TERBAIK... DEPA CAKAP BAHASA APA YA... OOOOO... MAMAT OASIR MAS TU KATA PRESIDEN TURKI TAK PANDSI BAHASA INGGERIS. DIA PANDAI KAH?


 PM Anwar memandu Presiden Erdoğan, tanpa security, tanpa bodyguard.

PELABURAN BANYAK DARI TURKI. HADIAH KERETA BUAT PMX


 PM Anwar memandu Presiden Erdoğan, tanpa security, tanpa bodyguard



HADIAH KERETA.

 


MP NI BENGGONG JA DIA.


 

PEGAWAI TUDM MEROYAN DALAM SOSMED PASAI PA LAK DIA NI


 

PMX MELAWAK PASAI GULA.


 

SEMUA TAK KENA


 

NI SATUBLAGI PARTI SEMBANG.


 

HANGPA PERCAYA KA SANUSI TU... MELINGKUP HABIH


 

LAAA.. TAK DA BAJU WARNA LAIN GAMAKNYA... SERUPA KOMENWH OOOO


 

ERDOGAN TAK KELAPAQ JUMPA PRESIDENG HANGPA AIHHH... INGAT RISIK DIA TAK BAGI TAU KE DIA KA? NAK PEKENA ORANG JA... HA HA..

 

DESA HM



Depa dah prepare siap-siap design poster... tunggu dapat confirmation tarikh jer..



Walaun pun standby dah nak up dalam status medsos...


Tunggu punya tunggu... tak dapat tarikh.. 


Tambah melukakan... sebaik selesai program bersama PMX, Erdogan terus terbang ke Indon...


Adoiiii... malu yang teramat..


🤣🤣🤣🤣🤣🤣

.



WALAUN KATA TAK BUAT APA.


 

PMX DAN SHEIKH QATAR ISU GAZA

 


Lewat malam tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat yang juga merupakan Menteri Luar Qatar, Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani.



Menerusi perbualan telefon ini, kami berbincang mengenai situasi terkini di Gaza terkait perlanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.


Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh TYT Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman Rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan.


Saya turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendokong setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza.


#MalaysiaMADANI



MACAMANA DIA NAK PERTIKAI PERATUS BAGAI.. DIA BUKAN LULUS SPM PUN-BERSIAP LA KO!! - PERSOAL KERAJAAN PERPADUAN - TUNGGANG ISTANA | Fadhli ...



KAMU AKAN KENA YB! Dalam mereka menyerang PMX Anwar Ibrahim, ayat yang sama mereka memperkatakan tentang institusi raja (Agong). Adakah YB Fadhli Shaari yang mempersoalkan titah Agong mengenai Kerajaan Perpaduan mengulangi hasutan oleh MB Sanusi yang didakwa menghasut Agong?





"NETIZEN KATA HANTU FAWAS" ISWARDY GELAK TAK HENTI !

MAHATHIR MARAH TIDAK DAPAT JUMPA ERDOGAN BENARKAH BEGITU CERITANYA? FORU...

Terjawab kenapa Bersatu terpaksa buat gimik PRU mengejut…



 



Pemerhati politik menjangkakan hubungan Bersatu dan Pas sedang renggang, menjadi punca parti diketuai Tan Sri Mahiaddin Md Yassin itu terpaksa menyebarkan desas desus pilihan raya mengejut.

Mohd Sayuti Omar berkata, ia adalah gimik bagi mengeratkan semula hubungan politik dalam Perikatan Nasional (PN) kerana perubahan dalam Pas dianggap cukup membimbangkan Bersatu.

“Bacaan politik saya; Bersatu buat kenyataan itu kerana ia kini sudah terdesak kerana hubungannya dengan Pas sudah renggang.



“Jadi parti itu terpaksa buat gimik bagi mengeratkan semula hubungan politik mereka menerusi PN. Bersatu berharap kerenggangan itu tidak sampai retak, pecah dan mereka bercerai.

“Sebenar gelora angin tengkujuh dalam Pas sudah dihidu oleh Bersatu dan ia sangat membimbangkan tentang masa depannya,” katanya di Facebook.

Mohd Sayuti yang juga seorang penulis buku politik berkata, keparahan hubungan Bersatu dengan Pas persis penghidap kanser yang hanya dibatasi tempoh sahaja untuk berakhir.



Terdahulu tiada angin tiada ribut, Bersatu memberi bayangan mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut atau ‘snap election’ pada hujung tahun ini.


Bahkan Mahiaddin dikatakan sudah mengeluarkan arahan supaya jentera parti bersiap sedia.




Mitos Dongeng UMDAP

 

CNP


Apekah tujuan PN PAS,BERSATU menggunakan ayat UMDAP?UMDAP di gunakan sebenarnya bukan untuk menyerang PH DAP tetapi mahu menakutkan kamu Ahli2 BN UMNO yang di bawah supaya tidak percaya kepada Zahid Hamidi dan MKT untuk terus bersama PH pimpinan Anwar Ibrahim bersama sama menghadapi PRU16.Kepada semua penyokong2 tegar PH di mana2 negeri,walaupun BN Johor layan PH Johor macam anak tiri dengan menafikan jawatan2 di mana2 peringkat harap anda semua bersabar dan akur sahaja.


Kita tengok PRU16 nanti.Jika PH BN masuk PRU16 sebagai SATU tapi tanding LAMBANG SENDIRI maka anda yang calon BN tanding di tempat itu undilah calon BN itu ramai2 di Parlimen atau DUN itu.Kita husnuzon ahli2 BN UMNO akan undi calon2 PH ramai2 seperti kita undi calon BN nanti.Korang jangan risau sabotaj apa Insya Allah PH akan tetap menang Parlimen terbanyak dengan PH DAP menang 40-50 Parlimen berbanding UMNO,PKR,PAS,Amanah.Dengan 40+ parlimen di sumbangkan DAP,PKR + AMANAH cuma cari selebihnya iaitu 60 parlimen.


Percayalah PH tetap menang Parlimen terbanyak dan Anwar Ibrahim kembali di angkat jadi Perdana Menteri penggal kedua berturut turut.Itu jaminan saya kepada kamu semua.Usah di layan cerita karut marut Lim Sian See,Papagomo,Chegubard dan yang seangkatan dengan mereka.Anwar pilihan tunggal anda PRU16 di angkat semula mengetuai Malaysia.



Hadiah Kereta EV Togg Cerminan Komitmen Malaysia-Turkiye Teroka Kerjasama – PM Anwa

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandu kenderaan elektrik (EV) berjenama TOGG yang turut dinaiki bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan menuju ke Seri Perdana selepas menerima kenderaan tersebut sebagai hadiah tanda persahabatan kedua-dua negara sempena lawatan Presiden Erdoğan di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Feb – Menghadiahkan kereta elektrik (EV) buatan dan kebanggaan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan negaranya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya merupakan kenangan terindah yang dicipta kedua-dua pemimpin itu.

Menerusi hantaran di platform sosial malam ini, Perdana Menteri berkongsi pemberian kenderaan model Togg T10X yang beroperasi di kilang utamanya di Gemlik, wilayah Bursa.

Beliau menyifatkan hadiah berkenaan mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, sama ada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kenderaan elektrik (EV) berjenama TOGG yang dinaiki bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menuju ke Seri Perdana selepas menerima kenderaan tersebut sebagai hadiah tanda persahabatan kedua-dua negara sempena lawatan Presiden tersebut di Putrajaya. Foto Facebook AK Parti

“Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menghadiahkan kereta elektrik buatan dan kebanggaan Turkiye yakni TOGG kepada negara.

“Pemberian ini mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, samada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.

“Malaysia dan Republik Tukiye akan terus memperkukuh dan memanfaatkan persahabatan erat yang terjelma serta memungkinkan lembaran baharu dalam hubungan strategik yang pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandu kenderaan elektrik (EV) berjenama TOGG yang turut dinaiki bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan mengelilingi sekitar Seri Perdana selepas menerima kenderaan tersebut sebagai hadiah tanda persahabatan kedua-dua negara sempena lawatan Presiden Erdoğan di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata pemberian itu adalah sempena lawatan rasmi Erdogan selama dua hari ke Malaysia yang berakhir hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri hari ini menerima sebuah EV Togg sebagai hadiah daripada Presiden Turkiye.

Erdogan menghadiahkan Togg T10X berwarna putih itu kepada Anwar sebagai tanda persahabatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kenderaan elektrik (EV) berjenama TOGG yang dinaiki bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menuju ke Seri Perdana selepas menerima kenderaan tersebut sebagai hadiah tanda persahabatan kedua-dua negara sempena lawatan Presiden tersebut di Putrajaya. Foto Facebook AK Parti

Anwar kemudiannya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya itu ke Kompleks Seri Perdana bersama Erdogan bagi menyaksikan pertukaran perjanjian selain sidang media bersama serta jamuan makan tengah hari.

Ditubuhkan pada 2018, Togg adalah pengeluar EV nasional utama dan pertama Turkiye.

Terdahulu, Erdogan diberikan sambutan negara di Kompleks Perdana Putra, diikuti pertemuan empat mata dengan Anwar selama hampir satu jam, serta mesyuarat dua hala.




Persiap PH, BN Jadi ‘Kerajaan Menanti’ Di Kedah – Saifuddin Nasution

 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap hadir pada Majlis Bersama Prospek dan Keluarga sempena sambutan Thaipusam di Penjara Sungai Petani. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

SUNGAI PETANI, 11 Feb – Pakatan Harapan (PH) dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) sedang mempersiapkan diri sebagai ‘kerajaan menanti’ di Kedah menjelang pilihan raya seterusnya.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata selepas dilantik sebagai Pengerusi PH Kedah pada 7 Februari lalu, beliau melihat PH dan BN perlu menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat Kedah biarpun di posisi pembangkang negeri itu.

“Baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai bagaimana kami di Kedah boleh memposisikan diri kami sebagai pembangkang yang boleh dipercayai dan efektif.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap semasa hadir pada Majlis Bersama Prospek dan Keluarga sempena sambutan Thaipusam di Penjara Sungai Petani. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

“Kerana di Kedah ini, Kerajaan Perpaduan dianggotai PH dan BN adalah pembangkang, manakala Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan tapi pada masa sama kami mempersiapkan diri untuk menjadi ‘goverment in waiting’,” katanya.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga Sempena Sambutan Hari Thaipusam di Penjara Sungai Petani di sini, hari ini.

Saifuddin dilantik sebagai Pengerusi PH menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang menggalas tangggungjawab itu sejak 2022.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan sumbangan pada Majlis Bersama Prospek dan Keluarga sempena sambutan Thaipusam di Penjara Sungai Petani. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Ketika ditanya desas-desus beliau akan terus bertanding mana-mana kerusi di Kedah, Saifuddin berkata, perkara itu masih terlalu jauh dan fokusnya ketika ini adalah untuk mengetuai struktur parti.

Beliau turut memaklumkan PH dan BN Kedah juga akan mengadakan Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada Sabtu ini di Sungai Petani dengan dihadiri kira-kira 1,000 ahli kedua-dua gabungan itu.



Kelompok ‘tak cukup jumelohh’ pasti akan terus menyalak

 

Oleh JAMZURI ARDANI



Setelah lebih dua tahun Anwar Ibrahim jadi PM, saya nampak ada dua pencapaian penting beliau; pertama ialah kestabilan politik dan kedua ialah kestabilan ekonomi.



Ketika Anwar mula menjadi PM, negara kita baharu berhadapan dengan dua melapetaka besar; Langkah Sheraton dan Covid-19.



Langkah Sheraton adalah ibarat gemba bumi buat politik Malaysia. Ia telah menyebabkan politik negara hilang serinya. Kecurangan dan pembohongan para aktor politik negara telah menyebabkan rakyat terus hilang percaya kepada orang politik.

Kerajaan ‘Tebuk Atap’ pun gagal membina politik yang stabil akibat prasangka dan perebutan kuasa. Kestabilan politik negara telah menjadi mangsa besar Langkah Sheraton. Tanpa kestabilan politik negara tidak akan mampu bergerak ke hadapan.



Keputusan PRU-15 adalah titik baharu politik negara. Tidak ada blok politik yang berupaya membentuk kerajaan. Anwar cepat menghadam dan merangkul realiti dan keperluan politik baharu. Beliau segera tahu, masa untuk terus beretorik dengan politik lampau sudah tamat.


PMX di College of Europe di Brugge, Belgium pada 20 Januari lalu.


Keupayaan ini yang tidak ada pada pemimpin PN. Upaya politik mereka kerdil. Rangkulan politik mereka pendek. Jangkauan politik mereka bebal. Akhirnya, mereka terpaksa berpuas hati berdiri di pentas ‘tak cukup jumelohh’.


Kerajaan Perpaduan bermula dengan pelbagai asakan dan cubaan untuk merungkai ikatannya. Namun, semakin lama ia semakin padu dan utuh. Hari ini politik Malaysia sudah semakin stabil. Igauan Langkah Sheraton semakin memudar dan kelam .. dan kabur!

Ini satu pencapaian penting PMX.


Dari sudut ekonomi, nampak jelas kedudukan ekonomi negara juga semakin stabil. Seluruh petanda ekonomi makro negara menunjuk ke angka yang positif. Masih tidak sempurna, tapi sangat stabil.

Ini satu pencapaian besar setelah ekonomi dunia dilanda kejatuhan besar akibat Covid-19 dan Perang Rusia Ukraine.



Ini juga satu pencapaian penting PMX.

PMX hadir pada Mesyuarat Perpaduan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2023. Foto Afiq Hambali.

Saya sedar, PMX punya ‘hutang besar’ buat rakyat yang mendukung perjuangannya selama ini iaitu ‘perjuangan reformasi’. Namun, kita perlu berada di atas dunia nyata.

Reformasi institusi negara hanya boleh berlaku secara bermakna setelah kestabilan politik dan ekonomi direalisasikan.







Saya harap dan berdoa, kestabilan politik dan ekonomi ini kekal bagi membolehkan PMX melangkah ke fasa seterusnya yang pastinya lebih sukar dan mencabar.

Kelompok ‘tak cukup jumelohh’ pasti akan terus menyalak dan cuba mengambil apa sahaja kesempatan untuk menggugat apa yang dicapai oleh PMX.


Mereka akan terus mengocak emosi perkauman dan kebencian antara penganut pelbagai agama untuk menimbulkan kegawatan politik.


Mereka akan terus memetik angka-angka karut untuk menghasut rakyat agar marah dengan situasi ekonomi negara. Mereka akan gagal.






Presiden Erdoğan Tiba Di Jakarta Mulakan Lawatan Rasmi Ke Indonesia

 


Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan disambut Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada Selasa. Foto Presidential Secretariat BPMI

JAKARTA, 11 Feb – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi selama dua hari diiringi Wanita Pertama Emine Erdoğan.

Pesawat yang membawa Erdogan mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada 6.30 petang waktu tempatan Selasa (7.30 malam waktu Malaysia) selepas menamatkan lawatan rasminya ke Malaysia.

Ketibaannya disambut oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang turut hadir di lapangan terbang bagi meraikan kedatangannya.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan disambut Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada Selasa. Foto Diplomat Times

Pemimpin Turkiye itu diberikan sambutan karpet merah serta kawalan kehormatan oleh Angkatan Tentera Indonesia.

Satu upacara rasmi bagi menyambut Erdogan akan diadakan di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.

Dalam kenyataan sebelum berlepas baru-baru ini, Erdogan menekankan kepentingan lawatan itu yang bertepatan dengan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan disambut Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada Selasa. Foto Diplomat Times

Beliau turut menyuarakan harapan agar lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, khususnya Indonesia yang menempatkan Sekretariat ASEAN, serta Malaysia selaku pengerusi ASEAN ketika ini.


Pengerusi Mada ke Indonesia kaji padi 4 musim setahun


Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkunjung ke Jawa Barat, Indonesia bagi mengkaji aktiviti penanaman padi empat musim setahun.

Menurutnya, kunjungan dan perbincangan teknikal tersebut bersama Dinas Pertanian Kabupaten Serang hari ini untuk melihat secara langsung petak sawah yang menggunakan varieti padi dengan tempoh matang pendek.



Ismail Salleh

“Di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan ini, mereka telah menggunakan varieti 85 hari, penanaman padi empat musim setahun dengan potensi hasil sebanyak 12 mt/hektar..


“Dengan infra yang sederhana mereka berjaya lakukan ini semua. Kerjasama ini diharapkan akan memberi manfaat besar kepada para peladang kawasan MADA,” katanya lagi.







KENAPA TAK AJAK HADI AWANG?


Desa HM


Awat tak ajak Haji Hadi barua ??


Sri Sanjeevan Ramak


 PM Anwar Ibrahim tak hadir Thaipusam 2023 dan 2024. 


Dia melawat Batu Caves 4 hari sebelum Thaipusam. Itupun saya dengar hanya 30 minit. 




Hari Thaipusam dia jemput Presiden Turki datang ke Malaysia, jadi sudah ada alasan untuk tak hadir! 


Kaum India sila buka mata anda! 


Undi kaum India nak tapi tak boleh hadir ke Thaipusam untuk menyantuni mereka.



TERANCAM ??? KAT MANA YANG TERANCAMNYA. NI LEBAI HADI JUMPA PADERI PADERI..OK JA.


 

PENGEKSPORT BESI KE US AKAN HADAPI MASAALAH.


 

AIIKKK PULAK BUDAK NI

 


TAK JATUH LA.. KECUALI UNDI TAK PERCAYA. ITU PUN YDPA AKHIRNYA AKAN MENENTUKAN

 




1. Pertukaran PM semasa Langkah Sheraton dulu berlaku akibat PM masa tu meletak jawatan kerana "merasakan" beliau telah hilang majoriti, bukan dijatuhkan melalui undi tidak percaya.


2. Keabsahan seorang PM sebagai telah hilang majoriti sepatutnya dibuat melalui satu usul undi tidak percaya dalam Parlimen, bukan melalui SD atau apa apa cara lain di luar Parlimen. 


3. Tidak ada istilah pilihanraya mengejut jika PRU itu dibuat selepas genap 3 tempoh tempoh penggal Parlimen.



SIMPAN DAN KITA LIHAT SIAPA YANG TIDAK MENGHORMATI RAJA RAJA MELAYU. HANYA POLITIK. BUKAN BANGSA LAIN PUN.


 Harun Shah







Simpan untuk anak cucu , bukan golongan kita yang tak menghormati Raja Melayu tapi sebaliknya walaun yang tidak menghormati dan derhaka kepada Raja Melayu.


Kalau suatu masa nanti terjadi apa-apa kepada institusi Raja-Raja , kita jangan salahkan kaum lain tapi salahkan bangsa melayu kita sendiri.


Hanya gara-gara politik YDPA dihina disindir. 

Sedih aku tengok generasi kita sekarang YDPA sakit kot , kalau taknak berdoa diam.



TAK PERLU ADA PARTI AGAMA PUN.

 MSO


Pose istimewa untuk rakyat Malaysia. Alangkah indah dan idealnya pose ini jika ada wakil Pas dan Bersatu. 


Panorama yang kita doakan kemunculannya. Trims.




PAS TAK PERLU



INDEKS RASUAH

 


KUALA LUMPUR, FEB 11 - Malaysia mengekalkan kedudukan dan skor dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 oleh Transparency International, dengan mencatatkan 50 mata, sama seperti 2023.



Dalam laporan terbaharu kumpulan anti-rasuah itu, Malaysia kekal berada di tangga ke-57 seperti 2023 daripada 180 negara yang dinilai.


CPI menggunakan skala dari 0 (kadar rasuah tertinggi) hingga 100 (kadar rasuah terendah dan bersih).


Malaysia memperoleh 50 mata pada 2023, 47 pada 2022, 48 pada 2021, dan 51 pada 2020.


Transparency International Malaysia dalam satu kenyataan berkata walaupun kedudukan Malaysia dalam indeks CPI kekal tetapi Putrajaya perlu menyedari bahawa sasaran negara adalah untuk berada dalam kelompok 25 negara teratas menjelang 2033.


#BeritaKS



HAJI NI SAKIT HATI KENAPA NTAH.


Zuwairi Md Yusof


 Haji Walaun PAS Haji Tersakiti


Teruknya perangai Walaun yang ada status Haji ini ya.Kau cukup tersakiti sudah kenapa tak kenyang macam zaman PN 33 bulan duluka,kahkahkah.


Alas meja tak gosok penting sangatka untu,k gosok alas meja sebelum makan dengan tetamu itu?Syarat wajib makanka macam basuh tangan?Dia nak letak anak dia biarlah takkan nak letak anak bini ko pulak,kahkahkah





BERSATU SEDANG MENGGELABAH.


MSO

 Baca Politik 1.


Tanpa angin dan ribut Bersatu buat kenyataan yang mengejutkan kononnya piihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. 


Ekoran itu ramai memberi reaksi dan ada yang sudah muka tidak nyenyak tidur.


Bacaan politik saya; Bersatu buat kenyataan itu kerana ia kini sudah terdesak kerana hubungannya dengan Pas sudah renggang. Perubahan yang berlaku dalam Pas cukup membimbangkan mereka.


Jadi parti itu terpaksa buat gimik bagi mengeratkan semula hubungan politik mereka menerusi PN. Bersatu berharap kerenggang itu tidak sampai retak, pecah dan mereka bercerai.


Sebenar gelora angin tengkujuh dalam Pas sudah dihidu oleh Bersatu dan ia sangat membimbangkan tentang masa depannya. Keparahan hubungan Bersatu dengan Pas persis pengidap kanser yang hanya dibatasi tempoh saja untuk berakhir. Trims.