KES ISA SAMAD - ZAHID MAT ARIP SETIAUSAHA POLITIK TUN M MENGAKU MENJADI 'TUKANG KUTIP DUIT?"



Zahid Mat Arip adalah merupakan Setiausaha Politik kepada PM, Tun Dr Mahathir dan beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.  Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. 



Apabila membaca laporan dari perbicaraan kes melibatkan Isa Samad, teramat jelas peranan yang telah dimainkan oleh Zahid Mat Arip sewaktu beliau bekerja dengan Isa Samad.  Beliau sendiri mengaku menjadi 'tukang kutip duit' untuk Isa Samad, ertinya beliau sedar beliau telah bersubahat dan bekerjasama dengan Isa Samad.  Sila rujuk beritanya di sini  


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/13/i-was-paid-up-to-rm50000-to-collect-money-for-isa-says-ex-aide/?fbclid=IwAR21g5iqt37rKY_FcsX9P2MaKbg6RSuNtpRBkLjTuRWTbhEfiMuvlofqajA

Tidak pelik dan menghairankan sekiranya beliau lantang di dalam menyerang Anwar Ibrahim sejak dulu hingga sekarang.  Beliau di antara yang amat sensitif jika ada pihak yang bercakap tentang peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar.  Tidak sukar untuk memikirkan mengapa Zahid Md Arip ini amat memerlukan Tun M terus menjadi PM dan terlalu gusar sekiranya Anwar mengambil alih jawatan tersebut dalam tempuh terdekat ini.  

Sewajarnya, di dalam pemerintahan kerajaan Malaysia Baru yang mahu melaksanakan reformasi di dalam negara ini, orang seperti Zahid Mat Arip ini tidak patut dikutip apatah lagi bekerja di sebelah PM.  Apakah rakyat boleh yakin dengan kerajaan sekiranya Isa Samad diputuskan bersalah nanti manakala Zahid Mat Arip terus bekerja dengan PM?  Kalau Isa Samad didapati bersalah menerima rasuah, tetapi 'tukang kutip duit' ini terlepas atas alasan menerima arahan, apakah kita boleh menerimanya?

Jelas, mana-mana pihak atau individu yang terlalu gusar jika Anwar menjadi PM sudah pasti ada 'kes' yang menghantui mereka.  Tun M selaku PM yang diberi mandat oleh rakyat melalui Pakatan Harapan harus berani bertindak sejajar dengan manifesto PH.  

WFAUZDIN NS

No comments: