KUALA LUMPUR, FEB 11 - Malaysia mengekalkan kedudukan dan skor dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 oleh Transparency International, dengan mencatatkan 50 mata, sama seperti 2023.
Dalam laporan terbaharu kumpulan anti-rasuah itu, Malaysia kekal berada di tangga ke-57 seperti 2023 daripada 180 negara yang dinilai.
CPI menggunakan skala dari 0 (kadar rasuah tertinggi) hingga 100 (kadar rasuah terendah dan bersih).
Malaysia memperoleh 50 mata pada 2023, 47 pada 2022, 48 pada 2021, dan 51 pada 2020.
Transparency International Malaysia dalam satu kenyataan berkata walaupun kedudukan Malaysia dalam indeks CPI kekal tetapi Putrajaya perlu menyedari bahawa sasaran negara adalah untuk berada dalam kelompok 25 negara teratas menjelang 2033.
#BeritaKS
No comments:
Post a Comment