KENAPA PENDAKWAH BEBAS BOLEH LAKUKAN TETAPI KERAJAAN TIDAK DAN TAK SAMPAI.


Mohd Asri Abu Bakar

Semalam..terbukak dan menonton Youtube. Tgk TV jelas sikit. Ada beberapa you-tuber yang membuat siri lawatan dan melihat serta membantu orang2 susah. Seperti yang telah di lakukan oleh Ustaz Ebit Liew, Azfar Badrul dan beberapa orang lain lagi.

60-70 % asnaf atau mereka2 yang susah tu dan peniaga2 kecil yang dalam kesempitan hidup..TIDAK PERNAH MENDAPAT BANTUAN dari mana2 pihak berwajib seperti Baitulmal, Pusat Zakat dan JKM. Yang banyak bantu mereka..terdiri dari org kampung (penduduk @ khariah tempatan), orang2 perseorangan dan NGO2.  ...ya, 60%-70%.

Peliknya, ada jer orang2 cam Ustaz Ebit, Azfar Badrul serta beberapa orang lain lagi tu..boleh jer menemui mereka2 yang susah dan dhaif. Mana perginya orang2 yang sepatutnya bertanggungjawab?. Duk dalam office jer ke?. Selalu jugak dgr...sampai Pejabat agama dan Pusat Zakat...mereka tu layan tak layan jer. Mcm lah tempat tu, Mak Bapak mereka punya.

Mereka kena faham...ada jer org2 susah ni yang malu dan ada maruah diri. Dari duk kena kutuk dan di perli oleh pihak2 berwajib tu..mereka rela kutip tin atau botol2 plastik (walaupun ada yang mempunyai masalah mental) atau hanya mempunyai sebelah kaki sahaja. Tak pulak mereka pergi mintak sedekah, merompak dan mencuri, kan?.

Soalannya:
1. Apa kerja org2 di Pejabat agama, Baitulmal, pusat zakat dan JKM?
2. Mana perginya wang pungutan zakat?
3. Jika begitulah keadaannya....untuk apa kami membayar zakat kepada pihak berkuasa? ...ada baiknya kami sendiri yang menyampaikan/memberikan sendiri zakat kepada asnaf2 yang memerlukan.