BERITA PALSU KONONNYA PENDUDUK DIUSIR


Ada pihak yang menularkan berita palsu kononnya penduduk Kampung Mutiara Batu Ferringgi telah diusir daripada kampung mereka tanpa diberi apa-apa pampasan atau bantuan daripada kerajaan.



Hakikatnya Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang telah menghentikan tindakan pengusiran oleh tuan tanah yang telah menang kes samannya terhadap penduduk di mahkamah. Ekoran rundingan pelbagai pihak, kemelut yang berlarutan sejak tahun 90-an telah berjaya diselesaikan dengan bantuan Kerajaan PH.

Pada November 2019 yang lalu, seramai 75 keluarga Kampung Mutiara Batu Ferringgi telah menerima kunci unit kediaman sementara di Selasih Court Tanjung Tokong. Bantuan juga dipanjangkan kepada baki keluarga yang akan dipindahkan secara berperingkat. Dengan kerjasama pihak UDA, Kerajaan PH akan cuba menyelesaikan isu yang sama bagi penduduk kampung-kampung bersebelahan.

No comments: