Tangkap pemimpin politik langgar PKP – Ezam
Semenjak PKP diwartakan dinegara ini kita dapati banyak perlanggaran undang-undang berlaku.
Namun penguatkuasaan terhadap perlanggaran jelas memilih bulu, tidak profesional dan tidak adil.
Semalam jelas perlanggaran dilakukan oleh timbalan menteri pusat, exco kerajaan negeri secara terbuka dan terang-terangan.
Sebelum ini banyak perlanggaran berlaku oleh pemimpin-pemimpin politik lain, Menteri balik lawat kawasan,sambut hari lahir beramai-ramai, dan macam-macam lagi perlanggaran berlaku.
Sehingga saat ini seorang pun dikalangan mereka ini tidak ditahan apalagi didakwa di Mahkamah!
Dalam masa yang sama ratusan dan mungkin ribuan rakyat biasa sudah ditahan reman, didakwa, di denda dan dipenjarakan.
Inilah rupa kerajaan yang dibina atas asas khianat, tiada nilai moral dan nilai keluhuran undang-undang.
Kerajaan seperti ini tidak akan ada niat menjunjung undang-undang.Buktinya sekarang, tidak ada seorangpun pemimpin politik yang ditahan dan dipenjarakan atas kesalahan mereka.
Negara lain maju kedepan menjunjung undang-undang.Pemimpin-pemimpin politik mereka ramai ditahan, letak jawatan kerana melakukan kesalahan.Tidak kira kesalahan kecil atau besar.Termasuk kesalahan perlanggaran PKP dinegara mereka.
Di Malaysia pemimpin politik kebal, boleh samun harta negara berbilion, punya aksi video seks sumbang, langgar perintah PKP , semua lepas ,bebas.
Kita tidak boleh biarkan negara ini terus seperti ini.Negara yang maju dan dihormati mesti dilihat menjunjung undang-undang.Kerana itu negara lain serius dalam hal ini.
Kita juga mesti serius dalam soal ini.Kita mesti terus desak dan tidak berganjak mendesak agar tangkapan terhadap pemimpin politik dilakukan segera.
#tangkapmerekasekarang
Mohamad Ezam Mohd Nor