Saravanan digelar Menteri Sumber India khianati bahasa kebangsaan

Saravanan digelar Menteri Sumber India khianati bahasa kebangsaan

Saravanan digelar Menteri Sumber India khianati bahasa kebangsaan


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dari MIC dilihat masih tegar menggunakan tulisan Tamil yang bukan bertaraf bahasa rasmi bersama lambang Jata Negara.
Tular di media sosial poster berkenaan pandemik Covid-19 lengkap dengan gambarnya dan isteri berserta lambang MIC bersebelahan Jata Negara di penjuru atas sebelah kanan poster.
Awal bulan ini, Saravanan dikecam kerana melanggar semangat Perlembagaan negara berhubung bahasa kebangsaan apabila menggunakan bahasa Tamil dalam poster ucapan ulang tahun kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga lengkap dengan Jata Negara.
Ekoran itu, Timbalan Presiden MIC tersebut turut digelar sebagai Menteri Sumber India kerana dilihat lebih mengutamakan identiti kaum berbanding identiti nasional yang terletak pada penggunaan bahasa kebangsaan.
Walhal, segala urusan rasmi tambahan meletakkan Jata Negara yang merupakan lambang negara Malaysia hanya cukup dengan bahasa Melayu sahaja sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tanah air ini.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

APAKAH MAHIADDIN TIKA INI SEDANG DISERONOKKAN DENGAN KAJIAN TIPU-TIPU, SAMA SEPERTI NAJIB DULU?

  Realiti yang nyata dan nampak di depan mata, Mahiaddin Md Yasin ketika ini adalah Perdana Menteri paling tidak popular dan sangat dibenci....