Lewat malam tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat yang juga merupakan Menteri Luar Qatar, Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani.
Menerusi perbualan telefon ini, kami berbincang mengenai situasi terkini di Gaza terkait perlanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh TYT Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman Rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan.
Saya turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendokong setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza.
#MalaysiaMADANI
No comments:
Post a Comment