada umum.
Dalam hal ini mengapa Tun Mahathir mempertahankan Latheefa?
Oleh kerana Latheefa dilantik oleh Tun Mahathir, walaupun perlantikannya bertentangan dengan semangat reformasi PH, mahu tak mahu, Perdana Menteri terpaksa mempertahankan orang pilihannya itu.
Meski dalam hal ini, hujah Tun Mahathir adalah logik akal semata-mata, separuh masak serta bertentangan dengan kedaulatan undang-undang. (ShahbudinHusin 13/01/2020)

RAMAI KENA ANGKUT.SILA SEMAK NAMA.



Shahbudin Hussein

Alamak....ramai rupanya yang turut kena tangkap. Mohon semak senarai di bawah, mana tahu termasuk sedara-mara, kawan dan kenalan kita....

MEREKA YANG TURUT DITANGKAP BERSAMA ADUN DENGKIL

Pada 12 Jan 2020, jam 1028, ASP Mohamed Salim bin Ahmad Tajudeen - KPB Petaling telah membuat laporan polis berhubung tangkapan ke atas Adhif Syan bin Abdullah bersama 16 individu lain (10 (L) Melayu, 1 (L) Cina, 5 (P) Melayu dan 1 (P) Indonesia) atas kesalahan menggunakan dadah dan menganjurkan permainan judi di dalam premis. Tangkapan dibuat pada jam 0445 di premis GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, KL ketika sedang mengadakan 'private party'. Antara yang ditangkap adalah Muhammad Fadzil Mohd Ahmad - Peg. Khas Supol PM, Pizi bin Jihat - Peg. Khas TSMY, Ahmad Redzuan bin Mohamed Shafi - Peg. Khas Menteri Belia & Sukan dan Mohammad Haikal bin Hamzah - Peg. Khas ADUN Dengkil.

2. Pemeriksaan turut menemui 1 peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (0.5 gram), 1 piring kaca berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (0.3 gram), 1 batang rokok berisi ceraian daun-daun kering disyaki ganja (0.6 gram), daun terup dan cip nilai untuk bermain judi. Saringan air kencing mendapati 16 individu positif dadah termasuk ADUN Dengkil.  Kesemua tangkapan ditahan di Lokap Berpusat Jinjang. Petaling Rpt. 518-520/2020 adalah berkaitan dan kes diklasifikasikan di bawah Sek 12(2) & 15(1)(a) ADB 1952, Peraturan 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara dan Sek 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

*Terima kasih*
[1/12, 21:02] Supt AZMI PT E4: *TANGKAPAN MENARIK PERHATIAN 'PRIVATE PARTY' MELIBATKAN ADUN DENGKIL*

Pada 12 JAN 2020, jam 1028 satu laporan polis telah dibuat oleh (1)(L) Melayu berhubung tangkapan menarik private party melibatkan Adun Dengkil sebagaimana Petaling Report 518-520/2020.

*Butir-Butir Pengadu*

Nama : ASP MOHAMED SALIM bin AHMAD TAJUDEEN
Umur : 48 Tahun 10 Bulan
Jantina : Lelaki
Keturunan : Melayu
Pekerjaan : Pegawai Polis
Alamat Pej : Balai Polis Petaling, Batu 5 1/2, Jalan Klang Lama, KUALA LUMPUR
No Tel Pej : 03-7786222

*Ringkasan Kejadian*

Pada 12 JAN 2020, jam lebih kurang 0440 Kpl 163121, L/Kpl 202997 tugas (FRN) Ronda Motosikal kawasan pentadbiran Balai Polis Petaling terima arahan dari Balai Polis Petaling menghala ke Kondominium Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, KUALA LUMPUR kerana ada bunyi bising, jam lebih kurang 0445 sampai di lokasi dapati bunyi muzik sangat kuat dari premis beralamat GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, KUALA LUMPUR.

Seterusnya anggota FRM telah memaklumkan kepada pengadu berkenaan arahan tersebut, pengadu bersama Kpl 162650, L/Kpl 173749, 182679, 202515, Konst/W 204962 dan Kpl 172121, L/Kpl 167635 dan Konst 209309 (PTG 25 MPV) dan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik IPD Brickfields yang terdiri daripada Insp MOHAMAD REZA, D/Sjn 123599 ROSLI, D/Sjn 127052 SYUKRI, D/Kpl 141959 SHAKIRA dan L/Kpl 200087 SYAFIRUL sampai dilokasi, pengadu telah ketuk pintu beberapa kali dan telah dibuka oleh (1)(L)Melayu, pengadu telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dengan menunjukkan kad kuasa dan tahan lelaki tersebut serta merta untuk kemukakan pengenalan diri. Butir-butir pengenalan diri diberi adalah seperti berikut:-

1)Nama : MUHAMMAD FADZIL MOHD AHMAD (Lisan)
K/P : 810507-10-5739
Alamat : No 6, Jalan Meranti 3/7, 40000 Shah Alam, SELANGOR
Pekerjaan : Pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri

Seterusnya pengadu bersama saksi Polis masuk ke dalam premis dapati keadaan gelap dan muzik di pasang dengan sangat kuat. Pengadu kemudianya minta penama (1) nyalakan lampu dan berhentikan muzik. Pengadu dapati beberapa lelaki dan perempuan sedang duduk di atas sofa dalam keadaan khayal di bahagian ruang tamu premis. Sekali lagi pengadu telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada semua dan meminta kemukakan pengenalan diri.

Seterusnya pengadu telah arahkan kesemua saspek untuk mengeluarkan apa-apa barang salah yang ada dalam simpanan. Seterusnya penama (2) telah menyerahkan dengan tangan kanannya (1) peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (AB: 0.5 GRAM). Pemeriksaan di dalam premis dengan disaksikan kesemua saspek dan saksi polis yang hadir telah menjumpai (1) piring kaca yang berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (AB: 0.3 GRAM) dan (1) batang rokok berisi ceraian daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja (AB: 0.6 GRAM) di atas meja di hadapan tempat kesemua saspek duduk.

Seterusnya pengadu tangkap kesemua penama di atas kerana terlibat dengan aktiviti dadah. Gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah di bawah peraturan 25 (1) 👎 peraturan peraturan pendaftaran negara dan dipercayai menganjurkan permainan judi di dalam premis. Saya terangkan sebab-sebab tangkapan dalam bahasa yang mudah di fahami seperti yang di peruntukan di bawah Seksyen 28A KPJ dan diakui faham. Sesalinan borang bongkar telah di keluarkan dan ditandangani oleh kesemua saspek sebagai bukti rampasan. Tangkapan dan rampasan di bawa balik ke IPD BRICKFIELDS untuk tindakan lanjut.

*Butir-Butir Tangkapan*

Butir-Butir tangkapan adalah seperti berikut:-

1)Nama : MUHAMMAD FADZIL MOHD AHMAD (Lisan)
K/P : 810507-10-5739
Alamat : No 6, Jalan Meranti 3/7, 40000 Shah Alam, SELANGOR
Pekerjaan : Pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri
Urine : Positif

2)Nama : MOHD AKMAL HISYAM bin AHMAD TAMYIZ (Lisan)
K/P : 840921-14-5901
Alamat : No 112A Kampung Chenpedak, Sentul Pasar 51000, KUALA LUMPUR
Pekerjaan : Sendiri
Urine : Positif

3)Nama : ADHIF SYAN bin ABDULLAH
K/P : 810826-10-5031
Alamat : Lot 9701, Jalan Meranti  9, Kampung Sungai Rasau Pulau Meranti, 47120 Puchong, SELANGOR
Pekerjaan : YB Adun Dengkil
Jawatan : Ketua ARMADA SELANGOR merangkap Timbalan Pengerusi Bahagian Hal Ehwal Sukan Dan Kebudayaan Negeri SELANGOR
Urine : Positif

4)Nama : AMIR ADNAN bin MEOR NORDIN
K/P : 830321-10-5261
Alamat : 148, Jalan 2 Taman Seri Semenyih, 43500 Semenyih, SELANGOR
Pekerjaan : Usahawan
Urine : Positif

5)Nama : NORUL HASZARUL bin ABU SAMAH
K/P : 820101-01-7041
Alamat : No 28, Jalan Punggak Taman Mewah, 85300 Labis, JOHOR
Pekerjaan : Usahawan
Urine : Positif

6)Nama : PIZI bin JIHAT
K/P : 700504-01-5001
Alamat : No 42, Jalan C10 Taman Melawati, 53100 KUALA LUMPUR
Pekerjaan : Pegawai Khas Tan Sri Dato Hj MUHYIDDIN bin Hj MOHD YASSIN
Urine : Positif

7)Nama : AHMAD REDZUAN bin MOHAMED SHAFI
K/P : 900317-14-5333
Alamat : D-1-4 Pangsapuri Mawar Sari D Jalan AU3 17/56, 54200 KUAL LUMPUR
Pekerjaan : Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan
Urine : Positif

8)Nama :SULAIMAN bin ABU BAKAR
K/P : 841224-14-5521
Alamat : No 55, Jalan 17/46 Bandar Tasik Selatan, 57100 KUALA LUMPUR
Pekerjaan : Pegawai Perbadanan Padang Golf Subang
Urine : Negetif

9)Nama :MOHAMMAD HAIKAL bin HAMZAH (Lisan)
K/P : 930504-10-6257
Alamat : No 12, Jalan Bawal Satu 17/3A Seksyen 17, 40200 Shah Alam, SELANGOR
Pekerjaan : Pegawai Khas Adun Dengkil
Urine : Positif

10)Nama : ABU BAKAR bin ABU KADIR(Lisan)
K/P : 830502-01-5353
Alamat : No 58 Jalan Meranti 13, Taman Sri Pulai, 81110 Johor Baru, JOHOR
Pekerjaan : Sendiri
Urine : Positif

11)Nama : KAU Git Kuar(Lisan)
K/P : 671129-10-5899
Alamat : No 108, Jalan 1/149L, Taman Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 KUALA LUMPUR
Pekerjaan : Sendiri
Urine : Positif

12(Nama : NURHANNA ATIKAH bt HISHAM
K/P : 980414-01-6608
Alamat : No 12 Jalan Semarak, Felda Redong Satu, Labis JOHOR
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Urine : Positif

13)Nama : NUR MARYAM bt ISHAK
K/P : 900103-14-5178
Alamat : Blok 43-15-04, PPR Gombak Setia, Off Jalan Gombak, KUALA LUMPUR
Pekerjaan : Penganggur
Urine : Positif

14)Nama : JUVIENNA SANGGU ANAK ENTILI
K/P : 940910-13-5386
Alamat : No 19, Jalan Cemai 3, Taman Gembira, Jenjarom SELANGOR
Pekerjaan : Pelajar UNITAR Kelana Jaya
Urine : Positif

15)Nama : SITI AZALIFAH bt TADAN
K/P : 831017-13-5508
Alamat : No 2351 Lorong C 5, PPR Fasa 2, Petra Jaya Kuching, SARAWAK
Pekerjaan : Kerani Syarikat Bizsuria Managment
Urine : Positif

16)Nama : YSHRIN (Lisan)
NO K/P: 900122-12-6298
ALAMAT: 57, SS 21/22, Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR 
PEKERJAAN: Penganggur
Urine : Positif

17)NAMA: VIVI MEGAWATI
NO PASPORT: B5545696
ALAMAT: Jalan Kota U/8 102 Bukit Jelutong, Shah Alam SELANGOR 
W/NEGARA: INDONESIA 
PEKERJAAN: Penganggur
Urine : Positif

*Butir-Butir Rampsan*

Antara butir-butir rampasan adalah seperti berikut:-

a)(1) Peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (AB: 0.5 GRAM)

b)(1) piring kaca yang berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (AB: 0.3 GRAM)

c)(1) batang rokok berisi ceraian daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja (AB: 0.6 GRAM) 

d)(52) KEPING DAUN TERUP

e)(20) KEPING CIP NILAI (1)

f)(20) KEPING CIP NILAI (2)

g)(20) KEPING CIP NILAI (5)

h)(20) KEPING CIP NILAI (10)

i)(20) KEPING CIP NILAI (20)

*Tindakan Polis*

Kes telah disiasat oleh Insp G23851 AZRUL SYAHARI bin SAHAR dan kes  diklasifikasikan sebagai Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen ADB 1952, Sekayen 15(1)(a) 1952, Peraturan 25 (1) 👎 Peratuan-peraturan Pendaftaran Negara dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

*Tindakan Cawangan Khas*

Pihak Cawangan Khas telah berhubung dengan Pegawai Penyiasat untuk mendapat butiran sebenar, difahamkan pada 12 JAN 2020 jam lebih kurang 0445, semasa pengadu bersama anggota Team Pencegahan Jenayah Balai Petaling membuat rondaan cegah jenayah telah mengetuk pejabat tersebut. Lokasi tersebut adalah sebuah pejabat beralamat GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, KUALA LUMPUR.  Terkesan semasa pemeriksaan dapati terdapat (10) Melayu,(1) lelaki Cina dan (5) perempuan Melayu (1) perempuan Indonesia yang sedang berhibur.Pemeriksaan dapati (1) Vvip Lelaki melayu iaitu YB ADHIF SYAN bin ABDULLAHA (Adun Dengkil).

*Ulasan*

Tangkapan oleh pihak Polis melalui satu aduan oleh (1)(L) India kerana telah mendengar muzik yang sangat kuat diatas kondominium tersebut, hasil semakan dan pemeriksaan mendapati kesemua individu tidak sedarkan diri kerana kesemua dalam keadaan khayal.

Kesemua tangkapan seramai (17) orang dan seramai (16) individu disyaki positif dadah jenis ketamin. Difahamkan premis tersebut dimiliki oleh (1)(L) Cina KAU Git Kuar yang merupkan rakan kepada Yb Adun Dengkil yang merupakan penganjur parti tersebut yang merupakan sebuah premis peralatan sukan(sendiri) maklumat awal mendapati bahawan penganjur adalah rakan kepada Yb tersebut. 

Kesemua tangkapan direman selama 3 hari di Lokap Berpusat Jinjang.

ADUN DENGKIL BERSABIT KES NARKOTIK?



ADUN DENGKIL BERSABIT KES NARKOTIK

Pada 12 JAN 2020, jam 1028 satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis dari balai polis Petaling berhubung tangkapan dalam penganjuran 'private party melibatkan Adun Dengkil sebagaimana Petaling Report 518-520/2020.

Nama : ADHIF SYAN bin ABDULLAH
K/P : 810826-10-5031
Alamat : Lot 9701, Jalan Meranti  9, Kampung Sungai Rasau Pulau Meranti, 47120 Puchong, SELANGOR
Pekerjaan : YB Adun Dengkil
Jawatan : Ketua ARMADA SELANGOR merangkap Timbalan Pengerusi Bahagian Hal Ehwal Sukan Dan Kebudayaan Negeri SELANGOR
Urine : Positif

Tangkapan dibuat oleh pihak ipd Brickfields di alamat GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, KUALA LUMPUR. Kehadiran polis pada awalnya atas aduan orang awam berikutan bunyi bising didalam premis tersebut. Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat penganjuran 'private party' melibatkan 17 orang termasuklah 6 orang wanita. Dalam pemeriksaan mendapati wujud penggunaan dadah/judi dan saringan awal mendapati adun dengkil turut positif dadah.  Kini adun dengkil ditahan di lokap balai jinjang, Kuala Lumpur dan direman selama 3 hari.

Haaaa!????

B40 BAKAL DAPAT KAD SKIM PERUBATAN PERCUMA.



Rakyat berpendapatan dibawah 40 peratus (B40) bakal menikmati skim kad kesihatan percuma yang dijangka mula diedarkan Februari depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata kerajaan negeri ketika ini sedang memutuskan kaedah terbaik untuk mengenal pasti kumpulan sasar yang layak.

Katanya, sebanyak RM500,000 akan diperuntukkan terhadap skim itu tahun ini sebagai manfaat kepada golongan memerlukan

BERITA YANG DISAKITI BUAT PEMBANGKANG..



Ketika pentadbiran PH berusaha bersungguh utk memperkasakan & memartabatkan tulisan Jawi, ketika itulah dakyah & fitnah pembangkang cuba menabur fitnah terhadap kerajaan hari ini kononnya tulisan Jawi semakin terhapus semenjak PH berkuasa..

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka bermula tahun ini.

"Pelaksanaan ini juga termasuklah di peringkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks ucapan,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar,di sini, hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, beliau menyokong sepenuhnya usaha menggunakan tulisan Jawi itu kerana dapat memperkasakan lagi tulisan berkenaan di negeri ini.

"Semua di bawah jabatan agama Islam (termasuk MAINJ) mestilah menggunakan tulisan Jawi untuk memperkasakannya.

"Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis Jawi, jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini," katanya. - BERNAMA 

#PerkasaTulisanJawi
#TulisanJawi

~SR

Selepas 63 tahun merdeka baru sekarang orang Melayu sedar ;



Hamzina Hamzah




Selepas 63 tahun merdeka baru sekarang orang Melayu sedar ;

1. Catat sejarah Perdana Menteri M'sia yang pertama didakwa di mahkamah atas pertuduhan konspirasi jenayah peringkat tertinggi.
2. Ramai pemimpin melayu UMNO diheret ke mahkamah di atas pertuduhan kesalahan rasuah, ubah wang haram & salah guna kuasa.
3. Tulisan jawi dipinggirkan.
4. Tanglung dipasang ketika menyambut tahun baru cina.
5. Bangsa Melayu ramai yang miskin.
6. Orang Melayu membeli barangan halal yang dibuat oleh kilang orang cina.
7. Orang Melayu banyak yang membeli di kedai cina.
8. Tanah rezab Melayu semakin hilang.
9. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.
10. Harga barang naik
11. Peniaga melayu kena tindas
12. DAP parti Cina, MCA MIC parti Melayu

Itupun sebab UMNO BN kalah dalam PRU14. Agaknya kalau UMNO perintah sampai kiamat sampai kiamatlah orang Melayu tak sedar. 😟😟

* Diubahsuai dari artikel asal oleh 'Mijorin Natiays'

PAS JANGAN BAWA POLITIK KEBENCIAN KE SABAH

LABEL WARISAN PRO FILIPINA: UMNO HILANG PEDOMAN – SHAFIE

JAWAPAN KEPADA SENARAI BODOH PERISTIWA BURUK ZAMAN PH MEMERINTAH YANG DIREKA PEMBANGKANG

(function() { var d = document, w = window; w

RINGKASAN IMBUHAN YANG DITOLAK ANWAR