BETUL KAH INI YANG BERLAKU ?DIMANA KERAJAAN NEGERI DAN JABATAN YANG BERKAITAN...SILA JAWAB


AS SALAM SEMUA MOHON BANTU USAHA USTAZ EBIT...POSTING NI SAYA SEMAK PADA TARIKH 31 MAC LALU...JADINYA IANYA BETUL.PIHAK BERWAJIB BOLEH MEMAINKAN PERANAN.SEDIH MACAM INI.KITA INDIVIDU JUGA BOLEH MEMAINKAN PERANAN.ADA NAMA PERTUBUHAN INI DAN BETUL.IANYA FB USTAZ EBIT.


Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini..hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.


Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..

Saya bawa pakcik pindah yer. Nak. Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar. 

Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.

Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai disitu.  Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376



PH lantik profesional pastikan GLC untung

PENJARAKAN PESALAH PKP ‘LANGKAH TIDAK BETUL’ – NGO

KLUSTER TABLIGH: KDN, MENTERI LUAR PERLU BERTANGGUNGJAWAB

ADA RUPANYA SUARA AMK.INGATKAN DAH BISU.



Malaysiakini
Saya mengecam keras tindakan Timbalan Menteri Wilayah, YB Santhara Kumar serta pihak polis yang mengusir Ahli Parlimen Batu YB P.Prabakaran ketika beliau mengadakan lawatan di Taman Sri Murni Selayang.
Perintah Kawalan Pergerakan di Taman Sri Murni telah diperketatkan dan beliau telah menerima beberapa aduan penduduk yang tidak mempunyai bekalan makanan kerana ramai yang belum bersedia dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diperketatkan di kawasan mereka.

YB P.Prabakaran kemudian turun bertemu penduduk di kawasan berkenaan untuk melihat keperluan penduduk namun diusir oleh Timbalan Menteri Wilayah sebelum siiring keluar.

YB P.Prabakaran juga diminta ke IPD Sentul untuk diambil keterangan kerana dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan selepas meninjau Pasar Borong Selayang yang telah diperketatkan kawalan pergerakan.
Ini merupakan tindakan yang tidak masuk akal untuk menghalang seorang wakil rakyat menjalankan kewajiban ketika rakyat memerlukan. Saya menggesa Menteri mahupun Timbalan Menteri dari Perikatan Nasional untuk mengenepikan perbezaan politik ketika rakyat memerlukan bantuan. Jangan hanya kerana YB P.Prabakaran seorang Ahli Parlimen pembangkang mereka menggunakan kuasa mereka untuk menyekat kerja-kerja beliau.

Razeef Rakimin
Ketua Penerangan AMK Sabah
Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah



MINDA KITA DIASUH DAN DIHIDANGKAN BAHAWA BANGSA CINA ITU KOMUNIS...


Khairy Kimi

Dari Minda Najah Asri
(Anak Perempuan Arwah Datuk Asri Muda bekas MB Kelantan/ YDP PAS Pusat)

Minda kita dibasuh dan dihidangkan dengan;
DAP = KOMUNIS
DAP = MUSUH ISLAM

Bagaimana pula dengan MCA?
Oh.. MCA okay.. tidak memusuhi Islam..

Kenapa MCA okay?
Sebab.. MCA adalah kawan UMNO.
Duduk dalam satu pakatan Barisan Nasional.

Sekarang mari kita lihat dari sudut politik kaum cina

Dulu, ramai cina duduk diam-diam sahaja.
Bagi mereka, wang adalah raja.
Tapi tak sama makna 'CASH IS KING' Najib tu.
Politik, mereka serahkan kpd MCA sbg wakil kaum cina.

Kemudian, lahir DAP.
DAP ditubuhkan pada bulan oktober 1965.. 16 tahun selepas wujudnya MCA.
Ketika itu sudah mula ramai aktivis cina memperjuangkan hak2 mereka.
Tambah2 bila dengar berita Singapura keluar daripada Malaysia di bulan ogos, tahun yang sama.

MCA? Mana mereka? Tidak berjuang utk rakyat cina ke?
MCA kan kawan UMNO.
Haah.. kawan yang sama2 dapat bahagian - satu untuk aku, satu untuk kau!
Sama2 dapat lesen utk merompak.
Tapi dalam diam la..

Dalam pada bergegar pemimpin UMNO kutuk cina, kaum cina @ MCA rilek jer..
Sekolah cina ada. Sekolah cina kerajaan ada. Sekolah cina swata ada.
Makin besar. Makin bertambah.
Tak cukup cikgu? Kerajaan hantar.
Tak cukup belanja? Kerajaan bagi.
Kaum cina tak pandai cakap melayu.. ada kerajaan BN bising?
Kaum cina buat syarat nak ambil pekerja di syarikat mereka.. 'mesti pandai berbahasa Mandarin', ada kerajaan BN ambil pusing?
Ada pemberita berani tulis?

DAP pun tak bising. Buat apa nak bising sb untungnya untuk kaum depa juga.

Tapi semakin hari, perangai rasuah dan menindas pemimpin MCA semakin buruk.
Sama buruknya dengan UMNO.

Seperti yg saya sebutkan awal tadi, bagi cina wang adalah raja.
Majoriti drp mereka berniaga. Mereka tak begitu berminat hendak ambil tahu pasal politik. Mereka lebih suka berniaga.
Cukup tahun, mereka bayar cukai.
Pemimpin melayu nak rompak wang rakyat melayu, rompak lah.

Tetapi..
Bila ekonomi negara semakin teruk.. rompakan bukan hanya melibatkan wang melayu tetapi juga melibatkan wang semua rakyat.. duit pembayar cukai.. mata mereka yang sepet, mula terbuka luas.
Mereka juga melihat kaum mereka sama buruknya dengan perangai orang melayu.

Maka, kaum cina beralih menyokong DAP.
MCA sudah tidak laku.
DAP semakin kuat dan bersatu.
Mereka dibantu oleh kaum mereka, baik secara terang2an mahupun secara sembunyi (sebab masih memerlukan tender kerajaan BN)

Maka.. tanya diri kita yang bijak.. siapa yang menyebabkan DAP kuat?
Siapa yang melindungi dan membuatkan kumpulan ngo cina menjadi begitu kuat dan lantang bersuara selama ini?

Bukankah kerajaan BN yang UMNO sebagai PM dan majoriti menteri dulunya?
Bila mereka kalah, mereka mula menjerit dan laungkan:
MELAYU TERANCAM!
DAP KOMUNIS MAHU MEMERINTAH MELAYU!

Kaum cina yang melayu benci sangat tu, adalah rakyat Malaysia.
Suka atau tidak, mereka ada hak sebagai warganegara. Sama macam orang melayu.
Sama-sama dapat satu keping kertas undi untuk parlimen dan dewan undangan negeri, bila tiba hari mengundi.

Cuma kelebihan melayu, kita ada hak-hak istimewa.
Contohnya dalam pendidikan dan milikan tanah. Itu pun tanah reserve melayu dah makin susut.. banyak dijual kepada cina. Siapa yang jual tanah reserve  melayu ni? Cina atau melayu?

Mentera MELAYU TERANCAM ini lah membuat ramai jiwa melayu kacau sekarang.
Mentera yang dizikirkan (dari bahasa arab yg bermaksud ingat dan sebut) oleh UMNO dan rakan baiknya PAS, di setiap ceramah. Baik dalam ceramah agama mahupun ceramah politik.

Dahulu, cina pilih MCA
Sekarang, cina pilih DAP.

Dahulu, DAP adalah musuh UMNO.
Sekarang, DAP juga musuh PAS.

UMNO dan PAS berjaya 'brain washed' sebilangan besar melayu.

Tapi cuba kita fikir.. kalaulah gabungan PERIKATAN NASIONAL ini menjadi kerajaan,
1) Adakah menteri drp kaum cina TIDAK akan dilantik?
MCA, sahabat baik UMNO ini sudah pasti tidak akan dilupakan.
2) Adakah budak cina jahat Jho Low akan dibawa balik?
Mungkin.. tetapi balik bukan sebagai penjenayah.

Ini baru cerita pasal politik kaum cina.
Politik melayu lagi la dahsyat.
Bersimpang siur.
Dah jadi mcm cerita Keluarga 69 Tan Sri P. Ramlee.

KENAPA PENDAKWAH BEBAS BOLEH LAKUKAN TETAPI KERAJAAN TIDAK DAN TAK SAMPAI.


Mohd Asri Abu Bakar

Semalam..terbukak dan menonton Youtube. Tgk TV jelas sikit. Ada beberapa you-tuber yang membuat siri lawatan dan melihat serta membantu orang2 susah. Seperti yang telah di lakukan oleh Ustaz Ebit Liew, Azfar Badrul dan beberapa orang lain lagi.

60-70 % asnaf atau mereka2 yang susah tu dan peniaga2 kecil yang dalam kesempitan hidup..TIDAK PERNAH MENDAPAT BANTUAN dari mana2 pihak berwajib seperti Baitulmal, Pusat Zakat dan JKM. Yang banyak bantu mereka..terdiri dari org kampung (penduduk @ khariah tempatan), orang2 perseorangan dan NGO2.  ...ya, 60%-70%.

Peliknya, ada jer orang2 cam Ustaz Ebit, Azfar Badrul serta beberapa orang lain lagi tu..boleh jer menemui mereka2 yang susah dan dhaif. Mana perginya orang2 yang sepatutnya bertanggungjawab?. Duk dalam office jer ke?. Selalu jugak dgr...sampai Pejabat agama dan Pusat Zakat...mereka tu layan tak layan jer. Mcm lah tempat tu, Mak Bapak mereka punya.

Mereka kena faham...ada jer org2 susah ni yang malu dan ada maruah diri. Dari duk kena kutuk dan di perli oleh pihak2 berwajib tu..mereka rela kutip tin atau botol2 plastik (walaupun ada yang mempunyai masalah mental) atau hanya mempunyai sebelah kaki sahaja. Tak pulak mereka pergi mintak sedekah, merompak dan mencuri, kan?.

Soalannya:
1. Apa kerja org2 di Pejabat agama, Baitulmal, pusat zakat dan JKM?
2. Mana perginya wang pungutan zakat?
3. Jika begitulah keadaannya....untuk apa kami membayar zakat kepada pihak berkuasa? ...ada baiknya kami sendiri yang menyampaikan/memberikan sendiri zakat kepada asnaf2 yang memerlukan.

PULANG PAKU BUAH KERAS.,.

Nizam Aka..

Cina di M'sia yg tak sebulu sehaluan politik dgn PAS & UMNO digelarnya komunis-DAP.

Tapi bila Kerajaan PN sendiri jemput doktor komunis-China dtg ke M'sia, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗔𝗦, 𝗠𝗘𝗪𝗔𝘂𝗻𝗣𝗮𝘀 & 𝗺𝗮𝗰𝗵𝗮𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗸𝗮𝗸⁉

Nasib baiklah semasa PH memerintah dahulu tak panggil doktor² dari China berbanding Kerajaan Tebuk Atap PN skrg ni terpaksa panggil doktor² dari China utk bantu M'sia lawan wabak COVID-19.

Bygkan jika PH dahulu minta bantuan dari China.. Sudah tentu MEWAunPas ratib 24/7 siang mlm zikir DAP-komunis.. TV3suku siang mlm siar kat tv utk hasut rakyat burukkan PH..

Tetapi, Allah itu Maha Berkuasa...

BERANIKAH KERAJAAN KUDETA ADAKAN SIDANG PARLIMEN KHAS?





Seterusnya, Majlis Presiden berpandangan bahawa Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen perlu bertemu segera untuk membincangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi menyesuaikan Peraturan-Peraturan Mesyuarat dengan nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan dalam menjaga keselamatan ahli-ahli mesyuarat serta para petugas di Parlimen. Ini termasuk mempertimbangkan kesesuaian mengadakan sidang Dewan secara dalam talian seperti yang diusahakan di beberapa negara lain, menurut kenyataan tersebut. "Oleh itu, kami turut mencadangkan agar satu pertemuan diadakan di antara Yang di-Pertua Dewan Rakyat, wakil Kerajaan dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bagi membincangkan perkara ini pada kadar segera," tegas mereka. Kerajaan baru sahaja mengesahkan menerima sebanyak US$300 juta atau RM1.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.





DAH BOLEH ZIARAH ZIARAH DAH KE???


HAMSINA HAMZAH

Kiranya Kita semua dah boleh pergi ziarah2 lah yer? If yes #pdrm I need to ziarah2 juga. I am so bored at home. Ada saudara mara yg sakit ada kawan yg sakit malah ada yg meninggal. Mohon pencerahan please. Tq.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan teks





Persenda agama Islam, dua individu diberkas

Persenda agama Islam, dua individu diberkas


IPOH: Dua individu ditahan bagi membantu siasatan kes tular seorang lelaki mempersendakan agama Islam melalui rakaman video solat dalam dua tangkapan berasingan di sini, kelmarin.
Pelaku yang merupakan seorang lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di Taman Kledang, Menglembu pada pukul 11.15 malam diikuti tangkapan ke atas rakan wanitanya yang berusia 20 tahun di Taman Silibin Ria di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd. Aziz berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku dia adalah individu dalam video tular yang melakukan perbuatan solat itu.
Katanya, rakaman itu dilakukan oleh rakan wanitanya menerusi telefon bimbit.
“Wanita itu juga mengaku dia yang merakam perbuatan tersebut melalui telefon bimbitnya dan memberitahu hanya bertujuan gurauan.
“Siasatan di telefon bimbit wanita itu mendapati, rakaman video itu dilakukan di sebuah homestay di Taman Lapangan Terbang pada 28 Oktober tahun lalu, pukul 1.27 pagi,” katanya, lapor Perak Gazette.
Jelas beliau, wanita itu bagaimanapun telah memadamkan video berkenaan daripada laman Instagramnya ekoran takut apabila video itu mula tular di laman sosial.
Katanya, susulan tangkapan itu, pihak polis merampas dua buah telefon bimbit milik kedua-dua suspek tersebut.
“Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Hasutan, Sekyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Penularan video tular yang memaparkan aksi seorang lelaki bersolat dan berdoa sambil diiringi ketawa rakan-rakannya mencetuskan kemarahan warga maya terutama umat Islam.
Video berdurasi 28 saat itu mula tular sejak semalam dan mendapat kecaman warga maya.

Timbalan menteri kata gambar disalah tafsir, kebetulan hari lahir

Timbalan menteri kata gambar disalah tafsir, kebetulan hari lahir


Katanya gambar itu menunjukkan majlis yang tidak dirancang dan melibatkan doa selamat.
“Ia tidak dirancang dan saya tak mahu menghalau mereka,” katanya seperti dipetik The Star.
Terdahulu tular gambar-gambar di media sosial menunjukkan Abdul Rahman bersama-sama beberapa orang lain mengadakan pertemuan di rumahnya.
Menurut kapsyen yang mengiringi gambar tersebut, ia didakwa majlis meraikan hari lahir ahli parlimen Lipis itu.
Ia mengundang kritikan ramai kerana diadakan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa dan ramai orang awak sudah didenda atau dihukum kerana mengingkarinya.
Sebelum itu kemarahan orang ramai disasarkan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, serta Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, yang mengadakan majlis makan-makan di Gunong Semanggol.
Razman kemudian meminta maaf atas kejadian itu.
Kebetulan hari lahir
Turut terpalit ialah pertemuan Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Ahmad Mokhtar, dengan Pengeerusi Umno Terengganu, Ahmad Said, berhubung isu pengagihan peruntukan untuk orang ramai di negeri terbabit.
Abdul Rahman berkata mereka tidak berniat untuk melanggar PKP dan apa yang berlaku cuma acara memotong kek dan bacaan doa selamat.
Katanya ia berlaku pada 13 April lalu apabila beberapa orang datang ke rumahnya untuk berjumpa sejurus sebelum beliau beredar untuk ke Putrajaya.
Mereka itu, kata Abdul Rahman, adalah sukarelawan yang membantunya mengagih-agihkan bantuan kepada pengundi di Lipis.
“Saya nak bergerak kira-kira jam 9 pagi apabila saya nampak mereka datang bersama sebuah kek.
“Mereka kata nak mengucapkan selamat jalan kepada saya dan memberikan kek kerana secara kebetulan ia adalah hari lahir saya,” katanya.
Justeru, kata beliau, tidak manis untuk mengarahkan mereka pulang begitu saja.

Lebih baik Adham Baba berdiam atau undur diri

Lebih baik Adham Baba berdiam atau undur diri



Tokoh wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin menasihatkan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba untuk tidak lagi memberi alasan ekoran salah menyebut jumlah negara di dunia.
Menurutnya, umum mengetahui sifat doktor perubatan sebagai individu yang teliti dalam berfikir sebelum bercakap.
“Salah sebut pula! Minta-minta lepas ini jangan salah bagi ubat pula. Yang kita tahu, doktor perubatan ni cakap berfikir dan sebutan jelas.
“Kalau tak jelas pesakit dalam bahaya. Nak suruh minum air suam, disebut air garam. Bahaya kalau ada darah tinggi,” sindirnya di Facebook.
Bekas Penasihat Komunikasi dan Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga menambah Adham hanya akan memalukan kerajaan jika terus memberi alasan.
“Cukup-cukuplah bagi alasan. Lagi baik berdiam diri atau undur diri. Jangan kasi malu Amirulmukminin,” sinisnya lagi.
Adham yang juga Ketua Penerangan Umno Negeri Johor ditertawakan orang ramai apabila mendabik dada mendakwa terdapat “500 negara” semasa panggilan video secara langsung dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Insiden itu berlaku ketika Ahli Parlimen Tenggara itu memberitahu Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai situasi Covid-19, yang dimuat naik di Facebook.
Bulan lalu, Adham dalam program bual bicara secara langsung di TV1 mengenai Covid-19 juga dikecam dan dipersenda apabila menyarankan agar orang ramai minum air suam sebagai salah satu cara untuk mencegah jangkitan Covid-19.
Ekoran itu, dia dilihat tidak lagi tampil dalam sidang media harian Kementerian Kesihatan sebaliknya digantikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Adham antara 14 pemimpin Umno yang dilantik pada 9 Mac lalu sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet yang dianggap ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘tebuk atap’.


ADHAM BABA KANTOI LAGI. Kali ini kantoi sebar FAKE NEWS dari FAKE PAGE



Semalam saya jelaskan bagaimana keterdesakan Adham Baba mengangkat bakul sendiri telah mengakibatkannya makin hari makin jadi badut.
(Rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=530167921015322&id=308412239857559)

1. Demo cara pemakaian topeng muka yang salah
2. Air Suam boleh bunuh Covid19
3. Malaysia ada 15 negeri
4. Menyalahgunakan laman rasmi KKM untuk post tulisan Friends Of Adham Baba
5. Saya diiktiraf 500 negara

Hari saya tambah lagi satu......

6. Sebar FAKE NEWS dari FAKE PAGE untuk angkat bakul sendiri

Tengok ni.

RUJUKAN 1: Laman FB "Friends Of Adham Baba" yang dikendalikan pejabat Adham Baba sendiri telah berkongsi suatu ciapan yang mendakwa kononnya seorang Ahli Parlimen Belanda yang bernama "Joram van Klavere" telah memuji kehebatan Adham Baba menangani Covid19.
(Rujuk ciapan dari FAKE PAGE tersebut https://www.facebook.com/111858377113933/posts/128369342129503/)

RUJUKAN 2: Semakan dalam internet mendapati Ahli Parlimen Belanda tersebut, yang nama sebenarnya "Joram van KlavereN" (ada huruf "n") telah menafikan bahawa tulisan dibuat olehnya ataupun laman tersebut dimilikinya.
(Rujuk penafiannya di https://twitter.com/JoramvKlaveren/status/1167155888303628288?s=19)

RUJUKAN 3: Saya membuat semakan lanjut dalam internet. Rupa-rupanya nama sebenar Ahli Parlimen Belanda tersebut adalah "JORAM VAN KLAVEREN", bukan "Joram van Klavere". Nama sebenarnya ada huruf "n" di hujung "Klaveren". FAKE PAGE tersebut tidak mempunyai huruf "n" di hujung "Klavere". Jadi ciapan yang dikongsi oleh “Friends Of Adham Baba” adalah FAKE NEWS dari FAKE PAGE. Pengendali di sebalik FAKE PAGE yang dirujuk oleh “Friends Of Adham Baba” adalah penyamar. Dan pejabat Adham Baba sekali kantoi kerana terdesak sangat nak raih populariti.

Lawan Fake News.
Bantu saya sebarkan FACT CHECK ini.
Celikkan zombie-zombie yang masih gigih menegakkan benang yang basah.


Langgar PKP: Bung Moktar sahkan pemimpin Pas, PPBM bangang

Langgar PKP: Bung Moktar sahkan pemimpin Pas, PPBM bangang

Dikenali cakap lepas di Dewan Rakyat, sifat pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin juga sama di Twitter.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu tanpa berlapik menganggap dua pemimpin yang tular sebelum ini kerana menyertai jamuan sekali gus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai bangang.
Reaksi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah itu susulan pengguna Twitter, Akif yang memohon komentar daripada Bung Moktar.
“Tak faham aku, kalau kata tak bijak tak patut, kalau orang kata bangang mungkin ya.
“Hari-hari kita berkata jangan buat perkumpulan, jangan makan ramai ramai, jangan keluar rumah, dia buat juga. Confirm bangang,” ciapnya terhadap gambar Exco Perak dari Pas, Razman Zakaria dan Ahli Parlimen Bagan Serai dari PPBM, Datuk Dr Norazmi Ghazali itu.
Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol dan Norazmi merangkap Timbalan Menteri Kesihatan I serta beberapa individu lain hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong ketika PKP bagi mengekang penularan Covid-19 sedang berkuatkuasa.
Mereka juga bersembahyang jemaah bersama dengan diimamkan oleh Razman. Bagaimanapun, Razman kemudiannya memohon maaf secara terbuka semalam selepas gambarnya itu tular di media sosial.
Katanya, pencerahan yang diberikan itu bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Razman berkata, setiap tindakan pihaknya termasuk ketika turun padang melihat keperluan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 amat menitikberatkan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu petugas barisan hadapan, melihat kekurangan peralatan yang dihadapi terutama kepada petugas kesihatan.
“Sebagai contoh jika kita tidak turun padang, mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalan raya amat mendesak,” jelas Razman.
“Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, orang ramai mendesak tindakan undang-undang terhadap Exco dan Timbalan Menteri yang mengingkari PKP itu tidak harus berbeza dengan hukuman terhadap rakyat biasa.


(function() { var d = document, w = window; w

KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

  Hamdan Taha. 7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian...