Mohd Fauzi Mat Azmi
Gerakan & MCA ada buat macam ni ke..? PAS sendiri pernah buat macam ni ke..? Sembang lebat babi terbang tapi praktikal kosong. Lepas tu dok salahkan PH. Ale uto lu la walaun...
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong, 53, tampil menganjurkan pertandingan seni kaligrafi Jawi dan tulisan Cina, yang disertai lebih 100 peserta.
Pertandingan itu mendapat sambutan memberangsangkan dari pelbagai lingkungan umur dan bangsa.
Pesertanya pula sanggup datang dari negeri Johor, Melaka, Kelantan dan Perak untuk menyertai pertandingan itu di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Menurut Lee, pertandingan itu bertujuan untuk memeriahkan kawasan yang ditadbirnya kerana Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan pekan yang jauh dari arus pemodenan.
“Saya mahu jadikan Kuala Kubu Bharu sebagai pekan seni, sebab tempat kita sunyi.
“Masa pertengahan tahun ini, saya fikir mahu buat pertandingan kaligrafi Cina sahaja sebab senang untuk diuruskan.
“Kebetulan semasa saya melawat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), saya dapat idea untuk buat tulisan Jawi juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.