ADA RUPANYA SUARA AMK.INGATKAN DAH BISU.



Malaysiakini
Saya mengecam keras tindakan Timbalan Menteri Wilayah, YB Santhara Kumar serta pihak polis yang mengusir Ahli Parlimen Batu YB P.Prabakaran ketika beliau mengadakan lawatan di Taman Sri Murni Selayang.
Perintah Kawalan Pergerakan di Taman Sri Murni telah diperketatkan dan beliau telah menerima beberapa aduan penduduk yang tidak mempunyai bekalan makanan kerana ramai yang belum bersedia dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diperketatkan di kawasan mereka.

YB P.Prabakaran kemudian turun bertemu penduduk di kawasan berkenaan untuk melihat keperluan penduduk namun diusir oleh Timbalan Menteri Wilayah sebelum siiring keluar.

YB P.Prabakaran juga diminta ke IPD Sentul untuk diambil keterangan kerana dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan selepas meninjau Pasar Borong Selayang yang telah diperketatkan kawalan pergerakan.
Ini merupakan tindakan yang tidak masuk akal untuk menghalang seorang wakil rakyat menjalankan kewajiban ketika rakyat memerlukan. Saya menggesa Menteri mahupun Timbalan Menteri dari Perikatan Nasional untuk mengenepikan perbezaan politik ketika rakyat memerlukan bantuan. Jangan hanya kerana YB P.Prabakaran seorang Ahli Parlimen pembangkang mereka menggunakan kuasa mereka untuk menyekat kerja-kerja beliau.

Razeef Rakimin
Ketua Penerangan AMK Sabah
Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah



No comments: