Kluster Tabligh: Kenapa tak salahkan Muhyiddin?
Di tengah-tengah kekecohan Menteri dan Timbalan Menteri serta beberapa pimpinan PN langgar arahan PKP, Menteri Kesihatan YB Dr. Adham Baba membuat kenyataan yang menunjukkan beliau tidak boleh “MOVE ON”.
1. Adakah beliau terlupa hampir separuh Menteri dan Timbalan Menteri dalam PN adalah bekas menteri dan juga Timbalan Menteri serta pimpinan PH?
2. Adakah beliau tidak tahu bahawa permit perhimpunan tabligh pada 28 sehingga 2 Mac 2020 dibawah kuasa Kementerian Dalam Negeri dimana Menterinya adalah #NOTMYPM ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin?
3. Adakah beliau terlupa bahawa bermula 26 Mac 2020 #LANGKAHSHERATON yang mengumpulkan #PENGKHIANATNASIONAL membentuk #KERAJAANPINTUBELAKANG? Waktu itu kerajaan lumpuh tanpa Perdana Menteri dan Menteri dan akhirnya kerana peristiwa itulah YB Dr. Adham Baba ada di kerusi sekarang sebagai Menteri Kesihatan?
Sebagai Menteri Kesihatan YB Dr. Patut mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar arahan PKP termasuk Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan sendiri.
Jangan tutup kesalahan mereka dengan “facemask” yang dah tercemar dengan virus COVID-19.
“MOVE ON” LAH YB, MINUM SEDIKIT AIR SUAM AGAR MEMBERI KETENANGAN UNTUK BERSAMA BERPERANG DENGAN COVID-19.
Ridhuan Esa
Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Tenggara
Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Tenggara