KJ DAH DAPAT PETUNJUK…

 KJ DAH DAPAT PETUNJUK…


7 November 2025


Selepas dua tahun dipecat daripada UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menjejakkan kaki ke bangunan parti itu buat pertama kalinya.


Beliau hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, bangunan milik UMNO sebagai panelis bagi forum ‘Reformasi Sistem Pendidikan Pada Zaman AI dan Pemerkasaan Institusi Guru’ anjuran Pemuda UMNO Malaysia.


Dilaporkan mereka yang hadir dalam forum tersebut kelihatan teruja dengan kemunculan bekas Ketua Pemuda UMNO itu, dengan ada yang berdiri dan berulang kali melaungkan ‘hidup Khairy’ serta  memberikan tepukan gemuruh ketika beliau tampil mengemukakan cadangan.


Kehadiran Khairy Jamaluddin atau KJ ke bangunan milik UMNO menimbulkan keterujaan kerana ia muncul ketika desas-desus sedang bertiup kencang beliau bakal kembali semula ke pangkuan UMNO setelah dipecat pada 2023 lalu.


Media sebelum itu melaporkan KJ telah mendapat restu untuk kembali ke pangkuan UMNO setelah kebetulan beliau bertemu Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam sebuah majlis perkahwinan anak pemimpin UMNO Perlis, baru-baru ini.


Dikatakan bekas Menteri Kesihatan itu akan kembali menyertai UMNO sebelum PRN Sabah diadakan kerana peranannya diperlukan untuk membantu UMNO dalam pilihan raya tersebut.


Bagaimanapun Zahid Hamidi kemudian menafikan beliau ada berbincang soal politik dengan KJ dalam pertemuan di majlis perkahwinan itu.


Tiada apa-apa perbualan berkaitan politik dengan KJ dalam pertemuan itu, kata Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.


Pun begitu, KJ ketika di bangunan UMNO hari ini berkata, beliau akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai nanti berkaitan spekulasi kepulangannya ke pangkuan UMNO.


 “Saya dah maklum tadi, nanti bila tiba masa untuk saya buat pengumuman.


“Saya akan maklum pada pihak media,” katanya ringkas.


Dengan kenyataan KJ bahawa beliau akan membuat pengumuman bila tiba masa yang sesuai nanti, ini adalah isyarat yang tidak diragui lagi tentang petunjuk sahih yang telah dimilikinya tentang kepulangannya semula ke pangkuan UMNO berada dalam kedudukan yang positif.


Jika tiada petunjuk yang positif, tidak mungkin KJ dengan yakin berkata – saya akan maklum dan panggil media bila tiba masanya nanti.


Yang ditunggu ketika ini barangkali hanya pengesahan daripada MT UMNO terlebih dahulu berkaitan perkara itu.


Setelah kepulangannya itu diterima dan disahkan nanti, KJ sendiri akan mengumumkannya.


Jika benar penyertaan semula KJ ke dalam UMNO akan berlaku sebelum PRN Sabah dan beliau diberi peranan untuk berkempen, bermakna pilihan raya itu nanti adalah ujian penting buat masa depannya.


Kiranya berjaya membantu UMNO memperolehi keputusan yang baik, laluan masa depannya pasti akan jadi lebih cerah lagi.


Tidak mustahil jawatan menteri kouta UMNO yang dikosongkan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana berhijrah menyertai PKR sebelum ini, bakal menjadi miliknya. – ShahbudinHusin 07November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/kj-dah-dapat-petunjuk/




BERSATU MAKIN CELARU..KEM AZMIN..MEZAH DAN MAHIADDIN...KIOK LA.


 

KESIAN PKR...JADI KERAJAAN PUN..KENA TAPAW LAGI...DAH LAH AHLI PUN MACAM GITU JUGA...UMNO PULAK CUBA MAIN KAYU 3...KITA JADI PEMBANGKANG JA LAH.


 

SELAIN BELAH MALAYSIA NI SETENGAHNYA BOLEH CAKAP SIAM, SETENGAH LAGI DOK SELUDUP BARANG DAN BAGAI PIL LAGI . TU KERAP ULANG ALIK ..LA NI SUSAH SIKIT DAH..KENA SEKAT..KIOK.


 

MODAL TAK ADA..HABIS DAH NAK PEMBOHONG RAKYAT...SAMPAI YANG BUNUH RAKYAT ISLAM DI SELATAN THAI PUN DEPA BOLEH AMBIL SEBAGAI RUJUKAN. DASYAT WALAUN


 

KAWAN NGAN SETANG


 

WALAUN CEROI


 

DIA PUN SAMA JA KIOK


Alif Jamil


 Hahaha cuba tanya Gomo tu, dia kenal tak sapadia yg bercakap tu?


Kalau betul kenal, kenapa Gomo tak mention nama dan jawatan dia apa ?






Abam tak pasti samada Gomo ni memang taktahu ataupon dia sengaja nak klentong walaun dan walatoksaka yang selenga taat pada cerita tahyul dia tu. 


Sebenarnya yg bercakap tu bukannya wakil dari kerajaan Thailand pun, dianya adalah Jeneral pencen bernama Rangsi Kittiyarnsup merangkap presiden Economic Party yang kalah teruk dlm PRU 2023 macam Pejuang yang mapuh deposit. 


Parti dia tak adan kerusi pun dalam Parlimen Thailand sekarang. Rakyat dah tolak dia secara total. 


Sebelum ni pon dia cuma ada satu saja kerusi.

Itupon hasil import dari parti Move Forward. 


Sekarang ni dia dan partinya senasib mcm Pejuang jugaklah. Mapuh pozek.. 


Jadi kerjanya meroyan jelah tak puas hati dgn kerajaan Thailand. 


Jadi bila Gomo kata kononnya “heboh Thailand dah bersuara”, sebenarnya Gomo sedang memetik kenyataan dari individu gagal dalam negara sendiri. 


Suara Rangsi tu sendiri bukan mewakili Thailand bahkan dia bukan wakil dari kerajaan. 


Rakyat di Thailand sendiri pon tak sokong dia dengan parti dia.. 


Yang kelakarnya, isu yang Rangsi hentam itu pulak bukannya pasal Malaysia tapi berkenaan konflik sempadan Thai~Kemboja dan perjanjian damai yang PMX bantu selaras sebagai pengerusi ASEAN.


Rangsi ni sebenarnya dia marah sebab PMX terlibat sebagai fasilitator ASEAN dalam rundingan damai sempadan Thai~Kemboja. 


Dia dari kem politik tentera lama Thailand yg tak puas hati bila kerajaan sivil buka ruang diplomasi dgn Kemboja dan beri pengiktirafan pada peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN. 


Jadi bila nama PMX tu disebut, itu bukannya sebab Malaysia yang buat silap tapi sebab ego politik tentera lama Thai yg rasa tercabar bila pengaruh mereka semakin terpinggir.


Maknanya, orang luar hormat PMX, tapi juak² saka ni pulak yang dengki sampai terkinja² bawak suara dari orang yang kalah.




BANGKAI YANG TIDAK DAPAT DISOROK.


CnP


 Ibarat BANGKAI yang disorok, tak perlu susah payah cari dimana tempatnya.. lambat laun ia pasti mengeluarkan baunya yang amat busuk.


Begitulah apa yang berlaku dengan Bersatut sekarang ini, semua kejelikkan yg selama ini sama² sembunyikan akhirnya mereka juga sesama sendiri yang mendedahkannya...